Komik pertama ku di blog, klik sini..
Komik pertama ku di blog, telah aku siarkan dua hari yang lepas. Syukur Alhamdulillah, ramai yang baca. (Sebab aku yang suruh diorang baca). Sebelum ni, aku risau kalau-kalau ia tak dipeduli sesiapa. Hehe..
Terima kasih yang sudi baca, terima kasih juga yang sudi komen. Terima kasih kawan-kawan Facebook yang komen dan beri pendapat. Bertuah ada kawan-kawan di group 'Aku Budak Liberal' di facebook. 'Aku Budak Liberal' adalah rakan-rakan sekelas subjek minor ku. Kami belajar cartoons and caricature studies. Pendapat dan idea dari mereka hebat-hebat. Lagi bertuah bila dapat komen dari Gayour.
Yang aku tak habis-habis terima kasih ni, macam laa karya aku tu bagus sangat~ Tak adalah.. Ucapan terima kasih dari seorang budak baru belajar je.. Sebenarnya, dah lama aku nak post komik aku di blog, tapi tiada keberanian. Nasib baik adik aku selalu sebut: "buat je" Banyak lagilah yang dia kata sehingga aku bersemangat.
Seorang rakan baikku sejak sekolah rendah, Tira, berkata sesuatu kepadaku: "Saya lagi suka komik awak yang masa sekolah rendah dulu..." Huhu.. Terharunya dengar!!! Tapi, barulah aku tersedar sesuatu. Komik aku yang semasa sekolah rendah dulu, sangat jujur, suci dan fantasi. Aku buat ikut suka hati aku tanpa mengira apa-apa faktor. Bukan seperti sekarang. Sekarang aku fikir: "Ada ke orang nak baca ni?" "Ok ke lukisan macam ni?" "Cerita ni best tak?" Beza dengan dulu. Dulu aku buat je laa.. Asalkan aku gembira. Usia menjadikan aku begini kan?
Latar dalam komik aku tu, aku ambil latar sekolah kesayangan ku.. SMK Puncak Alam. Tempat segala kenangan pahit manis alam remaja. Haha..
Watak utama dalam cerita tu, aku cuba hasilkan berdasarkan wajah seorang rakan aku ni.
Tapi, sudah tentulah dia tak tahu. Harap-harap kalau dia tahu pun, dia tak marah. Kalau marah, cakap taw, aku boleh buang gambar ni. Hehe.. Tak marah kan? kan? Aku ikut muka dia je. Watak tu watak rekaan sendiri. Perwatakan lain, kehidupan lain. Tak ada kaitan dengan tuan asal pun.
Tapi, sudah tentulah dia tak tahu. Harap-harap kalau dia tahu pun, dia tak marah. Kalau marah, cakap taw, aku boleh buang gambar ni. Hehe.. Tak marah kan? kan? Aku ikut muka dia je. Watak tu watak rekaan sendiri. Perwatakan lain, kehidupan lain. Tak ada kaitan dengan tuan asal pun.
Oklah, tu saja. Aku suka buat komik. Aku harap, korang pun suka baca. Aku akan buat lagi. InsyaAllah.. Kalau ada sebarang cadangan, pendapat, bagitahu je. Aku alu-alukan sangat. Terima Kasih..
eh2.
ReplyDeleteitu saya.
hahahaaa~
x laa... pelanduk dua serupa tu..
ReplyDelete(fuh~ nasib baik dia x marah..)
kakaka.. nadia baik hati mana pernah marah (bweekkk)
ReplyDeletesila muntah sekarang.
haha~
muntah batal pose...
ReplyDeleteSalam..hebat!! teruskan usaha dgn bakat yang ada. Mudah²an menjadi manfaat kpd masyarakat di luar sana..sesetengah org m'hasilkan sesuatu nukilan sprti puisi, lukisan, penulisan, komik dll, utk menyampaikan sesuatu perkara yg mendatangkn manfaat kpd org lain, misalannya p'kongsian ilmu ttg sesuatu, memberi semnagt kpd org lain, mencetuskn idea kpd org lain, menasihati, menegur, & sbgnya..teruskn berkarya :)
ReplyDeleteTime kasih... InsyaAllah akan teruskan..
ReplyDelete