Saturday, February 11, 2012

Mata untuk melihat

Pada satu malam yang tak berapa nak dingin tapi tak pula panas, aku tekun menyapu warna pada permukaan kanvas. Biar pun masih belum kelihatan imej pada kanvas ku, aku berhenti seketika untuk pergi potong keropok lekor di dapur buat hidangan makan lewat malam ku.

"Cantiknya..." Terdengar suara Abah memuji. Aku yang berada di dapur pun kehairanan la. Apa yang Abah puji? Painting aku belum pun ada rupa untuk dipuji. Aku segera menuju ke Abah. "Apa dia?" Abah jawab: "Tu, cantik.. ada muka orang." sambil tunjuk ke arah tempat aku bancuh warna atau dalam sebutan Inggeris nya; palette.

Inilah rupa palette ku:


Ya, palette yang hanya tempat aku bancuh warna tu, Abah kata ada imej muka orang. Agaknya, begitu la kot mata seorang pelukis. Nampak benda-benda yang kita tak jangka. Abah memang seorang pelukis pun. Aku orang biasa je. (Bakal pelukis, InsyaAllah) Jadi aku tak perasan lah apa-apa yang luar biasa mengenai palette tu. Tapi selepas itu, aku nampak dah apa yang dimaksudkan Abah.

Korang nampak? Mari aku tunjukkan:

Betullah! Ada muka orang!

Itulah dia keajaiban 'melihat'. Kita semua mungkin melihat benda yang sama, tapi kita mungkin nampak benda yang berbeza.

Pelik ke apa aku kata ni? Baik, ada lagi satu contoh. Ada seorang sahabat aku dari group 'We Love Art', Azhunk Awang. Dia melukis satu imej secara spontan tanpa dirancang. Imej itu berasal dari tulisan nombor '3'.

Inilah lukisan tersebut:
Lihat! Dari nombor '3' menjadi satu binatang.
Sebab ini adalah apa yang dia nampak dari nombor '3'.

Pernah tak lihat awan, selepas tu nampak pelbagai imej di awan? Aku selalu nampak. Sebab tu aku suka awan. Mari main satu permainan! Lihat awan di bawah ini, nampak apa?

Ini apa yang aku nampak:
Ibu penyu yang boleh terbang dan memakai cape, bersama anak penyu yang tak boleh terbang. Korang pula nampak apa?

Secara keseluruhannya, aku cuma nak kata, aku kagum dengan mata yang boleh melihat lain dari yang lain.

Sampai di sini saja dulu. Terima kasih sudi singgah sini. Nanti singgah lagi ya? Oh ya, teringat satu buku tu, 'Ways of Seeing' tajuknya. Menarik juga buku tu . Setahun yang dulu kot aku bacanya.


4 comments:

  1. haha.. kretip! betul2...
    slalu nampak imej pelik2 bila tenung bekas tapak kasut kat dinding dlm kelas time skolah dulu.. pastu lukis atas kertas... best....
    awan, bekas2 air kat dinding tandas, pasir, debu kat tingkap, sume ada imej klu diperhatikan :)

    ReplyDelete
  2. setuju sangat... itulah kurniaan yang teragung dari Allah.

    ReplyDelete
  3. tingginya imaginasi..saya kekadang suka tgk awan kot2 ade bentuk yg dapat di-detect...haha

    ReplyDelete
  4. mata org seni..apa pon nampak semua seni

    ReplyDelete