Semasa hari jadi Umi tempoh hari, aku berani-berani cuba buat ice cream cake, walaupun tak pernah buat sebelum ini. Selepas mengkaji beberapa resipi di internet, aku ubah suai resipi nternet ikut cara aku. Err.. sebenarnya bukan ubah suai, tapi terpaksa ubah berdasarkan bahan apa yang aku mampu dapatkan. Nasib baik la ice cream cake itu menjadi walaupun kejutan sudah tak jadi. Haha..
Selepas siap, aku post gambar ice cream cake itu di instagram. Niat nak menunjuk-nunjuk kepada adikku Tonah yang turut suka menunjuk semua benda yang dia masak di instagram. (Niat tak baik tu. Mohon jangan sesiapa contohi. Aku sendiri kesal) Aku dan Tonah, baru-baru ni seperti suka lawan masak pula. Pelik tu. Oh, siapa nak follow instagram aku, boleh saja. Cari 'amnashark' ya?
Kepada rakan-rakan yang meminta resipi, hari ini aku nak berkongsi cara aku buat ice cream cake. Tak pernah pula blog aku memiliki resipi. Pelik bukan? Tak apa, baca sajalah. Mana tahu berguna.
Amat mudah!!! Benar-benar amat mudah! Apa yang perlu, dapatkan dulu bahan-bahan seperti di bawah:
Bahan-bahan:
1. Biskut Chipsmore (mungkin sekitar 18-20 keping, bergantung kepada saiz dulang anda)
2. Dua jenis ice cream yg berlainan perisa. (kalau nak cantik, pilih warna yang berbeza)
3. Mentega (kuantiti bergantung kepada jumlah biskut anda. Mungkin separuh dari sebuku mentega)
Mula-mula, hancurkan biskut dan cairkan mentega. Campur keduanya dan gaul.
2. Guna dulang yang boleh ditolak lantainya. (tak tahu apa nama dulang ni. maaf) Ambil campuran biskut dan mentega tadi dan padatkannya pada seluruh lantai dulang dan dinding dulang. Selepas itu, masukkan ke peti sejuk (frozen) selama 15 minit.
Selepas itu, ambil satu jenis aiskrim dan biarkan ianya lembik dahulu. Lembikkan saja, tak perlu cair sampai jadi air. Ratakan aiskrim itu dalam dulang tadi. Masukkan semula dalam peti sejuk (frozen) selama 30 minit. Selepas itu, ulang langkah yang sama untuk layer atas, dengan menggunakan lagi satu perisa aiskrim.
Hias lah ikut cita rasa sendiri. Akhir sekali, masukkan semula ke dalam peti sejuk (frozen) selama 4 jam atau lebih. Kena sabar menanti ya. Nah!!!! Siap!!! ice cream cake mudah dan malas, tapi InsyaAllah hasilnya cantik dan sedap.
Serlahkan kreativiti mu!! Gabungkan perisa-perisa aiskrim yang unik mengikut citarasa masing-masing. Boleh juga campurkan chocolate chips, chocolate rice, m&m, marshmallow atau kekacang ke dalam aiskrim semasa ia lembik tadi, sebelum masukkan ke dulang. Terpulanglah, ikut selera masing-masing.
Selamat mencuba!!!
Peliknya, aku buat resipi kat blog? Haha.. tak apalah.. Jumpa lagi dalam post akan datang. Hidup ini indah!!!
hancurkan gune lesung tu.. hihihi
ReplyDeletenak try la. thanks share resepi =)
fuhh! macam bestni, mesti rasanya crunchy kan..
ReplyDeletengaaha kena cuba ni kena cuba. tq amna. ^^v
waaaaa looks very good ! craving kek pulak rasa hihi
ReplyDeletewaaaah oishiso~
ReplyDeletebagus2, teruskan letak entry recipe lg lps ni~ ;3
hahhaa.. mintak resepi dah lama dah, baru hari nie dapat jenguk.. koh koh koh
ReplyDeleteadik pompuan saya pun suka buat aiskrim..
ReplyDeleteHapi gile tgok resepi gini
ReplyDeleteMcm baca komik..kipidap!!!
Minta izin, share & kongsi ilmu bergambar ni ye...😘
ReplyDeleteBoleh, tapi link kan semula ke sini ya?
Deleteminta izin ambik resepi yea. TQ
ReplyDelete