Monday, August 13, 2012

Hantar Diba

Tadi, aku dan keluarga aku menghantar adikku, Adibah ke KLIA. Ini pertama kali aku akan berpisah dengan adik beradikku buat satu tempoh yang lama. Dibah akan belajar di US selama empat tahun. Tidak lama lagi, adikku lagi seorang, Tonah pula akan ke Canada. Empat tahun juga. Kemudian, tak lama selepas Tonah pergi, kakak ku Ilham akan ke Sarawak. Begitu banyak perpisahan yang aku akan tempuhi.

Ganas sungguh tahun ini. Sudahlah terpaksa berpisah dengan rakan-rakan seperjuangan Degree kerana sudah tamat belajar, kini kena berpisah dengan adik beradik pula. Boleh tak sesiapa memahami apa yang aku rasa kini? Sedih tu tidaklah.. kerana aku faham perpisahan ini untuk kebaikan. Perginya mereka untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai anak, dan juga sebagai pelajar. Maka, aku tak menghalang langsung. Cuma rasa ditinggalkan tu, terasa juga sedikit.

Bukan kami sahaja yang menghantar Dibah tadi. Dua orang rakan Dibah ikut sekali. Malah ada ramai saudara mara juga. Meriah pula rasa ramai-ramai begini.

Depan rumah sebelum bertolak.
Umi bersama Diba, Najaa dan Si Pungut (kucing)


Kami lima beradik. Gambar ni, aku suka sangat.

My Happy Family...



Bye Diba...



6 comments:

  1. sedihnya. sy pun ada adik beradik yg merantau. sorang abg, yg selalu belayar 3bulan/6bulan sekali baru balik. sorg lg abg, yg slalu sgt outstation. hanya ego je yg dpt mgatasi kerinduan tu. :)

    ReplyDelete
  2. Semua adik beradik Amna power power.. XD

    ReplyDelete
  3. lorrr.... u anak encik syuk rupanya.. pttlah mcm kenal msa en syuk post at fb....
    ok,, malu2.. btw mmg sdeh kan, nk raya brpa hari jer lg.. tp kna bpisah...

    ReplyDelete
  4. BiskOt: 'hanya keegoan yg dpt atasi rindu'.. haha.. btol3!

    Zulaiha: Yup..

    ReplyDelete