Sunday, August 7, 2011

Risau~ Kembang dan Bubu ku..


Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Aku masih belum tidur. Tiba-tiba, dengar salakan anjing. Rasanya lebih dari seekor anjing ni. Mereka menyalak tak henti-henti seolah-olah menyalak pada sesuatu. Aku terus teringatkan Kembang dan Bubu.

Aku cuba mengintai ikut tingkap. Nampak seekor anjing hitam yang kecil di luar pagar rumahku. Intai-intai lagi, ada anjing putih besar. Lepas tu aku rasa aku nampak beberapa ekor lagi. Mungkin anjing-anjing itu bergaduh sesama mereka.

Aku toleh pada kayu di depan pintu rumahku. Kebiasaannya, itu tempat tidur Kembang dan Bubu ku. Namun, mereka tiada di situ. Mesti mereka sembunyi mana-mana kerana takut dengan anjing-anjing itu.

Risaunya~ Harap diorang selamat. Takkan tenang selagi tak nampak diorang. Ya Allah ya tuhanku, lindungi mereka...

No comments:

Post a Comment