Sebenarnya kan, sebenarnya kan,
sebenarnya...
....
Sebenarnya, aku melukis komik...
Aku dah melukis komik sejak dulu lagi. Sejak sekolah rendah lagi. Kawan-kawan sekolah rendah dan sekolah menengah aku, ramai yang dah membaca komik aku. Tak tahulah mereka ingat lagi ke tidak.
Tapi, selepas tamat sekolah menengah, komik aku, tiada pembaca!
Lebih tepat lagi, sejak aku masuk Art and Design, aku menyedari bahawa komik aku teruk. Maka, aku terus berusaha untuk membaiki, dan aku tak berani tunjuk pada masyarakat lagi.
Sedar tak sedar, sudah setebal ini komik aku.
Tapi kebanyakannya lakaran dengan pensel sahaja...
Aku bercadang nak bermula semula. Nak buat semula yang lebih elok. Ada sesiapa boleh beri nasihat? Aku patut bermula dengan apa? Bagaimana nak buat tone? Bagaimana nak hasilkan komik yang baik? Bagaimana mahu mencari penerbit? Tolong ye.. Aku budak baru belajar.. Terima kasih...
dba xtau pape psl komik...tp nak ckp, teruskn usaha tu sbb xnak la sia2kan bakat. whatever u dream, begin it!
ReplyDelete