
Sunday, February 27, 2011
Sahabat Bumi Bersuara:

Friday, February 25, 2011
Batasan atau Alasan?

Wednesday, February 23, 2011
Adoi...
Tuesday, February 22, 2011
Koleksi Gambar Kucing Aku












Saturday, February 19, 2011
Aku Bukan Pelukis
Aku bukan pelukis.Aku sekadar melukis kerana tiada benda lain yang boleh ku buat selain melukis.Aku dikelilingi mereka-mereka yang berbakat.Tapi aku buat-buat tak perasan yang diri aku tiada bakat.Aku teruskan juga.Satu hari nanti,Ketika tiada apa lagi yang perlu ku risaukan,Aku akan pergi jauh.Jauh ke tempat yang tiada siapa mengenali aku.Aku nak melukis.
Friday, February 18, 2011
Cat Lovers Club +Like!

Thursday, February 17, 2011
Conteng-conteng

Wednesday, February 16, 2011
Kain Batik

Tuesday, February 15, 2011
Tanpa Tajuk
Aku tiada di sana untuk membantu kawan-kawan ku.
Namun, andai aku di sana sekalipun, apakah pertolongan yang boleh diberi oleh aku?
Aku hanya mampu mengatakan:
“Sahabat-sahabat ku, tolong jangan putus asa!”
Bagi mereka yang menganaia kawan-kawan ku,
Aku tak faham la..
Apa korang dapat dengan buat begitu?
Aku kecewa sebab tak mampu bantu kawan kawan ku.
Aku di Shah Alam, mereka jauh di Melaka.
Aku tahu, andai aku masih di sana, aku juga magsa korang kan?
Aku kasihan pada diri korang..
Korang tak mampu untuk berjaya, jadi korang kena menjatuhkan orang lain.
Korang tiada masa depan.
Kasihannya…
Sunday, February 13, 2011
Friday, February 11, 2011
What is 'style'?

Aku tercari-cari juga apa itu 'style'? Sudah lama aku mencari style aku dalam painting. Tapi sepatutnya, aku kena cari dulu 'apa itu style'!
Thursday, February 10, 2011
Teruskan dengan idea yang sama.

Kepada adik beradik aku:
1 set
1 set barang.
Ia hanya akan menarik jika lengkap 1 set. Andai hanya terdapat sebahagian sahaja daripada set tersebut, maka tak menarik lah.
Aku dan adik beradik aku, lima orang semuanya. Kami lima beradik adalah 1 set. (satu set apa tak tahu laa.. kami ni orang) Kami sentiasa berlima. Itu yang menjadikan segala galanya menarik!
Namun, selepas sorang, sorang.. daripada kami keluar meninggalkan rumah kerana sambung belajar. Kini, tinggal sorang sahaja adik kami di rumah. Ibarat 1 set barang yang tidak lagi di simpan bersama.
Sekali sekala, kami pulang ke rumah dan berlima semula. Ibarat kami dapat mengumpulkan kembali 1 set itu.
Walaupun 1 set itu tidak bersama sepanjang masa, namun, ianya tetap 1 set! Tiada siapa yang boleh ubah fakta itu.
Ianya akan terus kekal sebagai 1 set meskipun disimpan berasingan.

Wednesday, February 9, 2011
Selangkah ke depan
Baru baru ni, aku kecewa dengan diri aku sendiri. Semangat hilang. Dan aku rasa aku sepatutnya boleh buat lebih baik. Tadi aku ke library. Belek belek buku seni sememangnya boleh buat aku bersemangat kembali untuk berkarya. Sekarang sedang berusaha untuk untuk menghasilkan karya. Aku nak tebus semula masa aku yang dah banyak terbuang! Mari berusaha!!!!
Monday, February 7, 2011
Apa ni?


Sunday, February 6, 2011
Sepupu Kahwin





Saturday, February 5, 2011
Keindahan dalam hujan

Jom buat marbling!
Friday, February 4, 2011
25 random facts about me~

Kakak aku, Ilham tag ni:
"Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated" *wink*
- Aku perasan yang diri aku ni misteri. Hahaha..
- Aku suka nombor 2!!!
- Tinggi aku masa tingkatan 3 ialah 149cm, dan kini selepas 5 tahun berlalu, aku cuma naik 1cm.
- Benci mata pelajaran sejarah, dan pernah bergaduh dengan cikgu sejarah.
- Aku diploma di UiTM Alor Gajah, Melaka.
- Aku dan pontianak ada sangkut paut. (orang-orang tertentu tahulaa...)
- Suka bila hari hujan.
- Zaman sekolah sangat indah terutamanya masa form4 dan form5.
- Aku tak dapat bayangkan kehidupan aku jika aku bukan Fine Art.
- Aku tak suka jaga tepi kain orang, dan aku tak nak orang jaga tepi kain aku.
- Kagum sangat dengan peribahasa Melayu.
- Banyak buat hal sendiri berbanding terlibat dengan orang.
- Aku suka sangat kuih bahulu. Tapi sekarang, susah untuk jumpa bahulu sedap.
- Sekarang ni, teringin sangat nak jumpa ustaz dan ustazah yang ajar aku mengaji dulu. Kalau bukan diorang, aku tak tahu mengaji langsung.
- Sekarang ni, aku kagum sangat pada seseorang. Tapi dia tak tahu langsung. Aku gelar dia, abang misteri.
- Aku sangat serius.
- Aku tak boleh berenang.
- Suka sangat kat suara Fiq mentor~
- Pernah dapat gelaran yang bukan-bukan seperti: Ninfa, Mak tiri, Pontianak, Rika, Labuni, Cinta Laura.
- Aku betul-betul nak sumbangkan sesuatu pada bangsa aku.
- Aku suka tengok perempuan-perempuan yang comel!!! Tapi aku bukan les taw...
- Sedang mencari orang yang sudi lawan catur dengan aku. Ada tak sesiapa???
- Aku suka warna kuning.
- Aku percaya kekuatan terletak pada kecekalan.
- Aku menaip kesemua 25 ini dengan penuh berhati-hati supaya misteri aku terpelihara. Hahaha...
Tuesday, February 1, 2011
Blog untuk artwork aku.

Memandangkan gambar-gambar artwork aku bersepah-sepah dan semuanya disimpan dalam folder berasingan, jadi aku ingat nak kumpulkan gambar-gambar tu setempat. Jadi aku buka blog baru yang aku khaskan untuk simpan artwork-artwork aku sahaja. Kalau senang-senang, lawatlah Gadis Misteri's Artworks. Ok? Terima kasih...