Wednesday, February 8, 2012

Terbang!


Semalam, aku berada di tempat yang amat tinggi. Aku ni memang takut pada ketinggian. Aku berasa gayat sehingga kaki aku sejuk, dan tangan aku berpeluh. Aku berpaut pada dinding dan tak berani untuk melangkah.

Tetapi, seketika kemudian, aku dapati diri aku sedang terbang. Aku boleh terbang rupanya. Dengan sungguh bergaya, aku merentasi langit. Perasaan aku ketika itu, kegembiraan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.



Selepas itu, aku tersedar. "Oh.. mimpi rupanya.."


Saja berkongsi cerita ini kerana aku dapat satu pengajaran: "Kalau kita cuba atasi kelemahan kita, kita akan dapat pulangan yang memuaskan". Betul tak?

3 comments:

  1. agak2 masa bangun tu seluar bsah tak?kot2 terkencing malam.hahahaha :)

    ReplyDelete
  2. nasib baik tersedar... klu sambung mimpi tu rasanya berakhir dgn tragedi... kepala berkecai sebab terhempas...
    *moral... sila amalkan diet seimbang :D

    ReplyDelete
  3. biqa hatmim: ahahaha.. mestilah x..

    keri ikhwan: pe kaitan diet seimbang? huhu..

    ReplyDelete