
Aku orang terbelenggu
Pada pagi Rabu yang tenang aku tidak membuat apa-apa. Tiba-tiba aku mencapai kertas dan pen, kerana idea untuk painting aku muncul secara tiba-tiba, Pada waktu tengah hari, aku keluar berbaju ungu serta tudung hitam. Aku pilih untuk tidak bersolek hari ni. Aku melangkah dengan kasut tumit tinggi menuju ke arah bas. Walaupun kelas dibatalkan hari ini, aku tetap perlu menyelesaikan beberapa urusan.
Di dalam bas, terdapat seorang gadis yang menarik perhatian ku. Dia duduk bertentangan dengan ku. Rupanya tidak lah terlalu cantik, tetapi manis dipandang. Keningnya tebal, berbentuk bulan sabit. Matanya bulat, tapi nampak lembut. Tulang pipinya tinggi. Kulitnya cerah. Bibirnya yang ditutup rapat membentuk bulat. Rambutnya lurus dan panjang. Dia memakai baju kurung jingga coklat. Indah sekali. Kecantikan Melayu yang sebenar. Kalaulah terdapat kertas dan pensel di tanganku, mahu saja aku melakar wajah gadis tersebut.
Bas Rapid yang ku naiki berhenti di seksyen 2. Di situ aku tukar bas dan menuju ke PKNS. Setelah selesai urusan di PKNS, aku segera pulang. Aku berjalan kaki menuju ke Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka. Aku ada urusan di sana. Aku memilih untuk lalu di laluan kecil yang dikelilingi pokok-pokok tinggi. Kebiasaannya, aku ikut laluan lebar yang bersebelahan dengan laluan kenderaan. Tapi hari ini, jalan kecil ini lebih dekat. Perjalanan terasa pendek dengan menghayati keindahan cahaya yang terpancar di celah celah daun pokok.
Setibanya di Fakulti, aku terpaksa menaiki tangga hingga tingkat empat. Aku ingin berjumpa dengan lecturer. Namun, aku terpaksa menunggu seketika kerana terdapat ramai orang yang ingin berjumpanya. Berbaloi untuk menunggu kerana aku dapat banyak benda hanya dengan pertemuan ini. Aku jadi semakin jelas dengan tajuk aku. Malah, aku juga mengetahui banyak benda mengenai Philosophy, sesuatu yang aku cuba untuk mengenali sejak kebelakangan ini.
Aku meninggalkan bilik lecturer ku dengan perasaan puas hati. Banyak benda yang ingin aku kaji selepas ini. Ketika aku menuruni tangga, aku terserempak dengan dia. Dia ialah seseorang yang sangat aku kagumi sejak dua tahun yang lalu. Dia menegur aku tanpa sebarang kata-kata. Hanya gaya yang menggambarkan. Setelah itu aku dan dia berjalan ke arah yang bertentangan menuju ke destinasi masing-masing. Sambil berjalan pulang, aku tidak dapat untuk berhenti senyum mengenangkan yang dia menegurku tadi.
Setibanya di bilik ku, aku menjamah nasi. Aku berasa puas hati dengan semua urusan yang telah aku selesaikan hari ini. Begitulah satu hari Rabu ku berlalu.
*Cerita ini memang tiada isi. Aku sekadar ingin melihat kemampuan Bahasa Melayu ku setelah lama ditinggalkan. Hehe..
Idea untuk painting aku di terima baik oleh prof. Aku rasa gembira sangat. Tapi, dalam pada gembira, ada sikit ketakutan jauh di penjuru hati aku. Sebabnya, aku sedar kini aku baru sahaja melepasi satu garisan keselamatan, masuk ke kawasan yang lebih bahaya. Aku akan cerita dengan lebih terperinci.
***
Minggu lepas, ketika aku mula-mula menyampaikan idea ku di hadapan kelas, aku menjadi kurang pasti dengan idea ku. Ini kerana reaksi yang aku terima agak kurang menyenangkan. Kawan-kawan aku buat lawak dengan “pagar” (idea aku). Malah ada orang panggil aku dengan nama “pagar”. Aku tahu benar, mereka sekadar bergurau senda, mencari sesuatu untuk dijadikan bahan. Yalah, tanpa gurauan, apalah erti hidup ini. Aku tidak menyalahkan mereka. Namun, kerana aku sendiri masih kurang jelas dengan idea ku, aku menjadi kurang yakin dengan idea tersebut. Namun begitu kata-kata prof: “It’s interesting..” yang menjadi kekuatan aku. Tapi sebenarnya, prof tambah lagi ayatnya dengan: “….It’s interesting.. BUT bla.. bla.. bla..”
Sebenarnya, ramai yang membantu aku. Seorang senior dari studio sebelah terus menerus tanya aku ini dan itu. Dia sebenarnya nak biar aku nampak apa yang aku buat. Betul juga. Tanpa semua pertanyaan dia tu, aku jadi tak tahu apa yang aku tahu. Sebenarnya, semua kawan-kawan yang tak henti-henti membuat lawak dengan “pagar” tu pun membantu. Semakin banyak mereka menyebut “pagar”, aku jadi makin berfikir mengenai idea ku. Abang aku yang aku sayang pun banyak membantu. Sepanjang aku berjaga waktu malam kerana menyiapkan sketches, dia juga online, dan chatting dengan aku. Dia bukan sahaja menyumbangkan idea, malah memberi kata kata semangat. Ketika aku kata bahawa topic ku ‘cekal’, dia membaca buku mengenai kecekalan. Ketika aku kata aku perlu peribahasa yang bersesuaian, dia carikan peribahasa untuk aku. Ketika aku mahu contoh contoh haiwan yang berkaitan, dia beri idea. Walaupun aku sekadar adik angkat dia, tapi dia bantu aku seperti aku adik kandungnya. Oh tuhanku, apa lagi aku perlu buat untuk balas budi abangku ini?
Semalam, aku beranikan diri membentangkan sketches idea ku. Mengejutkan, semua idea pelik ku langsung tak dibangkang prof. Cuma dia tambah idea apa yang patut aku buat. Malah, dia menerangkan lagi mengenai topik aku. Hebat! Dia lebih memahami topik aku dari diri aku sendiri. Prof juga menyedarkan aku bahawa topik ku ini bersifat abstrak. Lebih mengejutkan aku, prof kata “It is very philosophic.” Philosophic? Saat ni la tiba-tiba aku terasa aku dah masuk kawasan bahaya. Philosophy adalah tahap paling tinggi dalam aprisiasi seni. Aku tahu tentang tu. Aku tak pernah bercadang untuk masuk ke tahap philosophy dalam masa terdekat ni. Tapi ia terjadi tiba-tiba tanpa sebarang amaran dahulu.
Philosophy.. Aku sangka hanya golongan bijak pandai yang dah lama dalam bidang ni sahaja boleh melangkaui tahap tu. Tapi secara tak sengaja budak hingusan macam aku tersentuh tahap tu. Aku memang rasa bahaya. Dengan ilmu taraf aku ni, aku mungkin akan menampakkan kebodohan ku apabila karya ku yang bersifat philosophic tu siap nanti. Tapi, aku tak akan berpatah balik. Takut? Takut adalah sesuatu yang mencabar! Aku akan terus maju ke depan. InsyaAllah…
*aku kena kaji lagi pasal philosophy ni.. Aku tak tahu apa-apa!
18 Januari 2011… Aku datang ke Balai Seni Lukis Negara. Niat asal nak tengok Bakat Muda Sezaman. Tapi, terjumpa kawan-kawan UiTM Melaka pulak! Sukanya aku!!! Wahida, Qistina, Syikin, Fiqah, Kurt, Ustaz, Ajlaa, Boss.. Sayang diorang semua!!!
Bakat Muda Sezaman.. membuka mata aku. Aku lihat banyak benda di sini. Walaupun, salah seorang senior aku cakap: “ini semua tak ada apa, kalau lihat kat luar lagi banyak benda,” tapi bagi aku yang masih baru dalam bidang ni, aku berpendapat Bakat Muda Sezaman memang hebat! Diam-diam, aku pasang angan-angan untuk menyertai Bakat Muda Sezaman satu hari nanti. Adakah angan-angan aku sekadar angan-angan Mat Jenin? Aku pun tak tahu.
Ramai betul orang di Balai Seni malam ni. Bukan sahaja UiTM Melaka yang datang. Malah, kami dari UiTM Shah Alam pun ramai. Dari UiTM Perak pun, bawa satu bas. Itu baru student UiTM. Ada ramai lagi orang yang bukan student.
Aku lega dapat jumpa Boss, kawan dari UiTM Melaka. Terlalu banyak benda yang aku nak tahu dari dia. Kenapalah orang yang kita sayang selalu buat kita risau? Boss selalu buat aku risau. Sekurang-kurangnya, hilang sikit risau bila nampak dia depan mata. Aku melihat pameran tu bersama Boss. Selepas tu, kami makan bersama Fiqah, Kurt dan Ustaz. Macam-macam kami berbual.
Aku sayang sangat kat Wahida. Kawan aku yang comel, lemah lembut, dan ceria macam anak kucing. Tapi, aku tak sempat nak sembang lama-lama dengan dia. Kecewa jugak..
Setiap pertemuan ada perpisahan. UiTM Melaka kena pulang. Berat je hati aku rasa. Lepas mereka pulang, aku pergi bersama kawan-kawan UiTM Shah Alam. Nadia, Ajin, Yat, Zai.. Tapi, aku nampak diorang sedang mengucapkan selamat tinggal kepada student-student UiTM Perak. Sebab kawan-kawan aku ni berasal dari UiTM Perak. Sedihnya tengok diorang ucap selamat tinggal. Mestilah, diorang pun macam aku.. ada kawan-kawan yang diorang sayang dari kampus lama diorang.
Selepas itu, Aku, Nadia, Ajin, Yat dan Zai sama-sama pulang.. Aku rasa bersyukur sangat untuk hari ini.. Aku akan jumpa diorang lagi. InsyaAllah.
Hei hei.. teruja betul aku apabila nak menghadiri majlis perkahwinan kawan aku, zamirul. Dia kawan sekelas masa tingkatan 5 dulu.. Bukan sebab apa, tapi kitorang tak pernah berjumpa sejak tamat persekolahan. Tiba-tiba, dapat berita dia nak kahwin. Terkejut la aku..
Aku datang ke majlis tu bersama Shidah. Faze tolong tunjukkan jalan ke sana. Faze ialah penolong kelas kami dulu.
Sampai je di sana, pengantin lelaki (kawan aku) lambai tangan kat aku. Wah.. sampai-sampai je terus di sambut pengantin! Lepas tu kat sana, ramai kawan-kawan sekolah aku. Budak-budak yang dari kelas akaun dan perdagangan pun ada.. Aku kelas sastera.
Sedang aku menikmati nasi kenduri, tiba-tiba lagu ‘Kasihnya Laila’ berkumandang. Lagu kegemaran aku! Seorang lelaki di sebelah aku turut menyanyi lagu tu. Kalau tak salah aku, dia Hazmi. Lelaki dari kelas Akaun yang pernah sekelas dengan aku semasa tingkatan 3. Tapi aku tak pasti la.. Jadi aku cuba tanya..
“Kau kelas PD ke PA?” Dia kelihatan agak kecewa apabila aku tanya sedemikian. Katanya: “Kau tak ingat aku?? Aku ingat kau.. Amna Syakira..” Pegh.. siap ingat nama penuh.. Malu aku. Jadi aku terus kata: “Hazmi kan?” Nasib baik lah betul. Lepas tu, aku sambung lagi: “Lagu ni… dulu kau nyanyi lagu ni dalam kelas..” Haha.. habis kawan kawan yang ada di sekitar ketawa. Lepas tu, Hazmi sambung menyanyikan lagu tersebut.
Sebenarnya, aku tak pernah lupa Hazmi. Mungkin sebab betullah kata orang “Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang jua.” Aku Cuma ragu-ragu sebab rupa dia dah lain.. Ye, Cuma sekali dia buat baik kat aku, tapi sampai sekarang aku tak lupa. Dulu, aku tak pernah rapat dengan dia, tapi aku terharu sangat sangat bila dia berbohong untuk jaga nama baik aku. Serius, aku terhutang budi. Sebab tu la aku tetap ingat dia sampai sekarang. Tapi, benda tu hal kecil je untuk dia. Aku rasa dia tak ingat pun. Walaupun tu benda kecil untuk dia, tu tetap benda besar untuk aku. Aku takkan lupa.
Kawan-kawan sekelas
Selain Shidah, Faze dan pengantin lelaki, Aku jumpa beberapa lagi kawan sekelas tingkatan 5. Iqram senyum kat aku. Dia tak berubah. Dari dulu, dia memang sangat ceria. Hafiz, aku dah tak ingat nama dia. Terpaksalah dia kanalkan nama dia tadi. Tapi, muka dia aku kenal. Tak berubah.. Cuma bertambah segak! Hehe.. Farhan, pun masih macam dulu.. Og, seorang yang pernah jadi seseorang yang rapat dengan aku pun ada.. Khairudin pun ada. Sebelum aku pulang, seorang kawan sekelas aku, yang aku dah tak ingat nama, dia buat symbol ‘peace’ pada aku. Terharunya!!! Dia ingat lagi.. Dulu, trademark aku masa zaman sekolah: ‘peace’.. Best dapat jumpa semula diorang semua. Cuma, kawan-kawan kelas yang perempuan Cuma Shidah dan Faze je yang ada.. Kalau semua ada kan best…