Cinta itu buta dan membutakan. Itu kata orang. Tapi aku akuinya. Persahabatan juga boleh putus kerana cinta.
Bertahun-tahun yang lepas, aku pernah hilang seorang rakan. Kerana cinta. Dia berada dalam percintaan yang toxic. Aku tak henti-henti nasihatinya. Namun dia pergi beritahu kepada cinta hatinya itu apa yang aku nasihat ini. Lalu si cinta hatinya menyatakan kepadanya bahawa dia tak suka rakan ku ini berkawan dengan ku.
Rakan ku lalu memberitahu kepada ku bahawa cinta hatinya tidak mahu dia berkawan dengan aku. Lantas aku suruh dia pilih. "Aku atau dia?"
Pedih tapi benar, rakan ku memilih dia. Aku pun hilang terus dari hidup rakan ku. Bertahun kemudian, rakan ku muncul semula dan berkata: "Aku telah putus dengan dia"
Aku diam sahaja. Menantikan adakah kemungkinan dia akan meminta maaf kepada ku dan mengakui bahawa aku betul? Tapi apa yang dijawabnya cukup pedih bagi ku:
"Tapi aku tak menyesal"
Lihat, dia tidak menyesal membuang aku sebagai kawan walaupun akhirnya dia dan cinta hati itu putus.
Tamat sebuah persahabatan.
***
Kini, cerita ini bagai diulang semula. Tapi dengan rakan yang lain pula. Seorang rakanku sedang berada dalam toxic relationship. Mengapa aku mengatakan ianya toxic? Sebab hubungan itu hanya memburukkan situasi fizikal dan mental rakan ku.
Aku tak jemu-jemu membebel kepadanya. Tapi benarlah kata orang, cinta itu buta. Rakan ku ini seolah-olah telah berubah sepenuhnya sikap dan personaliti.
Aku serba tak kena. Lagi aku menasihatinya, lagi jauh dia daripadaku. Malah makin dibuatnya segala benda yang aku larang. Maka aku biarkan. Tapi biarkan juga salah. 'Cinta hatinya' terus menerus memberi impak negatif terhadap rakan ku ini.
Ketika saat aku menulis ini, kata hati ku mengatakan aku bakal kehilangan rakan lagi. Namun apa jalan lagi aku boleh pilih? Allah, tolong lindungi rakanku. Allah.. Allah.. Aku tiada daya lagi.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteMGM Resorts Casino Hotel in Maricopa - Mapyro
ReplyDeleteCompare reviews, photos and 삼척 출장샵 1 night(s) of 하남 출장샵 MGM Resorts Casino Hotel in 여수 출장샵 Maricopa, AZ. See 영주 출장샵 13 photos and 의정부 출장샵 1 review.