Thursday, December 15, 2016

Buasir Otak: The Komik (Awakening)

(Post ini sepatutnya disiarkan bulan lepas. Namun, atas beberapa faktor yang melanda diriku, baru kini aku mampu menyiarkannya.)


Pada 20 November 2016, buku Buasir Otak: The Komik (Awakening) telah berjaya sampai ke tangan ku. Buku setebal 296 muka surat itu, mengandungi hanya 5 muka surat karya ku di dalamnya. Namun aku tetap gembira dengan penghasilan buku ini. Gembira dapat menjadi sebahagian dari 56 orang pengkarya yang terlibat. Ya, 56 pengkarya! Ramai bukan?

Pada hari penyerahan buku itu kepadaku, turut hadir beberapa orang pengkarya yang kebanyakannya sudah lama ku kenal dalam alam maya, namun pertama kali bersua muka. Oleh itu, aku coretkan sedikit pengalaman ku bertemu mereka, ke dalam bentuk komik.

Mula-mula tiba di lokasi, aku terpinga-pinga. Aku tak kenal wajah sesiapa. Tiba-tiba hadir seorang perempuan menegurku. Eh, siapa pula ini? Sekali, apabila dia memperkenalkan diri, aku teruja yang amat. Lee-kun rupanya! Selama ini aku bayangkan, Lee-kun seorang perempuan yang kacak. (berdasarkan blog beliau) Rupanya seorang perempuan cantik! Turut berada di situ adalah Prince of Noob, Blee, Kanza, Nazirul, Deaday, Tongkat Jibril, Faye, cEro dan Aujinz. Petang itu pada hari yang sama, aku bertuah sempat bertemu Syuez.

Izinkan aku ulang suara, Aujinz hadir!!! Ini bagai mimpi. Setelah sekian lama mengikuti blog beliau, sudah sekian lama pasang angan-angan kosong untuk berjumpa beliau, akhirnya hari ini menjadi kenyataan. Tersenyum sampai ke telinga aku dibuatnya.

Alhamdulillah. Aku gembira dengan kejayaan menghasilkan buku ini, juga gembira dapat berjumpa mereka semua. Teruskan menyokong kami agar kami dapat terbitkan lagi buku pada masa akan datang.


Setiap pengkarya yang hadir, melukis di atas sketchbook ku.




Berminat untuk memiliki buku ini?
Maklumat buku:
- Harga buku BO:TK (AWAKENING): RM25 seunit tidak termasuk kos penghantaran
- Caj penghantaran PosLaju: RM8 (Semenanjung) | RM12 (Sabah dan Sarawak)
- Jumlah mukasurat: 296 mukasurat.
Cara-cara pembelian:
- PM page Buasir Otak: The Komik atau FB admin Putra Nubhan ; atau
- Hantar ke alamat email princeofnoob[at]gmail[dot]com; atau
- Whatsapp/SMS agen kami SangKancil: 013-9313541


Oh ya, aku ada menghasilkan animasi pendek khas sempena penghasilan buku ini. Boleh lihat di sini.

12 comments:

  1. Hehehe meriahnya meet-up korang, congrats dapat jugak tengok 'ahkak' Aujinz... kekeke

    Nice short animation, Amna! XD

    ReplyDelete
  2. Eh, iye ke Aujinz datang? Hahahahaha... n

    Next time, saya akan bawak sketchbook juga.. jejaga 😄😄😄

    ReplyDelete
  3. Kenangan manis yang tak dapat dilupakan. Terima kasih Amna, terima kasih juga kepada semua yang sudi hadir. Insya Allah ada rezeki kita jumpa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kenangan manis. Terima kasih juga nub.

      Delete
  4. 1 word to say.. PERGH!!!!
    Harap dapat jumpa lagi semua.
    InsyaAllah

    ReplyDelete
  5. Perghhhh.. rezeki amna dapat jumpa kartunis2 hebat! Kalau dyg taktau la macam mana, dengan penyakit segan ni aduhaiii... jumpa nub dan blee pun nebes huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni jumpa deno pula. InsyaAllah.

      Delete
  6. Rasanya aku pun kena mula ada sketchbook untuk kutip hasil karya semua pelukis komik yang aku jumpa hehehehe

    ReplyDelete