Monday, December 26, 2016

Selangkah ke depan


Terlalu awal untuk aku gembira, namun perasaan gembira ini tak dapat dibendung lagi. Ku coretkan di sini walau aku tahu dalamnya lautan belum ku kenal, tinggi rendahnya langit belum ku ukur.

Sudah ku maklumkan pada para pembaca blog ini, bahawa selain pelukis komik, aku juga merupakan seorang storyboard artist di sebuah company animasi tempatan.

Setelah beberapa tahun menjadi storyboard artist, akhirnya aku dipilih menjadi storyboard artist untuk sebuah movie.

 Ya Tuhan.  Selama ini, untuk terlibat dalam pembikinan movie, hanyalah angan-angan kosong ku. Selama ini, aku hanya melihat orang lain yang lebih hebat, terlibat dengan pembikinan movie. Sedang aku yang taraf biasa-biasa ini hanya layak untuk membuat animasi bersiri sahaja. Untuk pengetahuan anda, storyboard untuk movie memerlukan lebih ketelitian berbanding storyboard untuk siri. Lihat saja contoh animasi bersiri dengan movie yang dapat anda tonton selama ini. Movie, kualitinya lebih tinggi berbanding siri bukan? Namun, selama ini ku pendam sahaja angan-angan untuk terlibat dengan movie kerana aku sedar, untuk dapat memasuki bidang animasi walau ku tiada ilmu animasi, ini sahaja sudah cukup satu keajaiban. Tidak ku meminta lebih-lebih kepada Tuhan.

Satu petang sebelum pulang kerja, tuan direktor telah memberi arahan: "I want to put you in____ (tajuk movie)". Aku terdiam seketika dan cuma mampu membalas dengan soalan "its a movie.. Right?" "yeah" jawab beliau. Aku membulatkan mataku dan memberi respon pendek: "wow.."

Selepas itu, kegembiraan aku memang tak dapat disorokkan lagi. Perasaan ini. Apakah perasaan ini?  Perasaan ini sama seperti ketika aku terlibat dengan teater satu ketika dahulu. Setelah lama menjadi pelakon tambahan atau watak latar, apabila akhirnya aku dipilih menjadi watak utama, perasaan itu!! Perasaan itu sama seperti perasaan kali ini! Terasa aku telah melangkah setapak ke hadapan!

Aku tahu, aku gembira terlalu awal. Aku belum lagi mulakan tugasan tersebut. Aku belum tahu lagi apa dugaan yang bakal ku tempuhi. Namun, Ya Allah... Biar saja aku catitkan perasaan gembira ini supaya satu hari nanti apabila aku tidak bersyukur dengan apa yang aku miliki, kenanglah ini. Tuhan yang maha kaya telah limpahkan kurnianya sebanyak ini kepadaku.

Ada kalanya, aku hairan juga. Mengapa beliau memilih ku? Apa kebolehan aku sudah mencapai tahap yang diingini kah? Apa yang beliau nampak dalam diri ku? Mungkin,  ada permata dalam diri ku. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Beliau adalah jauhari, maka beliau dapat lihat manikam dalam diri ku. Ah, Amna.. Kau sedang perasan atau kau sedang beri motivasi kepada diri kau? Aku harap ia dikira motivasi. "Selamat maju jaya Amna."  Ucap Amna kepada dirinya sendiri.


7 comments:

  1. Tahniah Amna, ini bermaksud, Amna dah selangkah lebih jauh... saya sentiasa sokong dari belakang 😄😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih aujinz. Tapi tak lebih jauh pun. Tu sisi storyboard amna. Sisi komik amna, masih sama.

      Delete
  2. Tahniah Amna, ini bermaksud, Amna dah selangkah lebih jauh... saya sentiasa sokong dari belakang 😄😄

    ReplyDelete
  3. Yushhhh, Amna, dah selangkah lebih jauh dari tempat Amna berdiri sekarang so congrates for that and good luck for future..! Nila peluangnya untuk Amna bersinar lebih2 lagi..eheee..pelik plak bahasa melayunya rasa tapi nak kata, this maybe the time for you to shine brighter..! gittuh.. ^^d

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, ya, saya boleh faham dalam dua-dua bahasa. Terima kasih.

      Delete
  4. Tahniah Amna!
    Jadikan ini pengalaman yang bermakna untuk Amna dan orang lain juga.
    Walaupun tahu baru tahap permulaan, tapi dah tak sabar nak tahu movie apakah itu hehehe.

    All the best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. Hehe.. Tak penting pun tahu tajuk tu.

      Delete