Baru-baru ini, kucing kami, Pungut telah hilang. Siapa tak kenal Pungut, bolehlah rujuk semula entri lama. Bagi menyelesaikan misteri kehilangan Pungut, aku telah tampil ke depan bagi menyelesaikan masalah negara ini.
Detektif Amna, sedia menyelesaikan apa jua misteri yang ada.
Alamak ini semua gara-gara terpengaruh dengan 'Detektif Conan'. Abaikan.
Pungut hilang secara tiba-tiba. Kali terakhir dia dilihat adalah sebelum kami sekeluarga menghantar adik aku, Diba, ke KLIA. Berdasarkan analisa aku, terdapat tiga kemungkinan bagi misteri ini.
Kemungkinan pertama: Pungut telah dipungut oleh orang lain
Tidak dinafikan bahawa kecomelan si Pungut mampu menarik perhatian orang lain. Mungkin ada di antara manusia yang lalu-lalang tergerak hati untuk memungut si Pungut.
Kemungkinan kedua: Pungut mengikuti adik aku ke luar negara
Kemungkinan ketiga: Pungut terbaca blog aku lalu bertekad untuk mencari tuan lain
Di antara ketiga-tiga kemungkinan ini, mana satukah yang sebenarnya terjadi kepada Pungut? Belum sempat aku memikirkan jawapannya, tiba-tiba Pungut pulang ke rumah. Pungut telah kembali ke pangkuan kami pada waktu Sahur semalam setelah seharian hilang tanpa khabar. Syukur Alhamdulillah, kepulangan Pungut benar-benar berita gembira buat kami semua.
Apa yang terjadi kepada Pungut sebenarnya semasa kehilangan dia? Soalan itu kekal misteri sehingga sekarang...
kah3~~ mungkin yang ke3~ tp separuh jalan beliau berubah fikiran dan kembali ke pangkuan kita~
ReplyDeletehahaha, lawak la amna... pungut2.. hahaha
ReplyDeletedia bawak diri kejap.. sebab sedih tuan dia ke luar negara.. XD
ReplyDeleteamna ni.....haha....ada2 aje...
ReplyDeletexD...sgt tragis kisah pungut ni. hai la pungut, untung dpt tuan mcm amna seisi keluarga. hrp2 pungut shat sejahtera.
ReplyDeleteharap sngt kemungkinan ke2 tu btol2 terjadi.. ;( i miss my baby....
ReplyDelete