Wednesday, October 19, 2011

Cara-cara ngorat perempuan

Saja je nak cerita mengenai cara-cara lelaki ngorat perempuan. Bukan apa, sekadar bercerita pasal benda yang aku nampak je. Ada beberapa cara lelaki ngorat perempuan. Antaranya ialah:


1.Cara paling kuno
Ayat "Assalamualaikum, tak jawab dosa".
Memanglah ayat yang kuno.
Sudah ramai ustaz dan ustazah kata
kita tak wajib jawab salam orang yang nak ngorat kita.
Maka, cara ni memang ketinggalan zaman.




2. Cara biasa/kebanyakan
Ni cara yang paling biasa kena pada aku,
malah aku selalu nampak kena pada perempuan lain juga.
Tegur perempuan berdasarkan warna baju yang dipakainya.
(Kadang-kadang warna tudung, beg atau lain-lain)
Cara ni biasa sangat. Tak boleh kreatif sikit ke?




3.Cara kreatif

Apabila lalu sebelah perempuan,
menyanyi 'Inikah Cinta' lagu Akim AF7 tu.
Sekurang-kurangnya, kreatiflah sikit dari cara biasa tu kan?



4.Cara bahasa bertapis
Cara yang agak unik dan jarang digunakan.
Ayat: "Inilah yang mak saya cari",
Tidaklah terus terang: "Saya nak awak".



Tapi, tak kisahlah lelaki guna apa cara sekalipun. Akhirnya, kami perempuan, cuma akan ketawa belakang lelaki.

Kalau lah ada lelaki yang sedang baca ni, maaf lah ye? Bukan nak mengata korang.. Aku sekadar bercerita tentang apa yang terjadi disekitar aku dan kawan-kawanku. Jangan ambil hati ya?

Pernah tak korang bayangkan, apa jadi pada dunia kalau cara-cara di atas, digunakan oleh perempuan?

* Korang yang perempuan ada tak nak berkongsi cerita mengenai cara-cara yang tak disebutkan aku?

9 comments:

  1. hehee.. betul2.. terhibur sy membaca :D

    ReplyDelete
  2. dah lupa cara laki ngorat pompuan. nampak sangat dah lama xkena ngorat.. hahaha

    ReplyDelete
  3. cubalah bagi bunga ke hehehe..x pon tetiba dtg minang..=p

    ReplyDelete
  4. merahitujambu: tetiba dtg meminang tu, mmg cara paling berani. haha..

    ReplyDelete
  5. haha..tgelak plak ms tgk yg bhgian lagu akim tu.. tp mmg r,, wt geram gak klo kne cmtu..huhu..

    note: bru kne mgu lpas.. T___T

    ReplyDelete
  6. syafieka edora: haha.. tu la. ni je la cara2 lelaki guna kan..

    ReplyDelete
  7. saya mohon nak wat rujukan untuk buat entry di blog saya.. hehe

    kalau takleh sila email. =)

    ReplyDelete