Thursday, March 17, 2016

Ringan umpama belon

Sudah lama betul aku tidak update blog.
Namun, update kali ini pun sekadar luahan perasaan. Tak usahlah buang masa baca.

Ada tekanan yang amat berat melanda aku sekarang. Terlalu berat. Tak tertanggung rasanya. Tapi apabila diselidik, dikaji, difahami, semuanya berpunca dari diri sendiri. Orang sekeliling atau keadaan sekeliling tidak memberi tekanan kepada aku. Aku sendiri yang beri tekanan itu. Aku sendiri letakkan target yang tinggi sehingga diri sendiri tak tercapai. Aku sendiri yang terlalu mementingkan kesempurnaan dalam apa yang aku lakukan sedangkan aku manusia biasa yang jauh dari sempurna. Aku sendiri yang risau tentang matlamat dan hala tuju sedangkan benda itu tak perlu terburu-buru. Aku sendiri yang buli diri aku untuk menjadi sempurna, hebat. Aku sendiri yang pilih idola, seorang yang terlalu hebat dan tinggi tarafnya. Sekarang, diri sendiri rasa tertekan kerana untuk mencapai tahap beliau, aku tahu aku memerlukan paling kurang 20 tahun lagi.

Jadi, Amna, tolonglah berhenti buli diri sendiri. Sayangi diri sendiri. Buat masa sekarang, tolonglah jadi seringan belon. Biar angin bawa ke mana saja. Jangan risau tentang hala tuju buat masa ini. Ikut saja arus angin. Kau masih muda. Kalau tua pun, peduli apa. Kau masih kanak-kanak lagi. 


4 comments:

  1. bertabah ya Amna. kadang2 saya juga ada perasaan macam ini sampai jadi stress, hinggalah akhirnya saya sedar yang kehidupan ini bukanlah suatu perlumbaan atau pertandingan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu nub. Masalahnya, saya bukan sebab nak berlumba. Tapi sebab letak target tinggi sangat untuk diri sendiri.

      Delete
  2. Semua orang, ya, semua orang ada masa akan tiba waktu untuk menilai balik arah tuju hidup. Mungkin untuk Amna, waktu itu ialah sekarang. Tapi, kesedaran adalah langkah pertama untuk berubah. Langkah kedua? Kemahuan. Ambil masa menilai. Ingat, keputusan yang diambil secara terburu-buru selalunya bukanlah keputusan yang bijak. :)

    ReplyDelete