Monday, October 3, 2011

Along

Aku ada Along. Along adalah kakak sulung dalam adik beradik aku. Saja nak cerita satu peristiwa ni. Satu hari di kedai, Along, Angah dan Kakcik membeli barang-barang keperluan. (Along yang pakai baju warna purple tu)















*Macam mana dengan kakak sulung atau abang sulung korang? Hehe..

Marilah lawat blog kakak aku: mahligai idea




Saturday, October 1, 2011

Bunga Hitam

Semenjak kamera aku rosak, aku rasa aku semakin berubah menjadi orang yang lebih sensitif. Aku cepat je nak terasa dengan apa yang terjadi di sekitar aku. Tak kisah lah benda baik atau benda buruk, semua aku nak terasa. Apalah...

Sekurang-kurangnya, semalam hati aku agak berbunga apabila menerima sekuntum bunga hitam ni! Bunga kecil yang dibuat dengan membentukkan dawai hitam je. Kawan aku buat main-main, lepas tu aku minta dari dia. Suka nya!




Ini mengingatkan aku pada bunga putih yang satu ni. Dulu aku pernah menerima sekuntum bunga putih yang dihasilkan dengan tisu. Ini pun sama. Ada orang buat main-main je, lepas tu aku minta dari dia.

Cantikkan kedua-dua bunga ini? Masing-masing ada keunikan tersendiri. Walaupun aku selalu rasa aku ni tak macam perempuan, tapi ada kalanya, aku ni macam perempuan lain juga. Suka benda-benda seperti ini. Hehe..


*Tak ada ke sesiapa yang terbaca ni lalu tergerak hati nak beri bunga hidup kepada aku? Opss.. tergedik pulak. Lalala...


Thursday, September 29, 2011

Baby ku sayang

Langit di luar semakin cerah. Aku tak tidur sejak semalam... Sedang buat drawing untuk kelas painting yang akan bermula lagi satu jam dari sekarang. Agak-agak dah penat buat drawing tu, aku pun bergambar guna webcam di laptop ku. Saja.. Letih memandang drawing, main-main la sekejap.



Tiba-tiba, aku terkenang pada Baby ku. Baby ku, tak lain tak bukan, mestilah kamera digital ku! Aku pun mengambil kamera ku. Cadang nak ambil gambar drawing yang dihasilkan ku sejak malam semalam. Betapa sedih, kecewa dan pilunya hatiku apabila aku lihat Baby ku tak sihat seperti biasa. Bila aku tangkap gambar, jadi bergaris-garis seperti di bawah ni:

Tak tahu la nak buat apa.. Mungkin betul kata Abah, kamera digital tak tahan lama. Tapi aku sayang sangat pada Baby..

Sekarang dah tak ada mood nak buat drawing. Tak ada mood nak pergi kelas juga. Tapi mana boleh tak pergi~



Wednesday, September 28, 2011

Drama Pendek Gadis Misteri

Pada satu hari yang indah.. Gadis Misteri itu berkahwin dengan jejaka pilihannya. Majlis diadakan dalam keadaan yang serba sederhana. Malah, pakaian pengantin pun tak sedondon. "Lebih berseni kalau tak sedondon. Barulah ada unsur kepelbagaian." Kata Gadis Misteri itu yang merupakan seorang pelajar seni halus. Hadirin yang hadir pun tidak ramai. Cukuplah sekadar jiran tetangga 40 buah rumah di depan, di belakang, di kiri dan di kanan. Lagu dipasang bagi memeriahkan lagi majlis itu. Akan tetapi, lagu yang dipasang ialah lagu 'Tragis' nyanyian Fiq yang sememangnya tak bersesuaian dengan majlis yang penuh bahagia ini. Apa boleh buat, pengantin perempuan tu obses terhadap fiq.

Siapakah jejaka bertuah yang berjaya memiliki Gadis Misteri yang pandai masak daging kuda belang itu? Siapa lagi kalau bukan Roronoa Zoro.

Memang tak sesuai digelar 'Bagai pinang dibelah dua'
Lebih sesuai disebut 'Bagai pipit dengan enggang'.


Di antara hadirin yang hadir ke majlis tersebut, turut terdapat Inuyasha. Semua orang di sana sudah sedia maklum bahawa Inuyasha merupakan ex-boyfriend Gadis Misteri. Para hadirin memandang Inuyasha dengan hati sayu seolah-olah memahami perasaannya. Lidah Inuyasha kelu. Dia tak mampu berkata apa-apa. Selama ini dia sangka Gadis Misteri suka lelaki berambut putih. Tapi kini Gadis Misteri berkahwin dengan lelaki berambut hijau. Kalau lah dia tahu, akan dia warnakan rambutnya hijau sehijau kulit buah tembikai.


Maka, tamatlah sebuah kisah cinta yang penuh tragis ini. Andai drama ini masuk pawagam, tentu mendapat sambutan hangat sehingga penonton baling kasut ke arah skrin.



Sekian..



Tuesday, September 27, 2011

Kenali Fine Art

Apabila memikirkan yang aku bakal menamatkan pelajaran tak lama lagi, maka aku nak iklankan kepada semua pasal Fine Art. Aku sedang belajar Fine Art di UiTM Shah Alam. Dan InsyaAllah semester hadapan ialah semester terakhir bagiku.

Fine Art memang menarik. Sesuatu yang enjoy lah untuk dipelajari. Fine Art terbahagi kepada empat major. Sculpture, Ceramic, Printmaking, dan Painting.

Aku mulakan dengan memperkenalkan sculpture. Sculpture bermaksud arca. Arca adalah satu objek seni dalam bentuk 3D. Ramai yang kata sculpture best! Tapi bagi aku, aku tak pandailah nak buat sculpture..

Bukan soal tak pandai je sebenarnya. Sculpture tak sesuai dengan jiwa aku. Tempat mereka di bengkel. Di sana sangat berhabuk dan bising. Aku paling tak tahan bising! Hehe.. kalau kawan-kawan sculpture baca ni, mereka marah aku tak? Hehe.. ampun semua..

Aku lebih rela menjadi sculpture daripada membuat sculpture. Hehe..



Namun, sejujurnya, pada pendapat aku, perempuan yang masuk major sculpture sangat cool! Suka lihat sorang awek cun dalam kelas sculture tu. Dah lah cun, mampu buat sculpture pulak tu!!! Sukanya kat dia!!!!
(Sila jangan salah faham terhadapku. Suka perempuan tak salah kan? Aku masih normal taw)



Mari-mari, aku cerita pasal Ceramic pula. Sejujurnya, aku tak pernah lah buat ceramic. Ceramic masih baru dalam Fine Art di sini. Walaupun aku tak pernah buat, tapi berdasarkan pemerhatian aku, Ceramic ini agak menarik! Aku pernah lihat kawan-kawan ceramic buat patung -patung kecil, comel-comel. Nampak best je!

Aku ada seorang kawan dari ceramic ni. Dulu ketika diploma dia merupakan senior aku. Apa yang aku nak beritahu ialah, dia sangat cool! Pernah satu ketika, work dia pecah sedangkan beberapa hari lagi perlu dihantar. Lepas tu dia boleh tenang je sambil kata: "pecah..." Pergh.. Cool sangat! Kalau aku, aku dah menangis bertong-tong air mata dah. Ketika itu, aku sedar.. Berisiko juga ceramic ni.
Gambaran daun-daun gugur nak menunjukkan betapa cool nya dia. Haha..

*Ehem.. andai ada kawan-kawan aku yang terbaca ni, dan kalaulah korang tahu siapa yang aku maksudkan di sini, silalah buat-buat tak tahu ye? Segan aku nanti. Haha..



Seterusnya, Printmaking. Printmaking ni, sejak Diploma lagi aku dah belajar. Namun disebabkan aku pelajar penerapan, aku cuma sempat belajar Lino Cut dan Wood Cut je. Sedangkan, ada banyak lagi teknik-teknik yang menarik dalam printmaking.

Ketika Diploma dulu, aku pernah mempersoalkan: "Kenapa kita kena belajar printmaking? Zaman sekarang dah ada printer. Buat apa nak buat printmaking lagi?" Haha.. itu ayat yang keluar dari mulut aku ketika ilmu masih kurang dulu. Apabila ke Degree dan masuk ke major yang tak ada kaitan dengan printmaking, mulalah aku merindui printmaking. Rupa-rupanya, terdapat kepuasan dalam menghasilkan printmaking. Aku lambat sedar. Nasib..

Kenangan buat printmaking sangat indah.. Bilik sepah kerana memerlukan ruang yang besar, malah terpaksa gantung-gantung hasil print di bilik sementara menunggu ia kering. Lepas tu, kerja print selalu mengingatkan aku kepada kerja suri rumah. Sebab aku guna senduk untuk gosok kertas, dan sepit baju untuk gantung kertas.

Satu kerja yang mementingkan kekemasan.


Contoh salah satu printmaking yang dihasilkan aku.



Akhir sekali, biarlah aku kenalkan Painting! Aku berada dalam major painting. Aku sedar, di sinilah tempat untuk aku. Aku dah selesa sangat di sini! Walaupun ada terdetik di hati ini untuk keluar dari Fine Art, namun aku tetap mengakui yang mungkin agak mustahil untuk jumpa tempat lain yang lebih sesuai untuk aku selain di sini.

Biar seteruk mana pun painting yang dihasilkan aku, namun aku tetap suka painting!

Kawan-kawan kelas painting


Ok, tamat. Bagi adik-adik di luar sana yang baru atau bakal menamatkan SPM, cubalah masuk Fine Art! Sumpah, memang best, Ok?!

Hehe.. ketara sangat ke yang aku iklankan Fine Art ni? Lalala.. Sekian..