Thursday, June 20, 2013

23 Hari Lagi...


Tinggal lagi 23 hari sahaja untuk aku bekerja di company ini. Animasia Studio. Sejujurnya, aku suka kerja di sini. Tiada masalah langsung. Ada rakan sekerja yang sentisa beri tunjuk ajar, ada supervisor yang mengajar aku yang memang asalnya kosong ilmu mengenai storyboard, kerja yang membahagiakan, pendek kata, mustahillah aku nak berhenti dari pekerjaan ini. 

Tapi, atas satu sebab yang aku tak mahu ceritakan di sini, aku terpaksa berhenti kerja ini. Dengan berat hati, aku menyampaikan hasratku untuk berhenti kepada supervisor ku. Supervisor ku, adalah seorang yang terlalu baik bagi aku. Ajar aku satu persatu. Malah, kesudian dia menerima aku bekerja di sini, sudah cukup membuatkan aku terhutang budi padanya. Yalah, aku memang meminati bidang animasi sejak kecil. Tapi, sangkaanku, impian tersebut hanya tinggal angan-angan. Sebab aku langsung tiada ilmu pengetahuan mengenai animasi.  Apabila dia menerima ku di sini, dia telah kabulkan impian masa kecil ku. Sebab itulah aku terlalu terhutang budi padanya.


Effect bunga-bunga tu exaggeration je. Nak tunjuk dia baik. 


Apabila dia tahu aku mahu berhenti, dan tahu apa alasanku untuk berhenti, dia, sedikit pun tidak menghalang.  Dia sangat memahami. Malah dia kata: "Pergilah... you muda lagi, boleh cuba macam-macam lagi.."  Aku pun, bila dah dapat kebenaran untuk pergi dari dia sendiri, barulah boleh pergi dengan lega. Kalau tidak, berat hati. Sebenarnya, kalaulah dia kata pada aku :"Amna, tolonglah jangan pergi.." kemungkinan besar aku akan tak jadi pergi. Sebab aku terhutang budi pada dia. Kalau permintaan dia, pasti aku tak sampai hati nak tolak. Tapi, memandangkan dia beri kebenaran untuk aku pergi, maka aku akan pergilah. 




Bukan apa.. Aku ibarat Sang Burung yang baru pandai terbang. Jadi aku tak nak singgah pada satu dahan lama-lama. Aku mahu terokai dahan yang lain pula. Bukankah begitu?

Tinggal 23 hari saja lagi untuk aku bekerja di sini. Oh... berat  hati juga rasa...


5 comments:

  1. apela sebab dia eh.. u pun nampak sedih je berhenti kerja tu.

    ReplyDelete
  2. takpa...cari pengalaman..mana th di tempat lain lebih baik.. =)

    ReplyDelete
  3. kat dahan sekarang ni mungkin ada bunga yabg wangi.. tapi mungkin kat dahan lain ada buah yang manis... hehehe... teroka2!

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat kerja buat benda yang kita minat.... XD

    ReplyDelete