Tuesday, August 16, 2011

Kejar Impian Itu


Dalam blog aku, post yang entah berapa lama punya dulu, aku ada menyebut tentang batasan, pagar, halangan, dan yang seumpamanya. Ini sebab selama ini aku sangka terdapat halangan yang menghalang aku untuk maju ke depan.

Kemudian, aku sedar sesuatu. Halangan itu tiada. Masalahnya, aku tak tahu apa yang aku kejar. Ibarat berada di tengah padang yang luas, tak tahu mana utara, Selatan, Timur atau Barat, begitulah situasi aku sebenarnya. Sesat. Tiada hala tuju. Malah, sejak setahun kebelakangan ini, aku sentiasa berharap agar masa berjalan perlahan. Agar aku kekal di UiTM Shah Alam. Sebab aku tak tahu apa patut aku buat sebaik sahaja keluar dari UiTM Shah Alam nanti.

Kini, buat pertama kalinya aku merasai mengejar sesuatu semenjak berada di UiTM Shah Alam. Aku kembali memasang impian sejak kecil ku. Biarpun impian itu sesuatu yang agak sukar untuk capai, Tapi aku tak peduli. Lagi pun, biarlah aku lalui hidup dengan cuba mengejar sesuatu walaupun kemungkinan pengakhirannya, aku tidak peroleh apa-apa. Daripada lalui hidup tanpa impian, tiada hala tuju, bukankah pasang impian itu lebih baik? Walaupun andai akhirnya aku tak dapat apa-apa, tapi sekurang-kurangnya aku tak akan menyesal kerana aku berusaha untuk mencapainya.

Ada seseorang berkata pada ku, pasang impian mula dengan rendah dulu. Silap aku, sejak kecil pasang impian setinggi langit sedangkan bakat dan kemampuan setakat hujung jari kelingking je. Tapi, impian yang rendah-rendah, bukanlah impian namanya kan? Impian memanglah sesuatu yang indah, fantasi, segalanyalah. Dapat capai atau tidak, itu cerita esok hari. Hari ni, aku akan kejar sesuatu yang aku dah nampak tu. Dapat kejar atau tidak, ini memanglah satu pertaruhan. Kemungkinan untuk dapatkannya mungkin hanya 3%. Tapi, andai tak kejar, peluangku akan jadi 0%. Kita lihat apa akan jadi.

2 comments: