Wednesday, December 28, 2016

10 komik pilihan Amna Shark dalam CKOM 2016


 Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM) 2016 anjuran laman web matkomik, telah tiba ke penghujungnya. Hanya menanti keputusan diumumkan sahaja. Seramai 145 komik masuk bertanding dengan tema Hero (silent comic). Banyak komik-komik hebat. Ramai kawan-kawan aku sendiri yang menyertai ini. Oleh itu, aku tidak rasa seperti dalam pertandingan. Rasa seperti satu pesta pula. Rasa satu keseronokan menyertai beramai-ramai.



 Aku juga menyertai pertandingan ini. Aku telah menghantar dua komik. Komik Kuasa Pena, adalah komik kerjasama dengan rakan-rakan dari pasukan Aretis United. Komik Hero Hujung Minggu pula adalah kerjasama dengan penulis, Pyromania. Pada CKOM tahun lepas, aku telah bekerjasama dengan penulis yang sama juga, untuk komik Gema Pemikiran. Ya, lagi sekali nampaknya kami bekerjasama pada tahun ini. Mengapa aku pilih penulis yang sama untuk bekerjasama lagi adalah kerana, aku rasakan gandingan kami berdua sebagai penulis dan pelukis adalah satu gandingan yang serasi. Aku suka cerita-cerita yang ditulis oleh Pyromania. Melihat dari hasil gandingan kami untuk kedua-dua komik Hero Hujung Minggu dan Gema Pemikiran, hasilnya adalah sesuatu yang baik. Respon orang ramai juga positif. Oleh itu, jika Pyromania terbaca ini, aku ingin sampaikan rasa terima kasih, kerana sudi bekerjasama dengan ku. Untuk tahun hadapan, sila pertimbangkan lagi untuk mengambilku sebagai pelukis. Terima kasih.

Tanpa membuang masa, aku ingin senaraikan 10 karya pilihan ku dari CKOM 2016. Biar ku maklum awal-awal, ini adalah pilihan berdasarkan citarasa peribadi ku. Bukan citarasa orang awam mahupun juri. Bukan juga dipilih berdasarkan siapa kawan aku. Karya-karya ini 100% mengikut citarasa diri sendiri. Untuk memilih 10 sahaja, amat susah bagiku. Ini kerana terlalu banyak penyertaan yang menarik! Terlalu banyak! Namun, akhirnya, aku pilih juga 10. (aku tidak masukkan komik diri sendiri)

10 komik pilihan Amna Shark (tidak mengikut turutan):


*klik pada tajuk komik untuk membaca komik tersebut*


Si Hati Kayu oleh Hyrohiku

Ini adalah penyertaan pertama pada tahun ini. Tiada apa yang dapat aku katakan mengenai lukisan pengkarya ini. Maksud aku, dari segi garisan, proportion, panel, acting, angle, nampaknya si pengkarya sudah pun mahir kesemuanya. Jika mahu diulas mengenai ceritanya pula, ianya menyentuh hati. Cerita ini menunjukkan walau bagaimana teruk seseorang itu dipulau oleh masyarakat, ia tidak menghalangnya untuk terus berlaku baik.

Siapa yang akan selamatkan aku? oleh Ploless 

Lukisan pengkarya kelihatan sungguh fantasi. Rasa bagai sedang melihat mimpi. Ini bersesuaian dengan cerita yang ingin disampaikannya yang menunjukkan satu mimpi, bayangan atau mungkin perumpamaan kepada realiti watak utama. Namun, apa yang aku suka adalah, penggunaan watak jerung bagi menggambarkan watak si ibu. Ia membuatkan aku boleh bayangkan bagaimana perwatakan si ibu walau watak tersebut hanya muncul pada akhir cerita. Perasaan sayang itu, sampai ke hati ku. Tahniah pengkarya.


Sorry not sorry oleh Shahappy

Lukisan Shahappy, memang tidak dinafikan ianya cantik, dan kemas. Cerita ini, menurut pemahaman aku adalah: orang yang ada kekurangan (buta) yang 'nampak' keindahan pada dunia ini. Mesej yang menusuk hati.

Wira Kecil oleh Pami Akram

Sekali pandang sahaja pada lukisan pengkarya ini, hati aku sudah berkata, "Cantiknya!!!!" Design karakter, kompisisi panel, acting, nampaknya pengkarya ini telah mahir kesemuanya. Cerita ini pula, sekali baca aku tidak faham. Namun setelah diteliti semula, ini adalah pemahaman aku untuk karya ini: Watak jahat adalah kegelapan, atau apa-apa imaginasi ketakutan budak itu. Hero dalam cerita ini adalah budak itu sendiri apabila dia berjaya melawan ketakutannya. Menarik.


Kau serius? oleh Prince of Noob 

Lukisan pengkarya ini bersahaja, tidak terlalu mencuba. Namun, aku anggap ianya lukisan yang berjaya kerana mesej dan mood tetap sampai ke hati ku. Cerita ini, bagiku adalah sangat unik. Ini kerana, sepanjang perjalanan cerita, pembaca bagaikan tertipu. Hero itu sebenarnya tiada. Satu kritikan pedas untuk dunia realiti kita. Tahniah kepada pengkarya.


Terima kasih oleh Harihtaroon

Lukisan pengkarya boleh dikatakan sudah berada pada tahap professional. Penyusunan panel dan permainan angel dimainkan dengan baik sekali. Ceritanya pula, cukup menyentuh perasaan dengan plot twist yang tidak dijangka.

Shhh! Jangan Tegur oleh Curly Fries & French Fries 

Lukisan pengkarya ini simple dan mudah difahami. Namun apa yang aku suka mengenai karya ini adalah ceritanya. Disampaikan dalam bentuk metafora mengenai satu situasi yang dialami masyarakat kita hari ini.

yang tiada oleh Pyromania

Boleh dikatakan, karya ini yang paling mencuri perhatian ku dalam CKOM kali ini. Lukisannya simple dan mudah difahami. Ceritanya, walaupun menunjukkan realiti tidak seindah mimpi, namun masih ada satu persamaan iaitu, ayah adalah hero!

Hadir lagi oleh Comic Goals

Aku benar-benar suka pada stail lukisan pengkarya ini. Dari segi jalan ceritanya pula, masih ada beberapa bahagian yang kurang jelas seperti, apa makhluk itu dan motifnya? Namun, aku suka pada sifat hero yang ditunjukkan melalui watak kucing hitam itu. Walau perempuan itu sentiasa salah faham terhadap kucing itu, kucing itu tetap melindunginya. Ini hanya mengikut pemahaman aku. Aku tak pasti jika pengkarya membawa maksud lain.

Cerita untuk masa depan oleh Prince of Noob & Deaday

Satu lagi karya yang bermain dengan perasaan pembaca. Permulaan cerita, pembaca di bawa untuk merasai keperitan dan kesusahan hero zaman dahulu berjuang untuk tanah air. Selepas menunjukkan transition zaman, pembaca di bawa ke zaman kini di mana anak muda amat mengecewakan. Apa yang aku dapat melalui cerita ini adalah, perjuangan generasi terdahulu adalah untuk apa?


Komik-komik yang turut menjadi pilihan ku:
Wira kecil berjiwa besar oleh Yoketouchi
Hero tak terjangka oleh MFB
Ayam dan Kancil oleh Bali
Tripod oleh Archylea & Hanza
Demi Cinta Ini oleh Al-Hafiz
Pelindung Hutan oleh Kanza
Nampak Adik oleh Aika
Memori oleh Nazril Afiq

Selesai juga menulis 10 pilihan ku. Terima kasih bagi yang sudi baca. Izinkan aku tamatkan penulisan ini dengan soalan, apa pendapat anda tentang komik Kuasa Pena dan Hero Hujung minggu? Hehe..

12 comments:

  1. Uwwaaaahh, seronoknya dapat join..

    Lee sempat baca beberapa belas komik, kebanyakannya penyertaan2 yang hantar awal.. yang di hujung2 dateline cuma sempat baca kawan-kawan punya jek macam Amna punya, Incik Bos and Day..

    Good luck, Amna..! May the best comic wins..! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Nanti tahun depan, join la sekali.

      Delete
  2. Thanks Amna for sharing this..All the best!! :)

    ReplyDelete
  3. wow amna pilih dua2 komik saya. terima kasih banyak2 amna huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Amna memang suka kedua-duanya. Lain dari orang lain biasa buat. Amna nantikan lagi komik dari nub.

      Delete
  4. Boleh tak nak merungut sikit sebab kebanyakan komik yang disenaraikan di atas belum pun sempat dibaca. Semua sbb internet yang sangat slow, nak tunggu loading pun sangat menduga keimanan.

    Takpe laa, tunggu keputusan je laa hehehe.
    All the best, Amna :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayangnya. Semoga Cero dapat selesaikan segera hal intenet/henset. Baik, terima kasih Cero.

      Delete
  5. Thorbaikla amna dan semua yang tersenarai.
    Rasa kerdil pula dalam ckom16 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya faham perasaan tu. Saya rasa benda yang sama, Blee. Huhu.. Mari cuba lagi tahun depan.

      Delete
  6. terima kasih atas senarainya Amna..

    ReplyDelete
  7. Saya belum berpeluang untuk baca semua.. tapi kebanyakkannya saya dah baca.. nanti saya baca kasi habis

    ReplyDelete