Wednesday, October 10, 2012

Kisah Cari Kerja



Sudah tiba masanya aku mencari kerja. Apa lagi nak buat, kerja itu perlu. Degree sudah tamat. Aku bermula dengan mencari dengan internet. Hantar emel sana sini. Agak lama juga tak ada sebarang jawapan. Tapi, aku selalu percaya, rezeki itu ada, aku cuma perlu cari.


Interview pertama

Satu hari, aku mendapat satu tawaran interview. Interview melalui skype saja. Canggihnya! Mudah betul zaman sekarang. Memandangkan cuma skype secara online, aku pakai seluar tidur pun tak apa. Bukan nampak. Baju, tudung dan solekan lain semua elok, tapi seluar tidur. Canggihnya aku.



Setelah sesi interview itu tamat, aku rasa nak dush dush dush je diri aku. ('Dush' itu sound effect) Sebabnya, baru aku tersedar akan 'kesengalan' diriku. Yang aku ni bekas pelajar Fine Art, yang pergi minta kerja photography tu kenapa? Memang tak dapat lah kan...


Interview kedua

Alhamdulillah, tak lama selepas interview pertama, aku mendapat interview lagi. Kali ni bukan guna skype dah. Kena pergi ke alamat company tersebut. Di sinilah, satu episod misteri bermula. (Sila baca dengan bayangkan bunyi seram sebagai latar) Al-kisahnya, satu hari, aku mendapat panggilan dari Company Misteri (Bukan nama sebenar) Setelah bersetuju untuk hadir, aku google la di internet untuk mencari latar belakang syarikat tersebut. Yalah, kita kena tahu sedikit sebanyak mengenai sesuatu syarikat yang kita ingin bekerja, betul tak? Apa yang anehnya ialah, tiada data langsung boleh ditemui dalam internet mengenai Company Misteri itu melainkan hanya alamat lokasi mereka. Malah, bisnes apa yang dijalankan oleh Company Misteri juga tak diketahui.

Kakak aku larang aku pergi interview itu sendirian. Risau betul dia. Macam-macam kemungkinan buruk bermain dikepalanya. Memandangkan aku adalah adik kesayangannya, (Hehe.. ye kan Ilham?) aku pun dengarlah nasihat dia. Aku ajak seorang rakan lelaki menemani aku ke sana. Pergi dengan lelaki lebih selamat kot.





Akhirnya, aku sampai ke lokasi Company Misteri, setelah meredah hutan belantara dan lautan samudera. Ok, maaf, exaggerate sikit. Sebenarnya, naik KTM dan Teksi je, sampai lah. Setelah sampai ke lokasi Company Misteri, rupanya tak misteri mana pun. Biasa-biasa je. Misteri lagi diriku ini.

Interview di Company Misteri berjalan lancar. Tapi malangnya, lagi sekali aku rasa nak dush dush dush diri ku. Yang aku ni bekas pelajar Fine Art, sungguh berani apply kerja grafik. Memang tak dapat laa...


Interview ketiga

Aku sudah letih menunggu balasan melaui emel. Maka kali ini aku mengambil tindakan drastik. Dengan muka tak malu dan tak dipelawa, aku serbu satu company secara tiba-tiba untuk minta kerja. 



Tapi sekurang-kurangnya, aku lebih bijak daripada aku yang sebelum ni. Aku serbu untuk kerja yang kena dengan bidang dan skill aku. Alhamdulillah, interview itu berjalan lancar. Cuma ada suara perli: "Kenapa tak call dulu?" Lalala... tak dengar... Tapi, agaknya bukan rezeki aku, aku tak dapat jawapan dari mereka.

Aku kembali menjalani hari-hari biasa di rumah bersama kucing-kucing. Aku percaya, biarlah lambat dapat kerja, mungkin Tuhan akan beri satu kerja yang betul-betul kena dengan jiwa aku. InsyaAllah penantian aku tak akan sia-sia. Ya, aku percaya! (Muka penuh semangat)

Tidak lama kemudian, kawan Degree aku, lepas sorang, sorang, mula mendapat kerja. Hati aku jadi gelisah sikit. Tak apa kah aku menganggur lama begini? Saat hati ku gelisah, muncul rakan karibku semenjak sekolah rendah. Tira namanya. (muncul di facebook, bukan depan mata) Aku tak cerita padanya bahawa aku gelisah tak dapat kerja, aku cuma kata belum kerja saja. Tapi dia mengeluarkan satu kenyataan yang membuatkan hati aku gembira. Katanya: "Tak apa, rugi siapa tak ambil amna kerja" Hehehe... Nak ketawa rasanya mendengar kata-kata sebegitu. Betul juga tu. Rugi siapa tak ambil aku kerja! (Err.. ni bukan riak ye, ni ayat pujuk hati, tolong faham!)

Interview keempat

Akhirnya, aku dapat satu lagi interview. Interview kali ini, semuanya berlaku sekelip mata, seolah-olah ada kuasa yang mengaturkannya! Tentulah, kuasa Tuhan, Allah SWT. Ianya berlaku terlalu pantas. Satu hari, aku menghantar semula resume dan portfolio ku ke satu company ini. Pernah hantar sekali dulu, tapi tiada jawapan. Tapi, aku cuba juga hantar lagi sekali. Siapa sangka, keesokan harinya aku dipelawa untuk interview. Pada hari interview, segalanya berjalan lancar. Rancak saja aku berbual semasa interview. Walaupun English ku tunggang langgang, aku selamba je langgar dengan lagak konon tak ada kesalahan dalam grammar ku. Keesokan hari selepas hari interview pula, aku terus mendapat panggilan memberitahu bila tarikh aku patut mula bekerja. Mudah bukan? Lebih mudah dari mana-mana interview aku sebelum ini. 



Alhamdulillah... Ya, benar seperti apa yang aku percaya sebelum ini. Ada sebab mengapa aku dapat kerja lambat. Ini kerana, aku akan dapat kerja yang kena dengan jiwa aku. Macam mana nak tahu kerja ni kena dengan jiwa aku walaupun aku belum masuk kerja? Entah. Kata hati agaknya. Lagipun, kerja ini buat aku rasa impian masa kecil ku dapat ditunaikan. Sungguh. Jangan tanya kerja apa atau dengan company apa. Aku belum bersedia untuk tulisnya di sini.

Begitulah kisah aku mencari kerja. Alhamdulillah, salah satu azam umur 22 aku, ialah mendapat kerja. Dah dapat. Syukur. Tapi kan, bila dikira-kira semula, rupanya tempoh aku menganggur, tak lama pun. Apalah aku ni, cepat bosan, jadi sangka aku dah lama menganggur.

Akan mulakan kerja. Bismillahirrahmanirrahim...



11 comments:

  1. Wah congrats! :) Goodluck ya!

    ReplyDelete
  2. adventurebetul nak dpt keje,anyway congrate :-)

    ReplyDelete
  3. Kdg2 mungkin kita x dpt ape yg kita nak, tapi Allah sentiasa bg ape yg kita perlukan :D

    ReplyDelete
  4. tahniah tahniah... kalau saya cerita macam mana saya dapat kerja sekarang, mesti tak adventure macam Amna.. koh koh koh

    ReplyDelete
  5. slm sis akk pun x pasti ni entri ke berapa mlm ni akk bc he3...mula2 nk bc satu je gara2 nk tgk amna kartun skirt merah comel tu.tup2 eh eh dh klik byk n3 he3..


    saja nk share x-ofcemate akk degree fine art jugak.dia frust sbb ssh nk cr kje,dia rs give up mcm ijzh tu xda market.kwn dia yg sm course dpt kja co cina kt kl.lastly kwn akk ni kje kt klia je jd operation supervisor.

    manager lain pdg rdh kt dia sbb dia lgsg xda pglmn account,marketing,business.mmg lari jauh.bila dorg tya dulu study apa n kwn akk jwb fine art,mcm nk tersembul kuar biji mata.untung sis dpt kje dh.bc iklan br2 ni,les copaque nk pakai ramai designer dll.akk nk srh dia try tp dia mcm dh pts asa sgt huhu....

    ReplyDelete
  6. maaf kak nk tnya, akak amik course fine tapi cmne akak bole bkerja di syarikat animasi.. sedangkan akak x amik pon course animasi tu.. saya budak lepasan spm, masih buntu nk memilih course apa.. harap akak boleh membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab akak apply position storyboard artist, dan akak melukis komik. Lukis komik, diorang kata mudah diambil masuk ke storyboard. Tapi apa pun, semuanya bergantung kepada rezeki. Belajar la apa saja yang kena dengan minat. Soal kerja, tu nanti akan ada rezeki. InsyaAllah.

      Delete