Saturday, July 16, 2011

Jawab ujian sejarah

Ni kisah zaman sekolah dulu. Semua orang dah sedia maklum bahawa aku memang benci sejarah! Tiba je waktu sejarah, aku angkat buku-buku aku, dan beralih ke tempat duduk belakang dalam kelas. Sedangkan, tempat aku depan sekali sepatutnya.

Aku ni jenis budak belajar. Tapi belajar subjek yang aku suka je. Sejarah memang tak belajar la! Haha..

Tibalah waktu ujian sejarah. Dapat je kertas, tak ada satu soalan pun yang aku boleh jawab. Sebab tak membaca langsung. Di tepi-tepi kertas tu, ada lah aku conteng-conteng buat gambar kucing.

Nak hantar kertas tanpa jawapan ke? Lepas tu, aku nampak la soalan: "Siapakah pengasas bla.. bla.. bla..." (Tak ingat soalan penuh) Aku pun pergi tulis jawapannya: "Amna" (nama sendiri)



Apabila cikgu memulangkan ketas ujian tersebut, baru aku tahu rupanya bukan aku sorang buat begini. Sebab cikgu cakap: "Siapa yang pandai-pandai tulis nama saya tu? saya bagi dia 'kha'. Pikir la sendiri 'kha' tu apa!"

Wah.. siapa yang tulis nama cikgu tu? Sekurang-kurangnya, aku tulis nama sendiri. Jadi masih dikira baik jugak la aku ni berbanding diorang. Haha...

Baru-baru ni, aku cerita lah kisah ini kepada adik aku, kakak aku dan Umi. Diorang gelak. Umi juga seorang guru. Mesti Umi tak suka perangai pelajar macam aku. Tapi benda dah lepas dah pun. Cikgu sejarah tak suka aku, tapi cikgu matematik suka aku. Haa.. oklah tu kan?

Sehingga kini, aku masih terfikir.. Apa itu 'kha'?


2 comments: