Thursday, May 10, 2012

Cuba menjadi kurator




Hari Isnin yang lalu, bersama-sama rakan kelas liberal, aku pergi ke Balai Seni Visual Negara. Terima kasih Prof Muliyadi kerana membawa kami ke sini. Prof Muliyadi adalah lecterur kegemaran aku. Lecturer yang paling aku suka antara semua lecturer yang pernah mengajar aku. Tutur kata beliau penuh sopan, murah dengan senyuman, dan ilmu beliau tinggi. Sudah tentu lah kan. Kata pepatah, 'Sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya'. Ya, aku benar-benar suka beliau. Beliau banyak ubah pemikiran aku. Aku cuba ceburi bidang komik Malaysia selepas dapat galakan dari beliau, aku jatuh cinta dengan dunia liberal juga kerana beliau.


Berbalik kepada topik asal, aku dan rakan-rakan datang ke BSVN untuk kelas Curatorship kami. Ingin mendalami bidang kurator la. Aku rasa, banyak benda aku dapat dengan kelas ini. Baiklah, biar aku ceritakan satu persatu. 


Selepas mendapat sedikit ajaran dari kurator di sana, kami di bawa melihat pameran di BSVN. Kebetulan pameran 'Pertarungan-Amron Omar' sedang berlangsung. Pameran 'Pertarungan' diadakan di dua galeri di tingkat paling atas di BSVN. Kami bermula dengan memasuki galeri yang di sebelah kiri dahulu. Sebaik sahaja melangkah masuk, aku dapat rasakan sesuatu perasaan yang lain. Kerana ini pengalaman pertamaku. Melawati pameran adalah sesuatu yang aku biasa buat, tetapi, inilah kali pertama aku masuk pameran BUKAN untuk melihat karya, tapi untuk melihat cara mempamerkan karya. Tak pernah langsung aku terfikir begini sebelum ini.


Aku teringat sesuatu, sebelum ni, aku pernah terdengar seseorang berkata: "Kebiasaannya, apabila pelawat memasuki sesebuah pameran, mereka akan masuk dan melihat bermula dari belah kiri." Hari ini, aku dapat nampak kebenaran kata-kata tersebut. Rakan-rakan sekelas ku terus ke kiri sebaik sahaja memasuki ke ruang pameran. Ajaib. Bila difikir-fikir semula, ada logiknya juga. Kerana kita membaca bermula dari kiri. Oleh itu, tanpa disedari, kita melihat pameran juga bermula dari kiri. Sekadar andaian ku. Mungkin ada sebab lain, aku tak tahu.


Dalam ruangan pameran ini, pengunjung dapat melihat sketches-sketches milik Amron Omar dari dulu hingga kini. Susunan sketches-sketches ini berdasarkan tarikh. Kuantitinya banyak. Susunannya tidak semua sama jarak. Ada sekelompok sketches yang di atur berdekatan, ada jarak tertentu selang beberapa sketches, ada sederet sketches yang rapat-rapat, ada pula yang jarak selepas itu, pendek kata, kepelbagaianlah corak susunannya. Mengapa? Jika berdasarkan andaianku, ini semua atas faktor penegasan. Penegasan penting untuk daya tarikan. Malah, jika menghasilkan komik juga, setiap panel komik itu tak sama jaraknya untuk menghasilkan penegasan. Maaf jika andaianku tidak tepat. Tapi buat masa ini, itu yang aku fikir. 


Di bahagian ruangan tengah pameran tersebut, terdapat dinding yang meletakkan teks tentang Amron Omar. Namun, aku tidak sempat untuk meneliti teks tersebut walaupun aku tahu, penyediaan teks itu juga tugas kurator.          


Kami masuk ke galeri bertentangan dengan galeri tadi pula. Kali ini, diruangan pameran ini adalah karya-karya Amron Omar. Jika sana adalah sketches, sini pula painting. Ruangan di sini lebih kecil berbanding tadi. Painting yang di pamerkan juga lebih sikit berbanding sketchesnya. Tiba-tiba aku teringat sesuatu yang pernah diberitahu oleh Abah aku. Dalam pameran, karya  tak boleh banyak sangat, nanti orang pandang sekali lalu saja. Ada betulnya juga. Bila sikit, baru setiap karya itu dihayati.


Cahaya di ruang pameran ini lebih gelap berbanding di ruangan sketches tadi. Ini aku faham kenapa. Bila gelap, cahaya ditumpukan kepada karya. Jadi menonjol lah karya-karya tersebut. Menjelma dalam kegelapan, bagai menonton pawagam jugalah. Dalam gelap bukan? Di sini juga, aku bergambar dengan salah satu karya Amron Omar yang bertajuk: 'Catan Diri'. Sebuah karya yang aku sentiasa lihat dalam buku, kini aku nampaknya di depan mata. 


Satu tingkat di bawah pameran 'pertarungan', terdapat pameran ceramik. Cahaya di ruangan ini cerah. Cerah sehingga boleh melihat pantulan ceramik di atas lantai. Indah sekali suasana ini. Pameran ini berbeza, mungkin kerana ianya barangan 3D. Bila menggunakan barangan 3D, dinding lebih banyak kosong, tetapi lantai yang diperlukan untuk mengatur bahan-bahan pameran.


Bertentangan dengan ruangan pameran ceramik tadi, terdapat pameran 'The Last Harvest-Rabindranath Tagore'. Berbeza dengan pameran-pameran sebelum ini, pengunjung pergi ke sebelah kanan dulu, bukan kiri. Kemudian, barulah aku sedar, ini kerana terdapat tulisan di dinding :"phase 1, phase 2, Phase 3" dan seterusnya. Tulisan-tulisan tersebut yang memandu arah pengunjung supaya berjalan bermula dari kanan. Begitu rupanya, dan ianya berkesan buktinya aku lihat rakan-rakanku ke kanan dahulu.


Itu saja yang aku nak ceritakan. Mungkin bagi mereka yang sudah lama dalam bidang ini, semua yang aku tulis ini biasa saja. Tapi bagi aku, ini pegalaman baru. Itu saja, salah dan silap harap ditegur. Terima kasih.



Monday, May 7, 2012

Pesta Buku 2012

Sudah agak lama tak menulis di blog kesayangan aku ni. Biarlah aku jujur, sebenarnya, keyboard laptop ku rosak. Jadi ini mematikan mood aku untuk menaip di sini. Kali ni, nak ceritakan kisah aku di Pesta Buku 2012.

Pesta Buku 2012, sudah pasang semangat awal-awal lagi nak ke sini. Adalah sebab-sebab tertentu. Adalah sesuatu yang aku cari. Dugaan kuat betul untuk aku ke sini. Tarikhnya jatuh dalam minggu yang aku sibuk. Tapi aku curi masa juga untuk pergi. Akhirya, selepas beberapa dugaan yang aku malas nak cerita, aku selamat tiba di Pesta Buku pada 5 Mei 2012. (Sehari sebelum hari terakhir Pesta Buku) 

Kakak aku temankan aku. Ya, dia memang kakak baik nombor satu aku. (Sebenarnya memang ada satu kakak je.) Ni gambar kami sebelum bertolak ke Pesta Buku. 


Pesta Buku 2012, seperti biasa lah, ramai orang. Sesak. Tapi ini petanda bahawa rakyat Malaysia cintakan buku. Betulkan?

Alhamdulillah, aku sudah miliki apa yang aku cari. Mungkin ianya nampak remeh di mata orang lain, tapi, ianya satu langkah aku dalam mengejar cita-cita aku.

Sekarang, aku dalam masa yang agak sibuk. Nanti, InsyaAllah aku ceritakan di sini apa yang aku buat. Sekian sahaja...

Tuesday, May 1, 2012

Potto dan Pasu


Kiri Potto, kanan Pasu.
Mereka dah semakin besar.
Comel kan?



Friday, April 27, 2012

Apa dalam fikiranku



Tidak mahu bercakap banyak. Cukuplah satu gambar menerangkan segala-galanya. Faham atau tidak, tak penting pun.

Friday, April 20, 2012

Berjumpa Aman Wan

Setiap kali ternampak fliers atas ni yang tertampal di rata-rata bangunan AD, aku berbelah bahagi. Nak pergi ke tak nak? Ada perkataan komik di situ. Aku minat. Tapi Video Blog tu apa? Lagi pun, siapa yang bagi talk tu? Aku tak kenal.

Akhirnya aku pergi. Lagipun, kawan aku yang merupakan sebahagian dari krew yang menjayakan majlis tersebut telah sms minta aku datang. Datang je lah. Tak rugi pun. Walaupun aku tak kenal nama yang beri talk tu, tapi, ilmu boleh datang dari mana-mana je.

Aku pernah berjumpa kartunis Gayour,( baca di sini) dan aku pernah berjumpa kartunis Aie.(baca di sini) Hari ni aku berjumpa Aman Wan. Rasa bersalah pula tulis aku tak kenal nama dia di atas tadi. Sebab banyak aku pelajari dari dia. Daripada minat, cabaran, rakan seperjuangan, semua dia sebut. Aku tersedar sesuatu, ya, apa dia sebut tu semua betul. Aku sedang lalui semua masalah-masalah tersebut sebagai seorang pelukis komik yang masih belum mempunyai nama. Jadi, aku nak ikut nasihat-nasihat dia.

En Aman Wan kata, dia nak kami rasa yang kami boleh buat lebih baik dari dia. Sebab dia dalam generasi yang sama dengan kami. Dia masih baru, baru step pertama katanya. Betul juga tu. Dia baru 24 tahun. Setakat dua tahun lebih tua dari aku je. Jadi, aku patut pasang matlamat supaya ketika aku berumur 24 nanti, aku juga dah capai step pertama. InsyaAllah. Sekarang ni pun dalam proses nak melangkah.

Seperti sebelum-sebelum ini, (Sewaktu jumpa Gayour dan Aie) selepas tamat majlis, aku nak jumpa secara sendiri. Lagi banyak ilmu dapat dengan cara itu. Aku tunjuk work aku pada En Aman Wan. Seperti sebelum ini juga, tangan aku menggigil semasa hulurkan karya aku. Tapi aku dah rasa semakin ok dari dulu. Menggigil sekejap je. Selepas tu tak rasa apa. Aku dah semakin berani ke? Abaikan. Aku pun tak faham kenapa mesti menggigil. Aku seorang pelajar Fine Art, kalau melukis potret depan orang ramai pun pernah.Tak menggigil pulak. Itulah, aku dapat rasakan melukis komik lebih menakutkan dari melukis untuk Fine Art sebelum ni.

Banyak benda aku pelajari hari ini. Aku juga kenal seseorang yang sama seperti aku, sedang berusaha untuk menghasilkan komik. Tak sangka pula aku. Aku ada junior Fine Art, juga dalam major painting, yang sedang berusaha dalam komik. Malah, komik dia cantik. Aku baru tahu ketika dia tampil menunjukkan hasil dia kepada En Aman Wan. Tercabar? Ya, aku ada rasa sedikit tercabar. Tapi bak kata Aman Wan, persaingan tu perlu. Terima kasih sudi datang UiTM, En Aman Wan.

Aku tak sangka aku kini serius dalam bidang komik. Banyak sangat benda bermain dalam kepala sekarang ni. Painting, thesis, minor.. Tapi aku sibukkan diri dengan komik. Itulah Amna.


*semua gambar-gambar yang di ambil dari fb Aman Wan.