Saturday, October 13, 2012

Hari Pertama Kerja

Ramai pula yang tanya ku bagaimana dengan hari pertama aku kerja. Tapi tidak mengapa. Aku gembira ada yang bertanya. Terasa diri dipedulikan. Cewah.. Ayat macam lah sebelum ni tak dipedulikan. Hehe.. Terima kasih kepada semua yang bertanya. Di sini, aku akan ceritakan segalanya.

Adik ku memberi aku ayat ini setelah baca entri blog ku yang lepas:

"Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." (65:2-3)


Setelah baca ayat tersebut, faham lah aku mengapa peristiwa aku mendapat kerja ini bagai sebuah keajaiban. Ya, semuanya kuasa Tuhan. Syukur... Mengapa aku kata bagai keajaiban? Sebab aku tak tahu langsung menggunakan apa-apa software, Mac pun tak pernah sentuh, tablet pun tak reti, aku hanya berbekalkan drawing aku pergi minta kerja. Nasib baik mereka sudi mengajar aku semua yang aku tak tahu itu.

Hari pertama aku kerja, (iaitu semalam) aku diajar dan diberi latihan untuk menggunakan software yang aku tak tahu tu. Sepanjang hari masa aku habiskan untuk melakukannya. Aku sedar, ianya satu tempoh yang panjang juga aku ambil. Aku juga sedar yang dalam bidang ini, semuanya perlu cepat. Jadi, aku akan cuba untuk lebih cepat. Saat ini, aku masih belum biasa dengan software tersebut. Tapi, leganya aku. Begitu sabar mereka mengajar aku satu persatu. 

Segala-galanya dalam bidang ini, masih baru untuk aku. Tidak seperti semasa aku mula mula masuk Fine Art dulu. Sekurang-kurangnya dulu, aku sudah ada prinsip-prinsip dan asas seni sebelum masuk Fine Art. Ini tidak. Tak ada satu basic pun dalam diri aku mengenai apa yang aku buat ni. Tapi masih ada sangkut paut dengan Fine Art laa.. Kalau tidak, tak mampu aku.

Okay, tak mahu cerita lebih-lebih. Bosan pula nanti anda nak membacanya. Keseluruhannya, aku sedang gembira dengan keadaan sekarang. Masih banyak yang perlu dipelajari. Semuanya aku nak tahu!!!! Peluang yang ada ni, akan aku guna sebaik-baiknya. Mungkin ini peluang untuk aku jadikan impian masa kecilku satu realiti. InsyaAllah...




2 comments:

  1. kerja dengan bidang yang kita minat... itu adalah kebahagiannnn..

    ReplyDelete
  2. betul ckp aujinz..tapi jgn bosan sudah yaXD

    ReplyDelete