Saturday, September 8, 2012

Perpisahan Lagi...

Rasanya baru hari tu aku menghantar adikku, Diba ke lapangan terbang kerana ingin melanjutkan pelajaran. Kini, lagi seorang adikku, Tonah juga akan menyambung pelajaran ke luar negara. Pagi semalam, kami sekeluarga menghantar Tonah ke lapangan terbang. 

Sehingga hari ini, aku bagai tidak percaya bahawa Tonah pergi ke Canada. Bukan apa.. aku selalu rasa dia masih kecil lagi walaupun keyataan menunjukkan  fizikalnya lebih tinggi berbanding ku. Teringat semasa Tonah mula-mula masuk sekolah menengah. Kami, ketiga-tiga kakaknya bagai susah nak percaya bahawa dia adalah pelajar sekolah menengah. Di mata kami, dia masih kecil! Semasa dia di Taylors pula, ada satu kisah. Pernah sekali Tonah ingin ke Shah Alam kerana perlu menghantar barang kepadaku, aku risau kerana dia ke Shah Alam berseorangan. Puas aku menelefon semua rakanku yang memiliki kenderaan, ingin meminta agar menghantarku ke Batu Tiga supaya Tonah tak perlu datang Shah Alam sendirian. Belum sempat mendapat rakan yang sudi membantu, Tonah sudahpun SMS memberitahu dia sudah dalam perjalanan ke Shah Alam. Sudah tentulah Tonah selamat sampai dan jumpa ku di Shah Alam. Sesudah itu, dia kata: "Amna, Tonah dah besar lah...." Sehingga sekarang dia guna lagi ayat tu. Barangkali dia sedar aku pandangnya sebagai adik kecil. Hehe..

Tak banyak yang nak diceritakan. Sekarang ni, tunggu sajalah khabar dari dia yang sudah selamat sampai ke sana. 

Tonah bersama Pungut.
Boleh nampak Pungut marah diangkat. 


Sebelum berangkat.


Ramai nya kawan-kawan dia datang ucap selamat jalan.



Kami empat beradik beradik bersama Umi.
Abah yang ambil gambar.
Diba yang jauh diperantauan tu, tengok gambar je lah.



Ok, bye Tonah...




Akhir sekali, di sini aku letak gambar Hikaru dan Kaoru dari anime Ouran High School Host Club, khas untuk Tonah!!!!
Hikaru dan Kaoru

Kenapa Hikaru dan Kaoru? Sebab, aku dan Tonah selalu dikatakan memiliki wajah serupa. Kami menafikan bila orang kata begitu. Tapi kami suka berlagak sebagai Hikaru dan Kaoru. Sorang tolak rambut ke kiri, sorang tolak rambut ke kanan. Bila sama-sama nakal, kami high five, atau dalam bahasa kami dipanggil, 'sep'. Bila sorang jerit: "Hikaru!!!" Lagi seorang akan balas: "Kaoru!!!" Kalau dalam siri animasi ini, Hikaru tak boleh berpisah dengan Kaoru. Jadi, mengikut analisa aku, tak sampai tiga hari, mesti Tonah akan rindu aku. Mesti punya lah. Hehe..

Hikaru dan Kaoru
versi Amna dan Tonah




4 comments: