Sekumpulan monyet masuk menyerang melalui jendela. Aku terus mencapai sebatang kayu panjang yang ada berdekatanku dan menjadikannya senjata untuk melindungi diri dari monyet-monyet yang ganas itu. Sedang asyik aku memukul monyet-monet yang cuba menghampiriku, mata ku terpandang ke arah seekor ular besar yang sedang menggigit seekor kucing putih.
Tanpa berfikir panjang, aku terus memukul ular tersebut untuk menyelamatkan kucing putih yang masih berada di mulut ular itu. Berdarah kepala ular itu. Kemudian, ular itu memandang ku dengan wajah yang kasihan. Barulah aku teringat sesuatu yang penting! Ular itu adalah ular peliharaanku!!! Aku bela ular itu selama ini. Mengapa aku cederakan dia demi menyelamatkan seekor kucing putih yang bukan milikku?
Tapi, semuanya sudah terlewat. Tak guna menyesal sekarang. Ular itu sudah mati.
***
Itulah cerita untuk lukisan aku yang di atas tu. Sebenarnya, semuanya bermula dari satu mimpi yang dapat melalui tidur saja. Disebabkan aku asyik terbayang-bayang mimpi tu, aku hasilkan lukisan berdasarkan mimpi tersebut. Peristiwa ni sudah lama. Lukisan itu pun bertarikh 6 September 2012. Apabila aku menceritakan mimpi tersebut kepada Umi dan kakakku, mereka ketawakan aku.
Kenapa aku berkongsi cerita ini di sini? Sebab aku dapat satu pengajaran dari cerita ni. Pengajarannya ialah, Jangan kerana ingin melindungi sesuatu yang bukan milik kita, kita kehilangan sesuatu yang sememangnya milik kita. Betul tak? Buat masa sekarang, aku rasa bagai sedang kehilangan sesuatu. Harap-harap lah tak...