Jong jong inai
Mak ipong rajawali
(3x)
Sepak tunggul inai
Berdarah ibu kaki
Semangkuk telur,
Sepinggan dadar,
Tak cukup pulut,
Tambah nasi dagang.
Jongkang jongket,
Duku dakak,
Patoh idung,
Tak dok ubak.
Anak itik Tok Wi,
Mandi dalam kolam,
Sakit apa Tok Wi,
Sakit Sendi Tulang,
Ubat apa Tok Wi,
Ubat limau belang.
Jan-jan jala,
Jala itik jala ayam,
Berapa lubang kecil seratus lima puluh,
Panggil nenek moyang makan sireh mulut merah.
Buai laju-laju
Sampai balik sana
Apa dalam baju
Sekuntum bunga sena.
Rasa sayang hei rasa sayang-sayang hei,
Hei lihat nona jauh rasa sayang-sayang hei.
Air pasang malam,
Surut pukul lima,
Nona bangun pagi,
Siram pokok bunga,
Pokok bunga melur,
Tanam tepi kolam,
Itik bertelur,
Ayam menetas,
Cik Baba jatuh dalam parit,
Cik Aminah ketawa jerit-jerit,
Naik kereta api,
Sampai Kuala Lumpur,
Nampak bini cantik,
Terselit bawah dapur.
Ram-ram pisang,
Pisang masak layu,
Jatuh dalam lubang,
Sambar bapak yu,
Umbuk-unbuk nyior,
Belalang kedet-kedet,
Sapo bukak mulut,
Dia kena cubit.
Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali
Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja
Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula
Dayang tepi kolam
Mahu jemur padi
Datang burung hitam
Patuk batang hidung.
Aku dibesarkan dengan lagu-lagu ini. Kalau tak salah, semua ni lagu rakyat kan? Ketika aku masih kanak-kanak, bukannya aku tahu makna-makna lagu ni. Pakai nyanyi je. Sekarang, baru lah aku sibuk terfikir, apa makna-makna lagu ni. Ada sesiapa tahu? Mungkin ada di antara lagu-lagu ni, salah. Aku pun kurang tahu sebab bukan ada buku pun. Semuanya di ajar oleh Umi aku, atau nenek aku. Di sebabkan nenek aku orang Kelantan, ada beberapa perkataan dalam lagu ni berbunyi Kelantan. Aku pun tak pasti aku ejanya dengan betul atau tidak. Semuanya yang ada dalam ingatan aku. Mungkin ada mana-mana bahagian yang aku lupa. Aku tertanya-tanya.. adakah kanak-kanak zaman sekarang masih dibesarkan dengan lagu-lagu ini?
me too!! terutama lagu jong3 inai.
ReplyDeletewaktu kecik tokwan slalu dodoikan dgn lagu tu..skrng tokwan pon dah berkerusi roda.
budak2 zaman skrang??hurmm..
personally rase ye tidak kot..bdk kecik pon dah tahu mitak dipasngkan Era bila naik kereta.huu...
tu laa.. adik amna dengar k-pop~
ReplyDelete