Studio aku? Ye, studio aku.. Alhamdulillah... Syukur sekali! Baru-baru ni, aku memiliki studio sendiri. Bukan studio yang menumpang di UiTM lagi. Aku dapat satu bilik di studio Abah, untuk jadikan studio sendiri.
Aku akui lah, sememangnya aku dapat studio ini dengan cara yang mudah, iaitu diberi oleh Abah. Sebelum ini, ada terfikir untuk memiliki studio sendiri, dan aku sedar aku menghadapi beberapa kesukaran seperti faktor pengangkutan, tempat, dan keselamatan. Oh ya, kewangan juga.. Apabila memiliki studio ini, aku tak perlu memikirkan segala masalah tersebut. Mudahnya. Memandangkan aku sedar bahawa aku dapat ia dengan cara yang amat mudah, maka, aku takkan mensia-siakannya! Aku akan gunakannya sebaik mungkin! InsyaAllah...
Studio aku, walaupun mungkin bagi artist lain ianya sangat kecil, tapi bagi aku, inilah studio terbaik untuk aku! Satu hari nanti, walaupun aku mungkin akan memiliki studio lain, aku takkan lupakan studio ini. Tempat budak baru belajar, memulakan langkahnya. Teruskan usaha, Amna!!! Hoho.. tengah bersemangat ni..
satu sudut di studio ku
Radio, menemaniku sentiasa...
satu-satunya easel ku
sedikit bahan bacaan..
(Sila abaikan bahan makanan di situ)
Memo, senarai bahan-bahan melukis yang perlu dibeli.
Sumber cahaya
Eh, ni bukan katil taw!
Ni namanya Singgahsana.
Keseluruhan studio ku.
Psstt... nak taw tak? Ada persamaan studio ni dengan studio UiTM. Seperti studio UiTM, aku dibenarkan duduk di sini sehingga jam 11.00 malam je. UiTM sangat kan... Hahaha...
semoga berjaya amna! :)
ReplyDeletetime kasih..
ReplyDeletekak amna ada bakat, dalam pelbagai bidang. Mungkin ada yang belum diterokai. Apa-apa pun semoga berjaya mengharungi rintangan.
ReplyDeletestudio sndri..? best2!!
ReplyDeletepergunakan ruang dan masa sebaik2nya..:)
sronok la!!jeles taw..hehe.
ReplyDeletetalented ni dah ada studio..boleh bgi tjam lagi talent tu! Gud luck:)