Malam itu, aku menikmati makan malam di sebuah warung berdekatan bersama rakan-rakan serumah. Sudah menjadi kebiasaan bagi kami menikmati makan malam di sini semenjak menjalani latihan praktikal.
Sedang kami menjamu selera, terdapat dua orang kanak-kanak perempuan bermain-main berdekatan dengan meja kami. Mungkin mereka ialah anak-anak peniaga di sini kerana dapat berkeliaran waktu malam begini. Kemudian, mereka berhenti di tepi jalan, dan bermain dengan pasir di situ.
Aku dan kawan-kawan aku mulalah mengata: "Ish.. kotorlaa..?" "Kalau ni adik aku, dah lama aku marah!" Sudah tentulah kitorang mengata perlahan-lahan sahaja. Mengata-mengata ni tak baik taw! Sebaik sahaja aku mengata diorang, tiba-tiba kenangan lama singgah di fikiran ku.
Bertahun-tahun yang lalu, mungkin ketika aku sama umur dengan kanak-kanak ini, aku juga pernah buat benda yang sama. Dulu, di halaman rumah Tok aku, terdapat banyak batu memenuhi tanah di kawasan tersebut. Aku dan sepupu-sepupu aku bermain-main dengan batu-batu di tanah samalah seperti yang aku lihat pada kanak-kanak ini. Umi aku melarang kami. Kotor, katanya.. Namun, aku tetap bermain. Puas Umi aku melarang berkali-kali, tapi aku degil juga. Seingat aku, sepupu-sepupu aku berhenti setelah dilarang berkali-kali. Aku saja yang masih berdegil.
Melihat kanak-kanak dua orang ni, aku hanya menggelengkan kepala. Menyesal mengata diorang. Aku dulu pun macam tu. Terus insaf. Kenapa lah aku tak dengar cakap Umi dulu? Pengajarannya di sini, cermin diri dulu sebelum mengata. Eh tak, lagi sesuai kalau: Dengarlah cakap ibu! Sekian...
ermm..tangan yang bermain kotor itu dah menjadi tangan seni yang berharga..mungkin itu langkah pertama..
ReplyDeletebiar terkena kotoran demi pengalaman :)
ReplyDelete