Monday, May 3, 2010

Pendirian? Ego?

Setiap orang ada pendapat, tapi pendapat setiap orang berbeza. Selepas pendapat, muncul sesuatu yang dipanggil 'pendirian'. Pendirian kita yang meyakinkan kita pada pendapat. Kuat pendirian, kuatlah pendapat kita.

Aku, pendapat aku sering bercanggah dengan orang lain. Aku tak kisah pun.. Tapi adakah pendapat yang bercanggah ini dinamakan ego?

Kisah semester lepas~ Lecturer aku berpendapat yang aku tak boleh buat woodcarving 3D. "Saya rasa kamu tak boleh buat la Amna... Kamu buat relief je la..." Tapi pendirian aku mengatakan yang aku boleh buat! Aku nak buktikan sangat kat dia yang aku boleh buat.

Akhirnya, parut di ibu jari tangan kiri aku adalah bukti kegagalan aku. Bukti tingginya ego seorang gadis rendah ni..

Kisah aku semasa semester 1 dulu... Satu soalan diajukan kepada aku,: "Apa kekuatan diri awak?" Lalu aku menjawab "pendirian tetap!" Setelah mendengar jawapan aku, lecturer aku bercakap dihadapan kelas: "Orang yang pendirian tetap ni, lebih baik lelaki jangan cari pasal dengan dia.."

Satu hari, seseorang berkata pada aku: "Kadang kala, jadi ikan bilis lebih baik dari jadi jerung... ikan bilis bergerak berkumpulan, jerung bersendirian.." Aku pun jawab: "Tapi, jerung orang takut!!"

Apabila aku cuba untuk mengurangkan ego, barulah aku sedar yang kata kata tu bermaksud, ikan bilis adalah rendah diri, manakala jerung adalah ego! Itu rupanya yang dia cuba samapaikan pada aku...

Aku menaip panjang panjang disini, tapi aku tak boleh nak mengakhirinya. Sebab, aku belum jumpa jawapan kepada perbezaan antara pendirian kuat dan ego. Perbezaannya adalah pada ejaan kot.... Lagipun, aku pun tak pasti apa isi utama cerita ni...





3 comments:

  1. pendirian 4 me,.sesuatu yang kita pegang, ia bukan ego..ia adalah prinsip yang dipercayai oleh diri kita sendiri..mybe la, cz ni maksud yg qhazi jumpa dlm kamus hidup qhazi..ops tapi kene ingt,apa yang kita percaya tak semestinya yang betul..cek dlm org lain n terima pendapat org k..

    ego 4 me,.sesuatu yang membawa kesan -ve dan +ve,.kita kene tgk kesan dri ego kita tu,baru kita boleh pertimbangkan sama ada ego kita tu memberi kesan +ve or -ve..kdgkala kita perlu pertahankan ego kita untuk sesuatu yang menguntungkan 'semua pihak' kadangkala kita juga patut untuk merendahkan ego untuk keuntungan 'semua pihak'..

    mybe.

    ReplyDelete
  2. thnks Qhazi untk pendapat tu...
    sy suka la cara pemikiran awk....

    ReplyDelete