Aku dan Scoliosis. Sudah lama aku ingin menulis mengenai ini di blog ku. Tapi asyik tangguh-tangguh saja. Tak tahu lah kenapa. Mengumpul keberanian agaknya.
Apa itu Scoliosis? Aku tulis apa yang aku tahu sajalah. Ia adalah masalah tulang belakang yang bengkok atau senget. Kebiasaannya terjadi kepada kaum perempuan. Puncanya, tiada. Boleh terjadi kepada sesiapa saja. Sebenarnya, ya, aku ada Scoliosis. Aku terbaca blog seseorang yang juga mempunyai Scoliosis. Dari blog dia, aku belajar banyak perkara mengenai Scoliosis, malah, dia beri aku kekuatan untuk hadapinya. Lihat blog dia di sini.
Sejarah Scoliosis aku
2006-Aku berusia 16 tahun, tingkatan 4. Abah mula menyedari tulang belakang aku timbul sebelah. Sangkaan Abah, aku duduk dengan posture salah. Jadi, aku cuba untuk duduk setegak yang mungkin. Sebenarnya, ada jenis Scoliosis yang mula terjadi apabila seorang budak mencecah remaja. Aku berada dalam katogeri itu. Sebab tu Scoliosis ku muncul pada usia 16. Tapi, ketika itu, aku masih belum mengenali Scoliosis.
2007- Hujung tahun 2007, aku menamatkan SPM. Aku terpilih untuk menyertai PLKN di Sarawak. Sebelum ke PLKN, haruslah menjalani medical check-up dahulu. Itulah pertama kali aku buat X-ray. Melihat saja kepada X-ray ku, doktor melarang aku pergi ke PLKN.
2008- Aku menyambung pelajaran di UiTM Melaka. Aku mula rasa kesan Scoliosis kepada aku. Masa terus berlalu, tulang semakin bengkok, kesan semakin terasa. Sekali setiap 6 bulan, akan berjumpa doktor. Kadang-kadang, setahun sekali saja.
2013- Akhirnya, aku berhenti jumpa doktor yang kebiasaannya aku jumpa sekali setiap 6 bulan. Aku berjumpa pula dengan doktor yang dicadangkan oleh seorang sepupu aku yang memiliki scoliosis juga, dan dia telah selamat menjalani pembedahan. Langkah seterusnya, InsyaAllah akan diberitahu kemudian.
Scoliosis dan kehidupan seharian
Lihat gambar kerusi di atas. Cerita mengenai kerusi itu boleh baca di sini. Inilah kehidupanku zaman UiTM dulu. Aku perlukan kerusi yang ada span pada penyandarnya. Jika tidak, aku akan sakit belakang. Kalau duduk pada bangku yang tiada penyandar, boleh, tapi tak lama kemuadian akan berasa lenguh. Untuk pengetahuan semua, kerusi di atas adalah kerusi yang dicuri dari auditorium berdekatan studio ku dulu. Walaupun sudah beberapa kali dimarah kerana mengambil kerusi ini bawa ke studio, aku tetap mengambilnya lagi.Tak tahan lah guna kerusi lain.
Nasib baik aku student art, banyak menghabiskan masa di studio. Di studio, duduk bebas. Taklah sakit. Tetapi, seminggu sekali, aku akan masuk kelas liberal studies. Kelas yang perlu duduk ber jam jam lamanya untuk mendengar kuliah. Kerusi dalam kelas liberal pula adalah kerusi dengan penyandar yang keras. Tuhan sajalah yang tahu betapa aku menahan sakit dalam kelas tersebut. Tapi aku suka matapelajan tu. Kini aku sudah menjalani kehidupan kerja. Nasib baik kerusi di office aku dengan penyandar yang lembut.
Lenguh-lenguh dan sakit belakang, itu normal bagi kami yang scoliosis. Tak larat berjalan lama, tak larat berdiri lama... Mengangkat barang yang berat juga tak mampu. Barang yang tidak berat bagi orang lain, adakalanya berat untuk aku.
Scoliosis dan keyakinan diri
Mempunyai tulang belakang yang bengkok boleh membuatkan seseorang hilang keyakinan diri. Rasa malu nak tampil depan orang ramai, (Contohnya buat presentation di depan kelas) takut orang nampak badan yang senget ini. Satu ketika dulu, aku sanggup berdiri menggunakan sebelah kaki lama-lama setiap kali perlu berdiri di tempat orang ramai. Sebab bila berdiri sebelah kaki, bengkok di badan aku tidak kelihatan. Sampai sakit sebelah kaki aku, aku tak kisah. Asal aku kelihatan tegak seperti orang lain. Tapi kini, aku pun tak pasti dari mana aku dapat semula keyakinan aku. Aku dah tak kisah orang nampak aku senget. Malah aku jujur je pada kawan-kawan aku, aku mempunyai scoliosis. Lagipun, Abah aku selalu puji aku cantik. Jadi, aku tak perlukan lagi dah pujian cantik dari oarang lain. Bagi aku, senget tidak menjejaskkan kecantikan. Kalau ada yang rasa senget itu buruk, tu terpulanglah pada mereka. Aku tak kisah.
Nasihat aku kepada adik-adik di luar sana yang sama-sama memiliki scoliosis, tak perlu malu! Tuhan jadikan tulang kita begini, kenapa perlu malu? Kira ok lah memiliki tulang belakang daripada langsung tiada tulang belakang. Betul tak?
Bila kawan-kawan tahu bahawa aku ada scoliosis, ada dua reaksi yang aku biasa terima.
Reaksi 1:
"Oh, yakah? Tak apa Amna.. Bukan nampak pun. Kalau Amna tak beritahu, tak ada siapa perasan Amna senget."
Reaksi 2:
"Oh.. patutlah... Memang selama ni dah nampak Amna jalan macam lain sikit" (Sambil tunjuk contoh dengan sengetkan bahu dia)
Dua reaksi ni lah yang biasa aku terima. Aku tak kisah. Apa orang nak cakap, cakaplah..
Scoliosis dan emosi
Aku tahu ramai yang ada scoliosis di luar sana. Aku tahu kami semua memiliki masalah yang sama, sakit belakang dan lenguh. Tapi aku tak tahu bagaimana dengan perasaan mereka. Sama kah dengan apa yang aku rasa?
Scoliosis, adakalanya, buat aku sedih. Bukan sedih kerana memiliki scoliosis, tapi sedih dengan apa yang aku tak mampu buat. Contohnya, mana-mana ibu di luar sana yang memiliki anak berusia 20 lebih, pasti senang hati, boleh jalan-jalan sambil anaknya tolong angkat barang. Tapi kisah Umi aku lain. Umi yang kena tolong angkat barang aku, bukan aku yang tolong angkat barang Umi. Aku tahu Umi tak kisah, tapi sebagai anak, aku ada juga rasa malu tak mampu tolong ibu sendiri. Kawan aku nasihatkan aku, mungkin aku boleh tolong Umi dengan cara lain, bukan dengan cara angkat barang. Ya, mungkin betul. Aku akan cuba tolong dengan cara lain. InsyaAllah.
Contoh yang kedua. Apabila keluar dengan kawan-kawan. Bila aku letih berjalan, aku ajak duduk. Memanglah diorang tak kisah, diorang boleh je teman aku duduk. Cuma aku ada juga rasa sedih, sebab aku, semua kawan-kawan ikut duduk, berhenti sekejap daripada jalan-jalan.
Scoliosis dan masyarakat
Masyarakat atau orang sekeliling, ramai saja yang sudi bantu aku, terutamanya dari segi angkat barang-barang yang berat. Tetapi, siapa yang benar-benar fahami apa yang kami scoliosis ni alami? Hanya scoliosis yang memahami scoliosis.
Ada satu kisah.. Satu hari, aku terlena di rumah Mak Cik aku. Aku terlena di atas karpet. Dalam keadaan mamai, aku terdengar suara sepupu aku. "Eh, suruh Amna tidur atas tilam. Dia tu ada scoliosis." Sepupu aku tu yang ada scoliosis juga tu. Ketika itu, aku gembira sangat. Buat pertama kalinya, aku berjumpa dengan orang yang benar-benar memahami situasi scoliosis.
Menyedari bahawa hanya scoliosis memahami scoliosis, aku menyertai group scoliosis di facebook. Menyertai mereka benar-benar bagi satu semangat baru pada aku. Akhirnya, ada tempat mengadu yang orang akan faham. Malah, boleh dengar pelbagai kisah scoliosis orang lain. Lagipun, mengetahui bahawa ramai lagi yang memiliki scoliosis dalam Malaysia ni, buat aku kurang rasa takut. Kalau orang lain boleh tempuhi pembedahan, tentu aku pun boleh.
Aku ada terdengar, ada adik di luar sana yang memiliki scoliosis, tapi tak berani ambil langkah seterusnya. Tak berani jumpa doktor, tak berani X-ray. Aku dengar kisah ini dari adikku, kawannya memiliki scoliosis. Jadi, selain dia, entah-entah ramai lagi di luar sana yang begitu. Kepada sesiapa yang memiliki masalah yang sama, sila jangan takut. Aku sudi jika mahu dengar cerita anda, beri nasihat, sokongan dan beri pendapat. Jika nasihat aku tak boleh pakai, masih ramai lagi yang ada scoliosis yang turut sudi bantu anda. Percayalah.
*****
Itu saja buat masa ini. Terima kasih bagi yang penat-penat saja baca panjang-panjang. Bagi yang memiliki scoliosis, semoga gembira selalu. Bagi yang bakal menjalani pembedahan, semoga Tuhan permudahkan.
Aku tak kisah ada scoliosis.
Hidup aku sudah pun sempurna serba serbi.
Anda?
chill . tulang bengkok x nampak sebab muka kau comel.
ReplyDeleteyg pasal ngn Umi tu.. cool... betuulll boleh tlg umi dr segi lain... doa? itu yg paling brhrga utk seorg ibu, doa ank yg soleh solehah. :D
ReplyDeletepsl ngn kwn, takpe, siapa yg btol2 namanya sahabat mesti tak kesah nk teman duduk.
psl emosi, relax.... semua org ada emosi mcm2 dlm keadaan apa2 pun.
psl keyakinan diri.. yes, u'r beautiful,so dont worry...hehe...
"diba ckp senang la, dba x rasa."
ye, dba mmg tak rasa, tp sekadar cuba menyelami. selama ni tak tau pun pasal ni sedetail ni kalau amna tak tulis ni.
okay makcik diba mmg suka membebel. sekian. :P
chaiyok.. chaiyokk.
ReplyDeletesetiap orng diuji dgn ujian tersendiri. mngkin dgn cara berbeza dan tahap kesukaran yg tak sama.
kenapa? kerana Allah itu Maha Adil dan Dia tahu kekuatan setiap hamba-Nya. Orang kuat diuji lebih hebat!
Berbaik sangkalah dgn Allah yg Maha Pemurah :)
nice blog.... hehe jom jdi follower sy kat blog ney...thanks... http://afida91.blogspot.com/
ReplyDeleteSalam kak amna..saya salah seorang yang mengalami penyakit skoliosis..bleh x kak amna kasi email kwn2 fb yg mngalami pnyakit cm sy ni..mnelh tau dpt brkngsi mslh..ni 6ber sy klu ada pape hal 0137108545..thanks kak:-D
ReplyDeleteassalam sahabat..boleh x share fb utk group scoliosis..saye pon same seperti awk.. =)
ReplyDeleteAdd sy syakirahh107@gmail.com. Shere story:')
DeleteAs salam, hye there. Allah mnguji kite berdua sama "si gadis btulang bengkok" saye bru je lps operate buln nov 2013 lps. Tc & be strong dear, salam perknaln :)
ReplyDeleteaien syahiera: hai aien!!! Slm kenal. aien pn, be strong! ok?
ReplyDeleteSaya rse sy slh seorg scoliosis tp xbrani jmpe doktor ... Sy tkot d bedah..
ReplyDeleteBleh tak kongsi gn sy at least bleh ksi sy spirit
Saya rse sy slh seorg scoliosis tp xbrani jmpe doktor ... Sy tkot d bedah..
ReplyDeleteBleh tak kongsi gn sy at least bleh ksi sy spirit
Kak amna. Sy pn prasan sy ad scoliosis mse 16 thn. Mse tu kne bt medical check up sbb nk msuk skolah asrama. Kak amna ad bt therapy x? skrg sy dh 19 thn n blkng sy kerap sakit ble dduk lame. dlu xmcm ni.. n yg bt sy rsau, sy slalu sesak nfs scra tbe2.. :(
ReplyDeleteHye blh cntact sy x? Add syakirahh107@gmail.com
DeleteRabi'a Najihah: PM fb akak, amna syakira ahmad shukri. Kte leh bincang panjng lg. :)
ReplyDeleteNur Syazwani: boleh, pm fb saya, Amna Syakira Ahmad Shukri. :)
ReplyDeletehari ni saya baru tahu saya ada penyakit tu...saya takut nak jumpa doktor...tapi lps baca blog awk...semangat pula nak jumpa doktor...thanks anyway
ReplyDeletethanks bg smgt kt sy jugak bile bce nie...
ReplyDeleteAssalam..saye nk tnye kpd anda2 insan istimewa...ade x sesape yg buat operation scoliosis ni n kesan lepas operation ok x? Sbb ye adik saye ade scoliosis n kami dilemma perlukah operation dilakukan kerana kami risau kesan akan dtg nnti..mohon pencerahan anda2 semua...thank u ;)
ReplyDeletesaya pon ada masalah scoliosis. saya dapat tau sy ada sakit ini bl gugur anak ke 2. doc nak buat
ReplyDeleted n c guna half bius, tp bius tu xboleh go through, then doc dpt detect sumthung wrong untill back to ward tnpa bt apa, x ray n rujuk pakar, baru dpt conlusion that i am scoliosis person. masa tu, allah je tau perasaanku. aku terpasksa di d n c fully bius, then warder almost 2 weeks tanpa dapat prosess urine sendiri, guna tiub, sakit masa spinnal smp skrg. actually before married mmg sy sllu sakit berlakang, xboleh sandar lm, lenguh sebelah bdn, n family asllu tegur np bahu sy senget seberlah. ms tu ingat biasa je, so bt xtau. ms preggy ank first pon ok alhamdulillah,just sakit blakang mmg teramat sgt, ingat biasa la preggy. tp ms bersalin semuanya ok n normal, bersyukur padaNYA. cuma, after dpt detect scolisis sy petlu p jmp pakar twice per year. doc ckp sekatang ni masih ok tahap tulang, cuma kn berjaga basb angkat berat, of course until now, i dah xmampu nak dukung baby i yg baru 1 year tu sbb terlalu sakit berlakang bl dukung. rupanya ramai juga mcm sy...sy bersyukur sbb xseteruk yg lain setakay ni
kita senasib ka ..
ReplyDeleteKita senasib..huhu..di mana sy boleh join group scoliosis? Sy sgt2 dilema dan sedih..sy tkot kalu kena operation..hospital manakah yg betul2 pakar dlm pembedahan scoliosis ni?
ReplyDeleteKita senasib..huhu..di mana sy boleh join group scoliosis? Sy sgt2 dilema dan sedih..sy tkot kalu kena operation..hospital manakah yg betul2 pakar dlm pembedahan scoliosis ni?
ReplyDeletePlease add me noorkamilah.upm@gmail.com..I want to share my experience too..
ReplyDeletePlease add me noorkamilah.upm@gmail.com..I want to share my experience too..
ReplyDeleteSEMOGA SISTER TERUS TABAH :)
ReplyDeleteSalam akak. ..saya pn ade...sekarg saya tgh sambung degree...tpi tulg saya bgkok byk...takut laa...saya x lakukan pembbedahan lagi...akak pye teruk kr...akak buat pembedahan x....harap akak dpt membantu
ReplyDeleteemel akak, amnasyakira@gmail.com kita boleh tukar2 cerita :)
DeleteNabilah ghani. Jom share story jgk dgn sy. Syakirahh107@gmail.com
DeleteJika mgudap sakit tulang belakang bole try canada herba mujarab insyaallah dgn izin Allah swt dpt mghilngkn ksakitn
DeletePm atau wassup nuar canada herbs ru24
Call atau wassup 01151203256
DeleteSaya ada skoliosis. 30/10 ni masuk wad. 2/11 operate. Pray for me :')
ReplyDeletennakhairudin.blogspot.my
Semoga semuanya dipermudahkan. Jangan takut, berserah sepenuhnya pada Allah.
DeleteTerima kasih Kak <3 Insya-Allah :))
DeleteKat HKL. Doktor pulak entah tak tahu pulak. hehe.
DeleteBagi yang ada scoliosis ni ada 2nd method tak payah operate oleh Dr Pakar tulang belakan cina yg beroperasi di Bayu tinggi klang sapa nak contact 017304336 pm saya saya masih pergi treatment
ReplyDeleteUpdated call direct Pusat Accupunture Lee Bayu Tinggi Klang(google)
ReplyDeleteAs salam, wow ramai juga members di sini. Saya baru dpt tahu saya ada masalah tulang belakang 2 bulan dahulu. Wah seksa hidup ni, dari seorang yang aktif kepada yang perlahan. Baru lah tahu nama scoliosis, scitica dan slipped disc. Tumpuan kerja dan keluarga pun terganggu. Kalau ada kawan seangkatan , andai dapat berkumpul satu tempat spt di fb pun ok.
ReplyDeletesudah ada beberapa group scoliosis di fb. Malaysia dan international. Bolehlah cari dan sertai.
DeleteSalam, saya pon salah seorang daripada Amna. Bengkok tulang belakang saya 30 dgree, sakit dan x senang duduk.
ReplyDeleteemel saya, amnasyakira@gmail.com kalau nak share cerita apa2 ke.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAkak boleh tak bagi tips atau ceritakan life akak bila dapat scoliosis. Act saya pun dapat penyakirt yg sama and apa yg akak cakap semua betul. Cuma saya takut nak buat operation.. Perlu ke saya buat operation...?
ReplyDeleteSaya dah cerita semua dalam post ini. Jika awak nak cerita kisah sendiri kepada saya, emel saja amnasyakira@gmail.com
DeleteAkak boleh tak bagi tips atau ceritakan life akak bila dapat scoliosis. Act saya pun dapat penyakirt yg sama and apa yg akak cakap semua betul. Cuma saya takut nak buat operation.. Perlu ke saya buat operation...?
ReplyDeleteSalam ..saya pengeluar herba warisan yang telah dirumus khas bagi tujuan penyembuhan penyakit yg mampu memusnahkan pelbagai jenis kanser seperti ; ✅Kanser Usus ✅Kanser Payudara ✅Kanser Lymphoma dan lain-lain lagi. Turut mampu mengubati penyakit lain seperti ; ✅Batu Karang ✅Batu Hempedu ✅Saraf Parkinson ✅Slip Disk ✅Gout ✅Resdung ✅Demam Campak ✅Denggi dan lain-lain lagi
ReplyDeleteProses penyembuhan juga perawatan secara semulajadi ini tanpa menyakitkan atau merosakkan buah pinggang.
✔Keberkesan JUS INFINITI sudah terbukti dan saya menjaminkan kelebihan produk ini akan membuatkan pengguna terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh.Sama-sama kita merawat dan seterusnya mencegah apa saja penyakit yang dihadapi dari terus merebak ke tahap yang lebih kritikal. Insyaallah ,JUS INFINITI turut membantu melambatkan penyakit terus merebak dengan cepat lantas mampu merawat sehingga sembuh, mudah-mudahan.
✔Hutan belantara kita tersembunyi 1 juta rahsia.Hanya ramuan herba terpilih sahaja yang terkandung di dalam JUS INFINITI ini, ✔JUS INFINITI amat mujarab jika diamalkan dengan betul dan konsisten. Jangan dibiarkan penyakit yang ditanggung dalam diri kita tanpa berusaha merawatnya. ✔Ramai yang sudah berjaya sembuh dengan produk JUS INFINITI ini .Ia terbukti dengan testimoni pelbagai jenis penyakit yang sudah sembuh dengan penggunaan yang betul dan konsisten. ✔JUS INFINITI ini juga boleh dijadikan makanan tambahan yang selamat diambil oleh sesiapa yang ingin menjaga kesihatan dan pencegahan awal pelbagai jenis penyakit.
✔Insyaallah sama-sama kita berikhtiar. ✔Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut serta jika ingin meminta pandangan, perkongsian serta maklumat tentang JUS INFINITI ,sila hubungi sy :
✅Encik Mohd Zuhairi 0174687570 (Whats App ,Call,SmS ) ✅HARGA 1BOTOL: RM180 ✅NAMA SYARIKAT: JUTAWAN HERBS ✅NO. PENDAFTARAN SYARIKAT: PG 0346818-W ✅NAMA PEMILIK : MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN 0174687570 (WHASTAPP,SMS&CALL)
Assalamualaikum.. Sy pun ada scoliosis.. Dpt tau masa drjh 6 klau x silap, then ting 2 tu akk bt operation.. At first, akk try jugk pegi jumpa tukang urut.. Sbb msa tu xbrani nk bt operation lgi, huhu.. Tapi slalu sgt lenguh apa, xmmpu nk tahan dh.. Akk buat operation kt HUKM.. Akk bedah dlu 12 jam, lama jugk tuh.. Alhamdululillah, smuanya selamat .. N now, akk dh 24y/o.. Dh kahwin, n ada baby.. Masa nk bersalin dlu risau jugk takut kena czer ke apa, tpi alhamdulillah blh bersalin normal.. Syukur sgt2, Allah permudahkan segalanya.. Cuma skrg akk rasa mcm lenguh2 yg amat sgt.. Mybe sbb postur bdan msa bf anak or sbb byk buat kerja mak2 kot, hehe.. Tapi klau dh lenguh mcm ni, nk picit apa mmg xdpt lh.. Kita jelah kena kuat lawan sskit tu balik.. InsyaAllah, moga diberi kekuatan n ketabahan utk smua yg ada scoliosis..^__^
ReplyDeletenak tahu brp bajet operation
Deletenak tahu brp bajet operation
DeleteApa yg doktor hkl bgtau saya, bajet dia lebih kurang rm20k ke rm28k. Sy pun baru tau ada scoliosis..
DeleteApa yg doktor hkl bgtau saya, bajet dia lebih kurang rm20k ke rm28k. Sy pun baru tau ada scoliosis..
DeleteYup.. Anggaran kos operation tu cmtu laa.. Depends juga pada brpa °C bengkok tulang kita tu..
DeleteAmna saya pon ada scoliosis.Do contact me.01132972195
ReplyDeleteUnknown female or male?
DeleteUnknown female or male?
DeleteHi amna dan sesiapa yang ada scoliosis, boleh bagi email. Saya nak tahu perasaan orang yang sama dengan saya. Ataupun boleh email saya Aisyziyadrayyan7@gmail.com
ReplyDeleteAssalamualaikum wrt wbkt
ReplyDeleteNama Arman Mohammad. Umur 39 tahun. Penghidap scoliosis.
Boleh kita jadi rakan dan bertukar2 info ttg scoliosis?
Jzk.
0196806499 atau arman@utem.edu.my
Pergilah buat rawatan. Ada seorang 'doktor tulang'di Tmn Suria Tropica di Seri Kembangan yg boleh rawat Insya Allah. Cuba cari fb dia Muhammad Adino Chee Abdullah, seorang muallaf.
ReplyDeleteAssalamualaikum whb
ReplyDeleteSetiap perkara yang Allah beri pasti ada hikmah di sebaliknya.
Saya sdh menghidap masalah ini sejak dr Ting 2 lagi, skrg dah almost setengah abad.
Syukur Alhamdulillah setakat ini tudak menghalang rutin harian saya. Kerja saya memerlukan sy aktif setiap masa.
Rasa rendah diri mmg ada, tetapi kdg2 tugas sy sentiasa berhadapan dgn ramai orang sy dah lali.
Saya x boleh betsalin secara normal utk kedua2 anak saya. Sy juga gagal half bius disebabkan masalah ini.
Tapi adik2 semua jgn bimbang Allah maha kaya. Setiap manusia ada keistimewaan tersendiri, jgn smpai masalah ini menghalang kita utk meraih kejayaan.
Saya belajar sampai master fully research dn sy x fikir ia mghalang kejayaan sy. Sy selalu buat presentation dan talk. Sy x kesah badan sy senget sebelah, apa yg pting the knowledge that I shared.
La tahzan..
Allah maha kaya dia mengetahui segala2nya. Jgn pernah berputus asa dgn ketentuanNya.
Bersyukur dgn apa yg kita ada
❤❤❤
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSamalah kita.. Sya pun ada scoliosis start umur sya 15thn (1995) bru dpt kesan..skrg dh umur 39thn scoliosis makin sakit 😢 smpai lenguh pinggul hingga kaki..jap lg nk g spital
ReplyDeleteAssalamualaikum, ada group wasap utk scoliosis x?
ReplyDeleteNk join jgk.. 019 9332743 yana
DeleteAssalamualaikum,Ada tak kat sini yg dh pernh bedah?? Kalau Ada please reply me🙂
ReplyDeleteHi..assalamualaikum, semoga semua pesakit scoliosis di beri kekuatan dan kesihatan yg baik..alhamdulillah sy dah dekat 2 thn stgh oprit.
ReplyDeleteSy pun ada scoliosis dri umur 10 thun lgi,smpai skrg xsmbuh lgi..spa yg sma msalah dngn sy mai pm wasapp sy 0175851682(Alia) atau pun email sy nuralya920@yahoo.com
ReplyDeleteAde group wa scoliosis x sis.. Klo ade add sy.. 019 9332743 yana.. Hope sgt nk share prob.. Tq2
ReplyDeleteHi,lepas sa baca crita amna ni ..kisah kita cam Sama je...sa dpt tau sa ada scoliosis pun masa form 4 ..habis spm 2009.. sakit blkg ngan pinggang masa dlm kelas kalau duduk kat kerusi x berspan,kurang keyakinan diri juga sa pernah rasa..reaksi1 Dan reaksi2 pun org pernah ckp kat sa.. depression sa .. family x mampu mbawa buat rawatan sampai skrg sa x pernah pergi hospital untuk pergi periksa kondisi tulang blkg sa ni.. sa kadang2 exercise untuk kurangkn rasa sakit saja.. blajar dari youtube atau google info.. skrg ni tgh pendemic covid melanda rasanya depression sa dtg balik sebab berjauhan dgn family dgn kwn2 .. perasaan sa kdg rasa kosong ja.. mcm x nk hidup ..sa masih rasa sa x patut pilih bunuh dri.. maaf ni hanya perkongsian perasaan sa skrg.. sa x nak cerita dgn family and kwn sbb x nk diorg risau.. atau mungkin mereka x risau langsung pun sbb sa mcm x wujud pun biarpun ada mereka d sekeliling.. luahan seorg scoliosis..hmm
ReplyDeleteHai
ReplyDeleteAunty nak tanya bila time dia datang sakit belakang apa cara amna buat... Boleh share tak.. Sebab anak aunty pun ada skoliosis tapi tak teruk sangat.. Tapi selalu sakit belakang than kadang tu sampai tak boleh bernafas dan nak muntah