Tuesday, June 11, 2013

Penulis yang serabut otak

Sudah beberapa post aku taip, tapi aku tidak menghabiskannya, lalu tersimpan saja sebagai draft. Terlalu banyak perkara hendak diceritakan, tak tahu nak tulis yang bagaimana. Yang meluahkan perasaan? Yang Mengutarakan pendapat sendiri? Yang menceritakan kisah hidup hari-hari? Yang bercakap tentang pemikiran sendiri?

Oh, aku seorang penulis yang begini rupanya. Penulis yang serabut otak. Entah cerita bagaimana harus ku taip.

Hei, baru-baru ini, aku kenal seseorang yang pendiam dan kacak. Oh, tak perlu la beritahu dia kacak. Cukuplah pendiam. Sebenarnya, bukan baru kenal. Dah lama kenal. Tapi baru saja aku menyedari kewujudannya kerana dia begitu pendiam. Apa yang aku nak cerita di sini, secara tak sengaja, aku terjumpa blog dia. Selepas  mengikuti segala penulisan di blognya, aku jatuh cinta pada blog itu. Wah, seorang yang pendiam, rupanya ada pemikiran yang luar biasa. Blognya terlalu bagus untuk aku. Seolah olah blog untuk tahap pemikiran yang tinggi. Aku merenung blog milikku sendiri. Blog yang menunjukkan pemikiranku yang kanak-kanak! Kemudian aku mengeluh sendirian.

Aku tak tahulah kenapa. Sebenarnya hidup aku baik-baik saja. Perjalanan karier ku semakin menuju ke arah masa depan cerah. Alhamdulillah. Tapi, dalam masa yang sama, ada satu perkara yang aku asyik gagal saja. Kegagalan begini buat aku benci diri sendiri. Mana ada orang lain yang gagal sebanyak aku. Rasa nak menangis setiap kali fikir. Tapi, untuk sedapkan hatiku, aku berfikir, takkanlah Tuhan nak beri kesenangan saja pada ku. Tentu akan ada kesusahan. Memandangkan Tuhan sudah permudahkan perjalanan karier ku, tentu ada perkara lain yang aku harus hadapi kesukaran. Bukankah begitu? (Taip sambil menahan sebak)

Aku rindu kucing aku. Tak sabar nak balik rumah, jumpa mereka.

Apa post ni? Cerita yang tak ada apa diketengahkan. Semuanya nak cerita di sini. Nampak tak? Aku memang sedang serabut otak...

Jumpa lagi pada post akan datang....


4 comments:

  1. nampak nampak... bertabah lah cik Amna..kite semua ada serabut masing masing... koh koh koh

    ReplyDelete
  2. bagi la link blog beliau...
    ke takut nak berkongsi kekacakan beliau? haha

    ReplyDelete
  3. Keri Ikhwan: Hehe.. segan laa :D

    ReplyDelete