Sunday, September 2, 2012

Si Pungut

Pungut adalah kucing kecil aku. Dipungut oleh adik aku (Diba) kemudian apabila adikku ke luar negara, tinggallah Pungut di bawah jagaan ku. Dalam erti kata lain, Pungut ni anak tiri aku je.

Pungut sangat nakal. Tak boleh duduk diam. Kalau nampak dia tidur tu, satu rahmat lah tu. Seperti Ahmad Albab (cerita P Ramlee) yang sentiasa menangis, apabila dia senyap, keajaiban lah tu. Eh? Boleh pula sama kan mereka ya?

Tak sedar bahawa dirinya kecil, dengan selamba je si Pungut ni kejar-kejar kucing lain yang lebih besar daripadanya. Paling tak boleh dipercayai, Pungut boleh kejar Abby sehingga Abby lari dari dia. Abby tu kucing aku. Amboi Pungut, awak tu menumpang je, boleh pulak halau kucing yang sememangnya penduduk sini! Itu penjajah namanya.

Pungut tidak selama-lamanya berkuasa. Apabila Keini pulang ke rumah, Pungut tak mampu halau Keini seperti Pungut halau Abby. Pungut cuba kejar Keini, akhirnya kena marah oleh Keini. Padan muka. Pungut, lain kali, sila selidik latar belakang kucing lain dulu. Keini adalah kucing paling tua, si nenek dan Sang Permaisuri di sini. Mana mungkin kau mampu lawannya. Keini adalah ibu kepada Abby. Dia sudah amat tua.

Pungut ni tak setia. Walaupun dia kucing kami, dia turut menjadikan salah seorang jiran kami sebagai tuan dia. Amboi-amboi..

Anak tiri, penjajah, nakal, tak setia.. Apa sekalipun gelaran buat Pungut, aku harus akui bahawa dia adalah pencuri! Pencuri hati kami semua. 

Di sini aku sertakan gambar-gambar terbaru Pungut. Semuanya kerana adikku minta. Rindu katanya. Aik? di negara sana tak ada kucing ke? Hehe.. Inilah Pungut. Lihat! Siapa tak tergoda dengan kucing ini?
 









Pungut cuba tangkap kamera
apabila kamera ingin tangkap gambarnya.



1 comment: