***
Aku bekerja di sebuah company animasi tempatan. (Nama company dirahsiakan dulu buat masa sekarang memandangkan skill aku masih teruk) Sungguh ajaib bagaimana aku boleh diterima bekerja di situ. Sudahlah tak reti guna flash, Mac dan tablet pun tak pernah sentuh. Memang satu kelemahan yang lengkap. Berdasarkan drawing aku sahaja mereka menilai untuk menerimaku.
Diterima bekerja di sini bagai sebuah mimpi.Sejak kecil aku meminati bidang animasi, malah cita-cita masa kecilku mengenai animasi begitu tinggi sehingga aku malu nak tulis di sini kerana bimbang dikatakan Mat Jenin. Senyuman aku tak dapat nak sorok dah sejak pertama kali datang interview.
***
Apabila mula bekerja, baru aku tahu tingginya langit. Drawing aku yang jika atas kertas dikira ok, apabila guna flash, hancur! Mana perginya quality of line, form, proportion yang belajar dari Fine Art dulu? Namun, aku agak lega mereka masih bersabar mengajar aku satu persatu. Malah, kesalahan ku kadang kala adalah kesalahan yang bodoh sehingga aku nak ketawakan diri sendiri. Kini sudah hampir dua minggu aku bekerja di sini, dan baru hari ini aku rasa aku dapat mengikut style mereka.
***
Melangkah ke dunia animasi membuat ku tersedar sesuatu. Selama ini aku buat Fine Art, melukis komik, dan berteater. Bidang animasi ini pula, nampaknya, ada sangkut paut dengan ketiga-tiga itu. Fine Art, komik, atau teater, kesemuanya boleh digunakan dalam animasi. Aku pun berkata: "Wah! Aku berada dalam landasan yang betul!"
Ya, boleh nampak dengan jelas sangat, aku gembira dengan pekerjaan aku. Tapi apa yang bosannya ialah, setiap kali pulang dari kerja. Aku menetap di satu tempat yang dekat dengan tempat kerja, tetapi jauh dari keluarga. Jadi, setiap kali habis kerja, aku kebosanan. Mulalah teringat Umi Abah dan adikku di rumah. Malah si Dibo anak kucing ku itu juga bermain difikiran. Mana tidaknya, dulu ketika aku menganggur di rumah, Dibo lah penemanku ketika Umi keluar kerja dan adik bersekolah.
Dibo
***
Baru nak masuk dua minggu tempoh aku bekerja di sini, tetapi, benda yang aku dah pelajari, macam-macam! Sungguh!!! Aku begitu teruja nak belajar segala-galanya di sini. Sebenarnya, hatiku runsing juga. Aku bimbang jika aku sudah terlalu gembira di sini, aku akan membatalkan hasratku untuk menyambung Master. Yalah, di sini, aku boleh berusaha untuk mencapai impian masa kecilku. Tapi jika sambung master? Untuk apa? Aku pun tak tahu kenapa aku nak sambung Master. Hanya kerana lecturer liberal kesayanganku menggalakkan aku sambung belajar, jadi aku teringin sambung Master. Tapi, minta maaf Prof. Aku dah tak boleh janji untuk sambung Master.
***
Panjangnya ceritaku.. Jika diikutkan, mahu saja taip panjang lagi. Tapi nanti dulu la. Aku ada tugasan yang perlu diselesaikan pula sekarang ini. Maka, ini saja dulu buat masa ini.
Teringat pula pada budak kecil ni.
Rindu nak berkumpul begini lagi.
Sudah beberapa hari aku bermimpi aku sedang bersembang dengan adik beradik aku, di rumah kami, seperti masa dulu-dulu. Bila terjaga dari tidur, aku sedar yang kami dipisahkan oleh jarak...
Penyu adalah hidupan yang merantau ke seluruh dunia,
tapi satu hari nanti akan pulang juga ke pantai tempat dia dilahirkan.
"Korang, aku tunggu di pantai yang sama. Sila pulang.."
Kata seekor penyu kepada penyu-penyu yang lain.
well-said...
ReplyDeleteyup..pantai tu...yg kita semua akn brkumpul blk. ;(
mendalam je makna dia
ReplyDelete