Saturday, September 15, 2012

Aku, Sang Ular dan Kucing Putih



Sekumpulan monyet masuk menyerang melalui jendela. Aku terus mencapai sebatang kayu panjang yang ada berdekatanku dan menjadikannya senjata untuk melindungi diri dari monyet-monyet yang ganas itu. Sedang asyik aku memukul monyet-monet yang cuba menghampiriku, mata ku terpandang ke arah seekor ular besar yang sedang menggigit seekor kucing putih.

Tanpa berfikir panjang, aku terus memukul ular tersebut untuk menyelamatkan kucing putih yang masih berada di mulut ular itu. Berdarah kepala ular itu. Kemudian, ular itu memandang ku dengan wajah yang kasihan. Barulah aku teringat sesuatu yang penting! Ular itu adalah ular peliharaanku!!! Aku bela ular itu selama ini. Mengapa aku cederakan dia demi menyelamatkan seekor kucing putih yang bukan milikku?

Tapi, semuanya sudah terlewat. Tak guna menyesal sekarang. Ular itu sudah mati.


***

Itulah cerita untuk lukisan aku yang di atas tu. Sebenarnya, semuanya bermula dari satu mimpi yang dapat melalui tidur saja. Disebabkan aku asyik terbayang-bayang mimpi tu, aku hasilkan lukisan berdasarkan mimpi tersebut. Peristiwa ni sudah lama. Lukisan itu pun bertarikh 6 September 2012. Apabila aku menceritakan mimpi tersebut kepada Umi dan kakakku, mereka ketawakan aku. 

Kenapa aku berkongsi cerita ini di sini? Sebab aku dapat satu pengajaran dari cerita ni. Pengajarannya ialah, Jangan kerana ingin melindungi sesuatu yang bukan milik kita, kita kehilangan sesuatu yang sememangnya milik kita. Betul tak? Buat masa sekarang, aku rasa bagai sedang kehilangan sesuatu. Harap-harap lah tak... 






7 comments:

  1. simbolik sgt... ape dia yg milik amna tu? ape yg bukan milik amna tu? memang ada maksud tersirat ke atau saje2 je cerita ni..hish misteri sgt.. haha

    ReplyDelete
  2. geng2 monyet seroja ke yg serang amna?? hehee..betOl tu betOlll.setuju dgn ayat pengajaran drpd mimpi amna tu. ^^

    ReplyDelete
  3. Diba & nasuha: maksud tersiratnya adalah mesej mimpi tu... bukan apa yg btol2 jd kat amna.. Kalo dlm peribahasa: "yg dikejar x dpt, yg dikendong berciciran" laa... :D

    ReplyDelete
  4. wanie: entah la monyet mana.. x jelas pulak pasal lokasi dlm mimpi tu. ahaha.. :D

    ReplyDelete
  5. saya rasa tindkan amna pukul ular tu betul,
    tak semestinya bila sesuatu tu milik kita (org yg kita sayang) kita kena defend dia walaupun dia buat salah.

    kadang2 kita kena korbankan sesuatu milik kita untuk melangkah ke hadapan.

    Jika sesuatu tu tidak baik buat kita, kita kena lepaskan. mungkin sesuatu yg lebih baik telah diatur buat kita

    naluri manusia, bila nampak sesuatu yg lebih berbahaya (ular) , terus lupa pada ancaman yg sedang dihadapi (monyet).
    begitu juga sebaliknya. naluri ketamakan- nampak sesuatu yg lebih baik, mudah je melepaskan sesuatu yg telah ada depan mata. biarpun belum pasti dapat

    ReplyDelete
  6. keri ikhwan: tu satu ulasan yg lengkap, dan sudut pemikiran yg bagus.

    Terima kasih.. :)

    ReplyDelete