Monday, September 17, 2012

TULEN, pameran kartun Malaysia

Selepas pulang dari rumah kawan Umi dan Abah tadi, aku meminta Abah agar membawaku ke Balai Seni Visual Negara. Ada pameran kartun yang aku ingin pergi dan minggu ini merupakan minggu terakhir untuk pameran tersebut. Tambahan pula, kebetulan sudah berada di Kuala Lumpur, molek juga jika dapat singgah sebentar di situ. Syukur, Abah membawaku ke sana. Tercapai juga hasrat ingin melihat pameran tersebut.

'Tulen, Pameran Kartun Malaysia' namanya. Kartunis-kartunis yang terlibat, semuanya nama-nama lama dan gah. Karya-karya yang biasa dilihat dalam buku semasa aku belajar 'Cartoon Studies' dulu juga dapat dilihat di sini. Tak menyesal datang.

Memandangkan mereka kartunis lama, style mereka berbeza dengan kartunis-kartunis muda hari ini. Ya, aku boleh nampak perbezaannya walaupun aku tak tahu bagaimana untuk menjelaskannya. Terfikir juga.. Andai satu hari nanti, apabila aku sudah tua, adakah anak-anak muda melihat style aku sebagai style lama? Eh, berangan jauh pula. Aku ni belum layak digelar kartunis. Belum menerbitkan apa-apa kartun. InsyaAllah, tak lama lagi. Sedang berusaha untuk gelaran kartunis.







***
Cerita pameran 'Tulen' dah tamat. Nak cerita kisah lain pula. Satu kisah yang panjang dan bosan, sila jangan baca. Kalau baca juga, anda akan berasa bosan. Ok?

Aku sudah melukis komik, seingat aku, sejak aku darjah tiga. Ketika itu, komik tu hanya kawan-kawan yang baca, dan di buat dalam buku latihan sekolah yang bergaris-garis tu. Ketika itu, Umi selalu pesan :"Buat lah atas kertas kosong, jangan buat atas kertas garis-garis.." Ketika itu, apabila ditanya adakah aku ingin menjadi pelukis komik, aku jawab, tidak. Aku berangan untuk menjadi animator sebenarnya. 

Walaupun aku kata aku tidak ingin jadi pelukis komik, tapi aku tak pernah berhenti melukis komik. Ketika di sekolah menengah pun, kawan-kawan masih membaca komik aku. Semuanya berubah setelah aku masuk Fine Art.

Bila berada dalam golongan Fine Art, entah kenapa, aku rasa malu untuk mengaku aku ni melukis komik. Terukkan aku? Malu sebab itu pula. Entah kenapa, aku rasa melukis komik tu tak cool.  Bayang kan, dalam banyak-banyak kerjaya, kerjaya lain banyak yang boleh disebut dengan bangganya. Contohnya: 
"Saya seorang doktor"
"Saya seorang arkitek"
"Saya seorang guru"
Tapi, kerjaya kartunis, lain sikit bunyi nya.
"Err.. saya seorang kartunis je..."

Aku mula fikir pendapat orang sekeliling. Apa cikgu-cikgu di sekolah ku kata jika mereka tahu aku menjadi kartunis? Adakah mereka akan kata :"Belajar tinggi-tinggi untuk lukis kartun je?" Tapi itu pendapat aku yang dulu je. Sekarang tak. Sekarang aku malu sebab aku pernah berpendapat sedemikian. 

Aku berubah setelah aku kenal dia. Ya, dia... Dia tu siapa? Hehe.. hubungan aku dan dia, hanyalah lecturer dan pelajar. Aku pelajar manakala dia lecturer. Dia seorang yang hebat. Dia seorang yang berilmu dan.. dan... err.. perkataan apa sesuai nak gambarkan dia ya? Hmm.. kesimpulannya, dia sangat hebat lah. Aku kagum padanya. Tapi, walaupun hebat, dia begitu rendah diri dan lembut tutur bicara. Dia sangat cool. Tak ada manusia lebih cool dari dia. Hehe.. ini pendapat aku lah. Mungkin orang lain tidak sependapat.

Kemudian, aku dapat tahu bahawa dia juga berlatar belakangkan Fine Art. Malah dia juga pernah melukis komik. Nampak bagai ada persamaan dengan ku di situ. Apa yang beza ialah, dia tak malu mengaku dia pernah melukis komik. Kenapa aku malu? Dia pun belajar tinggi-tinggi dan melukis komik. Dia menyokong aku melukis komik. Itu sangat memberi semangat kepadaku. Bayangkan, orang yang aku kagumi menyokong apa yang aku buat. Memang hatiku berbunga-bunga lah. Terkenang saja sudah cukup untuk buat aku tersenyum.

Satu hari, ketika aku bersembang dengan dia, aku berjanji bahawa aku akan datang jumpa dia setelah aku terbitkan komik pertama aku nanti. Aku berjanji akan tunjukkan komik pertamaku padanya. Kemudian dia berkata: "Komik belum siap pun, boleh datang jumpa untuk tunjuk." Aku tersenyum. Tapi aku berazam, kalau boleh, biarlah sudah terbit komik baru berjumpanya. 

Kini aku dah tamat belajar. Selalu juga teringatkan dia. Tapi bagaimana nak jumpa dia? Komik adalah satu-satunya ikatan aku dan dia. Kadang-kadang, aku cuba buat komik secepat mungkin, sebab teringin nak jumpa dia.

Dalam usaha menghasilkan komik. Tapi tak boleh janji sama ada mendapat hasil yang memuaskan atau tidak. Sedang berusaha selagi boleh. Doakan aku ya semua...






3 comments: