Friday, April 22, 2011

Hijau Kekuningan

Penemu duga : Hijau campur kuning, jadi apa?
Aku : Hijau kekuningan!

Kesemua penemu duga yang berada di situ melepaskan ketawa yang paling kuat apabila aku memberi jawapan. Aku kehairanan. Di mana salah aku? Mengapa diketawakan mereka?

Apabila aku menceritakan peristiwa itu kepada ayah ku, dia kata, mereka saja nak kenakan aku. Kebiasaannya soalan berbunyi seperti 'biru campur kuning', tetapi mereka guna 'hijau campur kuning' untuk mengelirukan pelajar. Mereka ketawa kerana diri mereka yang terkena apabila aku boleh menjawab soalan tersebut.

Itulah titik permulaan aku dalam dunia seni halus. Bermula dari situ, aku menjadi pelajar seni halus.



***
Lecturer : What is art?
Aku : Art is a language in a visual form.
Lecturer :Language?? eh, hebat-hebat lah student saya ni...
Aku : (dalam hati) Itu ayat dari buku laa.. Bukan ke last week puan jugak yang suruh kitorang cari 'what is art' dari buku...

Disebabkan itu adalah kali pertama aku mencari 'what is art', maka untuk satu tempoh yang lama, aku berpegang kepada jawapan itu bagi soalan 'What is art'. Sedangkan, hakikatnya tiada jawapan yang khusus untuk soalan itu.



***

Lecturer : Jadi artis ni, banyak buat dosa. Kita melukis tu, guna bakat yang tuhan bagi. Tapi kita menjual karya kita, kita dapat pujian untuk karya kita...
Aku : Itu, anugerah.
Lecturer : (Terdiam) Bagus awak ni.. nampak je pendiam..

Apabila keputusan test keluar, keputusan aku antara yang teruk dalam kelas tu.

Lecturer : Awak ni, nampak macam pandai...
Aku :(senyum kekecewaan)

***

Lecturer : Cuba bagi definisi yang tepat untuk sculpture
Aku : Sculpture is an art in 3D form.
Lecturer :Jawapan awak paling tepat. Tapi, ubah ayat tu sikit. 'Sculpture is an object of art in 3D form'.


***

Aku melihat seorang senior sedang membuat drawing. Tapi, di atas drawing nya, disapu akrilik. Kalau begitu, itu dah dikira 'painting' lah kan? Aku pun, terus bertanya:

Aku : Apa perbezaan antara drawing dan Painting?
Senior : Drawing biasanya guna kaler kurang sikit dari painting.
Aku : (yeke?)
***


Lecturer : Saya nak awak buat painting tanpa kanvas, tanpa acrilik oil paint, tanpa berus!
Student-student : (Eh.. itu bukan painting dah namanya!)


***
Itu adalah antara cebisan-cebisan kenangan aku daripada ketika temu duga sebelum masuk UiTM dan sepanjang aku menjalani Diploma dulu, dan ketika aku masih baru dalam degree. Yang pastinya, kita orang seni halus, begitu ambil kisah mengenai 'definisi'. Kenapa ya?

Kenapa kita nak tahu sangat apa itu art? apa itu sculpture? drawing? painting? Mereka yang bijak pandai kebiasaannya menjawab "kalau kita tak tahu apa itu painting, macam mana nak hasilkan painting!" Betul juga tu..

Soalan 'what is art' yang telah aku jawab beberapa tahun yang lepas, juga aku persoalkan lagi. Benarkah 'art' merangkumi visual saja? Mestilah bukan...

Ketika aku melihat gerak tari si jejaka zapin, aku terasa ada nilai seni dalam setiap langkahnya. Mendengar geseran daun-daun ditiup angin, kadang kala geseran daun itu bagai mendendangkan sebuah lagu untuk mendodoi kita. Ada kalanya, geseran daun itu begitu bersemangat, membakar semangat ku. Di situ juga ada nilai seni. Bunyi gamelan yang lembut tetapi pantas, juga seni namanya. Ketika aku menghirup teh panas di bawah kipas setelah penat pulang dari kelas, setiap hirupan teh terasa seninya. Sesungguhnya, seni bukan pada visual sahaja kan?

Pernah tak kau rasa diri kau telah menghasilkan sebuah seni, tapi masyarakat menafikan bahawa benda itu seni. Ketika melihat sebuah karya yang memenangi anugerah, kau tak rasa karya itu berseni, tetapi masyarakat mengatakan itulah seni.

Pernah satu ketika, aku bertengkar dengan seorang sahabatku. Dia kata bajunya berwarna hijau. Tapi dimata aku, baju itu berwarna kuning. Maka, berperang lah kami seketika. "Hijau!" "Tak!! Kuning lah!!"

Bagai warna hijau kekuningan, tak dapat dipastikan ianya hijau atau kuning.. Begitu juga lah dengan definisi Art, drawing, painting, sculpture, dan lain-lain lagi. Tiada jawapan yang tepat untuk menjawabnya. Bukan ke begitu?



No comments:

Post a Comment