Thursday, April 21, 2011

Kisah Misteri Kolej X

Tak lama lagi, jam akan menunjukkan pukul 12.00 malam. Aku harus print assignment yang perlu dihantar esok. Kedai dah tutup waktu-waktu begini. "Cubalah kau cari mana-mana bilik kat kolej kita ni yang ada menyediakan perkidmatan print." roommate aku memberi cadangan.

Dengan membawa pendrive dan dompet sahaja, aku keluar dari bilik. Aku merayau di seluruh kolej ku, mencari bilik-bilik yang menawarkan perkhidmatan print. Aku terpandang pada sehelai kertas kecil yang tertampal pada dinding. Menurut kertas tersebut, bilik XXXX (Bukan nombor sebenar) ada menawarkan perkhidmatan print. Maka, aku pun menuju ke blok sebelah, tempat terletaknya bilik tersebut. Kemudian, aku naik lif untuk ke tingkat X.

Setibanya aku di level yang sepatutnya terdapat bilik itu, aku terhenti seketika. Level itu tiada lampu. Level lain ada je lampu. Kenapa dengan level ni? Gelap. Sunyi. Nak terus melangkah ke? Eh mestilah!!! Benda ni perlu print jugak!!! Jadi, aku pun terus melangkah dalam lorong yang gelap itu.

Aku berjalan depan bilik-bilik lain. XXXR, XXXS, XXXT, XXXU... Eh, apa benda yang halang laluan aku ni? Ada benda besar, tetapi rendah, di depan aku. Oh.. payung rupanya. Siang tadi hujan. Payung itu dalam keadaan terbuka, di tengah laluan. Aku sambung semula mencari bilik tersebut. XXXV, XXXW.... Eh?? XXXW di hujung sekali? Habis tu? Di mana bilik nombor XXXX yang sepatutnya selepas nombor XXXW?

Sangat misteri! Wujud ke bilik XXXX? Habis tu, iklan apa yang aku baca tadi? Mulalah fikiran aku fikir bukan-bukan. Dah lah level ni gelap. Tak ada orang. Betulke level ni wujud? Aku patah balik. Mungkin ada bilik yang aku terlepas pandang tadi. Tapi, bilik-bilik di sini tersusun mengikut nombor. XXXX sepatutnya selepas XXXW. Kalau XXXW di hujung sekali, di manakah XXXX???

Disebabkan tak tahu nak buat apa lagi, aku cuba juga berjalan sehingga ke hujung lorong. Rupa-rupanya, di sebelah bilik XXXW, terdapat laluan yang membelok ke kiri. Disebabkan level itu gelap, aku tak nampak laluan itu tadi. Aku nampak dinding penghujung jalan je. Laluan yang membelok ke kiri itu terdapat tandas, dan selepas tandas, itulah dia~ Bilik XXXX yang di cari! Misteri tamat!! Misteri tak? Misteri tak? Tak ada apa yang misteri pun. Haha...


No comments:

Post a Comment