Tuesday, November 22, 2011

Sudah seminggu sejak pemergian dia..

*Ini cerita panjang dan bosan. Tak usahlah baca*


Hari ini hari Selasa. Genablah seminggu Kembang meninggalkan aku. Untuk tiga hari pertama, aku menangis dan tak makan nasi. Tapi sudah tentulah tak ada sesiapa tahu begitu rupanya perangai aku. Aku lebih senang menyembunyikan perasaan aku. Barulah misteri. Aku bercerita di blog je. Orang sekeliling aku tak tahu pun aku menangis. (Err.. ada kot sorang dua yang tahu) Oleh itu, andai ada pembaca blog ni yang terdiri daripada rakan-rakan sekelas aku, tolonglah buat-buat lupa yang anda baca ini. Sebab aku perlu mengekalkan imej cool aku. Haha.. Ok?

Bagi yang tidak ada membela haiwan kesayangan, tentu mereka berpendapat orang yang sedih sebab kucing mati ni pelik. Tapi bagi aku, orang yang tak sayang haiwan jauh lagi pelik. Berkali-kali aku pujuk hati, lebih baik kucing kesayangan mati, daripada insan-insan tersayang meninggal dunia. Betul tak? Syukur, sekurang-kurangnya Allah SWT memberi aku perasaan menyayangi haiwan. Sudah tentu, yang hidup tetap akan mati. Sudah tiba masa Kembang mati. Terimalah kenyataan...

Sudah terlajak buka topic Kembang ni, aku nak bercerita sikitlah.. Banyak kucing aku bela. Tapi tak semua pergi meninggalkan kesan terhadap aku. Seingat aku, kucing pertama yang meninggalkan kesan pada aku ialah Cheeky. Kucing putih tompok hitam yang aku bela semasa aku berumur 7 atau 8 tahun. Tiap-tiap pagi, dia teman Umi aku tunggu bas nak pergi kerja. Lepas tu hilang. Kali pertama dia hilang, ada mak cik datang pulangkan. Kata mak cik tu, Cheeky selalu datang ke rumah dia. Kali kedua Cheeky hilang, aku ternanti-nanti mak cik itu untuk pulangkan Cheeky. Tapi mak cik tu tidak muncul-muncul. Maka tamat lah kisah cinta suci aku dan Cheeky.


Kucing kedua yang meninggalkan kesan besar pada aku, ialah Comat. Comat ialah seekor kucing betina warna coklat, kemungkinan ada campuran kucing siam sedikit. Di hidungnya ada satu garisan warna putih. Macam kuda pula. Comat ni, diberi oleh Pak Cik jiran sebelah rumah. Pak Cik tu lah yang bagi nama Comat. Comat adalah anak kepada Comot, dan ada adik beradik kembar bernama Comel. Dia juga ada abang bernama Sabun. Lepas tu ada boyfriend bernama Kuning. Tulah sedikit-sebanyak mengenai keluarga Comat. Keluarga yang agak besar. Nak besar lagi, dia ada kakak ipar, kucing putih dari rumah depan. Tapi, aku punya kucing Comat sahaja. Keluarga dia tak. Comat bersama aku selama 5 tahun. Sejak aku darjah dua sehinggalah tingkatan satu. Akhirnya, mati dilanggar lori. Aku tak nampak.. Ada orang beritahu aku. Comat ni bijak.. Baju yang jatuh dari ampaian, dia ambil bawa masuk rumah. Bijak tak?


Keluarga Comat



Seterusnya, kucing yang turut meninggalkan kesan pada aku ialah Keiko. Ketika itu aku bersekolah di Saujana Utama, tetapi menetap di Puncak Alam. Aku terjumpa Keiko di Saujana Utama dan aku seludup bawa masuk bas sekolah dan bawa dia pulang ke Puncak Alam. Keiko ni pendiam. Buat hal sendiri je. Ketika aku ambil dia, dia masih kecil. Biasanya anak kucing ceria. Tapi dia senyap je. Lepas tu, dia boleh tidur atas lantai yang ada takungan air. Pelik tak? Semakin dia besar, dia makin jarang pulang ke rumah. Bila pulang je, badan dia penuh hitam-hitam kesan minyak kereta. Kitorang adik beradik buat lawak kata: "Keiko masuk askar". Lama kelamaan, Keiko cuma pulang ke rumah tiga hari sekali. Cuma tuhan je tahu betapa aku rindu pada dia ketika itu. Tak lama kemudian, seminggu sekali je dia pulang. Akhirnya, susah betul nak nampak dia. Pada satu hari, setelah dah lama tak jumpa Keiko, aku terjumpa dia di lorong hujung rumah aku. Gembiranya aku, Keiko masih kenal aku! Aku panggil dia pulang. Dia ikut aku, tapi sampai pada satu kawasan, dia tak berganjak lagi. Dia terpaku di situ. Aku panggil dia, dia sekadar menyahut, tapi tak maju ke depan. Ketika itu, fahamlah aku mengenai peraturan kehidupan kucing. Keiko tak boleh pulang ke rumah kerana kawasan rumah aku sudah jadi kawasan kucing jantan lain semenjak Keini (Kucing aku yang lain) beranak. Pernah terfikir, andai aku tak bela Keini, tentu Keiko masih bersama aku. Tapi, tak boleh fikir begitu.. Kerana Keini lah aku mengenali Kembang. Kembang ialah cucu Keini. Bagai Hang Tuah dan Tun Teja, aku dan Keiko berpisah walaupun kami saling menyayangi. Keadaan memaksa. Itulah kali terakhir aku jumpa Keiko, dan aku dah merelakan pemergian dia.

Keiko



Selepas Keiko, yang aku sayang ialah Kembang. Cucu Keini. Yang telah seminggu meninggalkan aku.

Keluarga Kembang

Sebenarnya, sebelum Kembang, aku ada kucing bernama Tiger. Tiger adalah sepupu Kembang. Ketika itu, Kembang belum lahir. Tiger ni, memiliki rupa yang buruk. Muka dia memang peliklah. Hidung panjang. Tak macam muka kucing biasa. Aku dan adik beradik aku selalu ejek Tiger buruk. Tapi, yang buruk-buruk tulah aku sayang. Sebab bagi aku, muka dia unik! Suka betul kat dia!!


Tiger



Malangnya, Tiger mati ketika masih kecil. Aku tak terasa sangat pemergian dia sebab tak lama dia bersama aku. Tapi, tetap terkilan sebab aku suka dia. Tak lama kemudian, lahirlah Kembang. Mungkin sebab aku masih teringat-ingatkan Tiger, aku jadi suka pada Kembang. Sebab warna Kembang seperti warna Tiger. Itulah kisah permulaan aku dan Kembang.. Dan aku tak pernah sangka yang Kembang akan jadi seekor kucing yang cukup bermakna buat aku..

Sampai sini saja dulu.. Cheeky, Comat, Keiko dan Kembang.. Banyak juga aku bercerita.

Kembang

2 comments:

  1. bagusla sayang kucing.. meh sini tngok kucing cute .. haha
    ilusi-fantasidunia.blogspot.com/2011/11/fakta-kucing-bukan-sekadar-comel.html

    ReplyDelete