Sunday, February 14, 2016

Hantu zaman kanak-kanak aku

Membaca post Cero tentang hantu dari zaman kanak-kanaknya, aku terdetik untuk menceritakan kisah aku pula. 

Pada zaman dahulu, ketika aku masih seorang kanak-kanak comel, ketika arwah Mok (nenek aku) masih ada, aku dan sepupu-sepupu aku selalu kumpul bersama. Kami berenam merupakan cucu perempuan Mok yang selalu bermalam di rumah Mok, tidur bersama, ke mana-mana sahaja ikut Mok. Aduh, rindunya Mok. Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosa Mok dan tempatkan Mok bersama orang beriman.

Kami berenam adalah:
-Along besar dan Kak Nini (adik beradik)
-Along dan Angoh (adik beradik)
-Ilham dan aku (adik beradik)

Apabila malam menjelma, sebelum tidur kami akan bersembang-sembang dahulu di tempat tidur. Entah kenapa satu cerita hantu ini mesti menjadi cerita sebelum tidur. Bedtime story lah tu.


Hantu yang sering diceritakan itu adalah, kisah hantu yang separuh cantik dan separuh hodoh. Wajah dan badan hantu itu, terbahagi kepada cantik dan hodoh, sebelah-menyebelah. Separuh darinya, teramatlah cantik, manakala lagi separuh, teramatlah hodoh.

 Hantu itu akan mencari sesiapa saja, dan dia akan bertanya soalan: "Saya cantik tak?" Andai dia mendapat jawapan "cantik", dia akan berlalu pergi. Jika dia mendapat jawapan "hodoh", dia akan culik orang tersebut.


Aku percaya pada kewujudan hantu ini. Yelah, aku kanak-kanak yang terlalu kecil ketika itu. Punyalah aku takut sehingga aku bersedia dengan jawapan, andai hantu itu jumpa aku, aku akan jawab "cantik".

Selesai sesi bercerita, cerita akan ditamatkan dengan "Jom baca Al-fatihah. Kalau baca Al-fatihah, hantu ni tak akan kacau" Kami pun beramai-ramai membaca Al-Fatihah. Satu-satunya surah yang aku hafal pada usia tersebut.

Kini, bila terkenang semula hantu ini, aku akan ketawa. Bagaimana aku boleh takut dengan hantu yang sangat kelakar? Cuma perlu jawab "cantik", nak takut apa?


17 comments:

  1. Hahahahaha.. masa kekecik Toyol Bachok pun saya dah takut... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Toyol Bachok tu toyol yang berasal dari Bachok ke?

      Delete
    2. Bhahahahahahahahahhhh!!! Omg tergelak baca komen C :)))

      Delete
    3. Bhahahahahahahahahhhh!!! Omg tergelak baca komen C :)))

      Delete
    4. Adoi la cero~~~ hahaha.....

      Delete
  2. Hahahahaha.. masa kekecik Toyol Bachok pun saya dah takut... hahahaha

    ReplyDelete
  3. Sepupu saya yang sebaya semuaaaa lelaki. Memang taklah nak bergolek cerita pasal hantu. Sebelum tidur tengok diorang main gusti dulu. Kadang2 join sekali :p

    Dah besar2 ni nak tegur pun segan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh apasal nak segan.. Meh main gusti ngan aku..

      Delete
    2. hahahahahahahaha... macam tu rupanya perasaan membesar dengan sepupu lelaki.

      Delete
  4. Cerita hantu ni mengingatkan aku dengan Kuchisake-onna (translated as perempuan mulut koyak), hantu orang Jepun.
    Satu malam ada perempuan pakai topeng muka (topeng jerebu) akan dekati kita dan bertanya "Saya cantik tak?" dan kalau kita jawab TAK, dia akan kerat kita guna gunting, tapi akalu jawab YA, dia akan buka topeng dia dan menayangkan muka hodoh dengan mulut yang terkoyak dari satu telinga ke telinga satu lagi sambil bertanya "Sekarang, saya cantik tak?"

    Kalau kita jawab TAK, dia akan kerat kita jadi dua dan kalau kita jawab YA, dia akan potong mulut kita jadi sama macam dia.

    Bezanya dgn hantu citer Amna ni, muka dia tak separuh-separuh. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Savage nya hantu jepun ni. Puji salah, kutuk lg lah salah.

      Delete
    2. Demm aku rasa macam pernah baca la manga hantu gunting mulut koyak ni dulu, lukisan dia memang horor and creepy habis. Masa tu zaman skolah rendah. Hahaha...

      Delete
  5. I miss my grandparents too, sekarang semua dah tiada :'(

    ReplyDelete
  6. suka giler tgk lukisan kat blog ni.teringat gila2 version

    ReplyDelete