Monday, December 30, 2013

Fesyen Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah

Tadi aku menemani adik bongsuku, Najaa, ke sekolah menengah. Hari ni hari orientasi mereka. Najaa masuk ke sekolah yang sama dengan kami adik beradik semua dulu. Wah.. nostalgik sekali rasa apabila pulang ke sekolah dalam keadaan dah dewasa. Tadi, semuanya pelajar tingkatan 1 sahaja. Ewah.. kemas sekali pakaian masing masing pada hari orientasi. Sempurna mengikut peraturan sekolah. Harap adik-adik semua boleh kekalkan pakaian sebegitu hingga tamat tingkatan 5 atau 6 ya?

Terkenang zaman persekolahan ku dahulu. Biasalah remaja... Suka memberontak. Tak mahu ikut peraturan sekolah. Jadi, ini beberapa contoh pakaian pelajar sekolah menengah pada zaman aku sekolah dahulu yang masih aku ingat.


Sudahlah rambut tidak kemas. Pakaian pun tak kemas. Lencana dan tag nama entah ke mana. Baju tidak dimasukkan dengan sempurna. Masuk sebelah sahaja. Seluar berkaki kecik. Macam kaki ayam je. Kurus kering nampak. Sangatlah selekeh ye anak-anak sekalian.. Siapa pakai begini, tak ada peminatlah di zaman sekolahnya. Kesian.


Ada juga pakaian yang tampak kacak. Salah seorang rakan sekelasku pakai begini dulu. Baju kemaja langsung tidak dibutangkan. Kelihatan T-Shirt berwarna yang dipakai di dalam. Oh, kacaknya...Hanya aku saja yang puji pakaian begini kacak. Siapa berani pakai begini, bersedialah untuk lari marathon apabila ternampak muka pengetua.


Bersongkok memang fesyen sepanjang zaman. Ketika aku bersekolah dulu, memang boleh dijumpai pelajar yang bersongkok. Tapi, yang aku kenal, dia memakai songkok untuk menyembunyikan rambut panjangnya. Rambut panjang memang tak dinafikan, amat kacak. Tapi tiba hari cikgu bawa gunting rambut, menangislah anda. 

Ada juga pelajar yang memakai tali leher selain dari tali leher sekolah. Aku faham perasaan mereka, tali leher sekolah amat tak stylish. Tapi, tali leher lain, terlalu menonjol. Lebih baik tak usah pakai tali leher langsung. 



Pelajar lelaki, apabila berpakaian langgar peraturan, memang selalunya nampak kacak. Tapi pelajar perempuan kalau langgar peraturan, teramatlah buruk. Maaf, memang buruk. Celak mata setebal alam. Kenapa pakai celak tebal-tebal? Muka anda dah sediakala cantik bukan? Tudung pula dipotong sendiri, biar pendek. Ternampak leher sekali sekala apabila anda menoleh. Maaflah adik-adik yang berpakaian begini, buruk! Faham tak? Nampak seperti makcik-makcik yang pakai tudung sekadar nak keluar sidai baju. Lengan baju tu pula, usahlah sinsingkan. Lengan tu aurat. Nak pergi basuh pinggan ke dengan lengan baju sebegitu? Kain pula sesingkat yang mungkin. Stokin juga pendek. Nampak kaki. Adik-adik ni baru sudah redah banjir ke? Buruk.


Pakaian aku ketika bersekolah dulu pula bagaimana? Alhamdulillah, senakal-nakal aku, aku tak sampai melanggar peraturan pakaian sekolah. Cuma tag nama je tidak pakai. Apabila tiba hari spot check, segera cari double sided tape, tampal tag nama tersebut. Oh ya, pakaian aku dulu, biasanya ada secalit dua cat. Di lengan baju ada sedikit warna hijau. Di tudung ada sedikit warna oren. Hehe.. itu kerana aku adalah pelukis sejak dari bangku sekolah lagi. 

Itu saja antara beberapa jenis fesyen yang aku ingat. Kepada adik-adik yang nak masuk sekolah menengah tu, aku tak kisah bagaimana sekalipun pakaian anda. Sebab aku bukan seorang guru. Tapi, satu nasihat dari aku, sila sayangi guru-guru anda. Ikut cakap mereka. Mereka tu melakukan pekerjaan yang amat mulia tahu. Satu hari nanti, apabila anda sudah besar berjaya, guru anda masih di situ, masih di sekolah yang sama, meneruskan tugas yang sama. Kawan-kawan aku yang berpakaian langgar peraturan ini pun, reti hormat cikgu-cikgu mereka. Aku, selepas tamat sekolah, masih terus berhubung dengan beberapa cikgu yang aku sayang. Sekali sayang, selama-lamanya sayang. Ok, selamat bersekolah!!!


10 comments:

  1. nak tambah boleh: dahlah tudung pendek, buat lagi sanggul macam alien, dah terangkat lagi tudung tu...

    ReplyDelete
  2. Dari dulu sampai sekarang, kekal je trend tu dekat mana-mana sekolah pun. -..-

    ReplyDelete
  3. ada jugak yang sengaja pakai tudung pendek untuk tunjuk tali bra yang berwarna warni,transparent dan bercorak2. true story.

    ReplyDelete
  4. first gambar tu mmg real.. cuz ak pengamal fesyen tersebut.. sungguh selesa dan aman sekali... kerana kebebasan ditonjolkan dengan melanggari undang2 sedia ada.. zaman sekolah.. ahaks... apa ak pkir agak nye masa tuh.. hahahahaha

    ReplyDelete
  5. haha. ayat mengutuk tu macam best je..

    "ko ni dahla tak hensem, pakai serabai camni makin buruk"
    pernah sekali cakap kat stdent.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. haah betol kalo student lelaki jns dressing gitu nmpk la jugak 'kacak' die.. tp kalo yg gegerl wat pesen tudung pendek+sinsing lengan chitttt buruk benor.. hiksss =P

    ReplyDelete
  8. nasib baik saya seorang yang berpakaian kemas sepanjang masa... koh koh koh

    ReplyDelete
  9. lagi satu fesyen.. tudung pendek, bila terselak nampak rambut warna karat hoho

    ReplyDelete
  10. Izin saya download gambar diatas

    ReplyDelete