Phantom of the Opera... Aku masih ingat cerita yang dipelajari sebagai subjek literature semasa tingkatan dua dulu. Ia sememangnya cerita kegemaran aku sehingga hari ini. Malah, movie nya juga menarik. Minggu lepas, TV2 menyiarkan cerita tersebut. Walaupun dah pernah menontonnya satu ketika dulu, aku tetap ternanti-nanti cerita ini disiarkan di TV. Selepas itu, aku menghasilkan doodle Phantom of the Opera. Sebab aku suka sangat!!!
Phantom of the Opera.
Lukis spontan je ni. Lukis semasa tunggu giliran di hospital.
Ceritanya berbentuk muzikal. Setiap dialog dalam lagu. Kostum cantik-cantik. Set pun cantik. Pelakon pun cantik!
The Phantom
Christine Daae.
Christine Daae sangat cantik. Suka tengok muka dia. Walaupun pernah ada orang kata muka Christine Daae ni macam aku, tapi sebagai tuan badan aku menafikannya lah. Tak sama pun. Oh ya, bukan kerana tu aku suka cerita ni ya?
Salah satu babak.
Terus terang, aku jatuh cinta la dengan The Phantom ni. Dia cool dan misteri. Sering tinggalkan bunga ros merah yang diikat reben hitam untuk Christine Daae. Tapi, cool macam mana pun dia, dia tetap watak jahat. Banyak membunuh orang dan pentingkan diri sendiri, semua harus ikut kehendak dia, panas baran. Kalau semua sifat negatif dia tu tak ada, dia sempurna. Hehe..
Kini, sebaris lagu dari cerita ini sering terngiang-ngiang di telinga ku....
"The Phantom of the Opera is here... Inside my mind..."
xpernah tgok tp rasa mc pernah:P
ReplyDeletealong xsempat lg pegi p.alam...along jrg dpt ct weeknd dah...nnt along pegi ek...ckp kat che ngoh...hehe
ReplyDeletemasa tv siarkan iklan ni, x sabar2 tunggu. tp bile on air, melepas pulak.. huhu
ReplyDeletetak pernah tengok pon XD
ReplyDeletekne tengok!!!! best :D
ReplyDeleteSemua orang punya banyak cara untuk bercerita, dan memiliki cerita yang berbeda pula untuk diceritakannya...
ReplyDelete
#TalesToTell