Sudah sebulan lebih hari berlalu selepas pembedahan aku. Aku sihat, Alhamdulillah. Masih belum bekerja, Umi tak izinkan lagi. Aku akur sajalah memandangkan, bila lagi nak rasa duduk rumah hari-hari macam anak dara zaman dulu.
Sesekali, aku akan terkenang saat-saat di hospital dulu. Ketika itu, terlalu banyak perkara aku pelajari dalam satu masa. Selepas pembedahan aku yang pertama, aku terbaring atas katil beberapa hari. Kalau tak silap aku, dalam lima hari aku terbaring. Sehingga belakang kepala rasa sakit sebab terlalu lama berada dalam keadaan begitu. Mahu anggkat kepala pun tak mampu, apatah lagi jika nak tidur mengiring, memang tak boleh. Tapi, adik-adik yang ada scoliosis di luar sana yang masih belum jalani pembedahan, akak nak kata, akak bukan nak takutkan adik-adik semua. Cuma akak rasa, seelokknya adik-adik semua tahu supaya bersedia menghadapinya nanti.
Akhirnya, tibalah saat yang aku nantikan. Doktor datang menyuruh aku bangun. Tapi, apa yang keluar dari mulut aku ketika itu ialah: "Macammana?"
Ketawa doktor tu mendengar pertanyaan aku. Barulah aku tersedar. Seumur hidup aku, inilah kali pertama aku bertanya soalan bagaimana hendak bangun. Satu soalan yang orang lain mungkin tak terfikir langsung. Itu adalah rutin harian manusia biasa, tapi aku bertanya bagaimana hendak lakukannya. Agak pelik jika difikirkan kembali. Seorang budak yang baru pandai berdiri pun tak tanya soalan bagaimana hendak bangun. Dia akan cuba sendiri. Nampak tak? Dapat bangun adalah satu nikmat. Nikmat yang aku selaku manusia biasa tak sedar sehinggalah kehilangannya.
Berbalik kepada cerita tadi, doktor itu baik orangnya. Dia ajar aku bagaimana hendak bangun. Dari keadaan terbaring, dia suruh aku mengiring dahulu. Tapi mengiring pun aku tak dapat buat. Doktor yang tolong mengiringkan badan aku. Dari keadaan mengiring pula, doktor suruh gunakan sebelah tangan, tolak tilam sambil bangunkan badan. Itupun aku tak dapat buat juga. Tangan terasa lemah sangat untuk menangkat badan ni. Macam ada besi dalam badan rasanya. Ok, lawak. Sila ketawa. Memanglah ada besi dalam badan. Besi yang dikenali sebagai titanium. Memandangkan aku masih tak dapat bangun sendiri, doktor tu pegang kedua-dua bahu aku dan bangunkan aku. Sekarang aku sudah bangun, tetapi baru bangun dari baring sahaja. Masih belum berdiri. Masih terduduk di atas katil.
Kali ini, doktor suruh aku berdiri. Aku betul-betul mahu berdiri, tapi entah kenapa memang susah. Badan terasa berat sekali. Aku teringat kata-kata sepupu aku yang telah berjaya jalani pembedahan yang sama. Katanya: "Semangat untuk bangun kena kuat!" Beberapa kali juga dia ulang kata-kata yang sama. Nampaknya, memang semangat yang kuat diperlukan. Aku pun, sedaya upaya lah kuatkan semangat, mesti bangun Amna! "Amna! Amna! Amna! Amna!" Terdengar sorakan yang penuh semangat dalam kepala otak aku. Ya, aku bayangkan saja bunyi sorakan tu. Bukan ada betul-betul pun. Kali ni doktor tak tolong. Cuma aku pegang tangan doktor. Tiba-tiba aku dapat berdiri! Aku berdiri buat pertama kalinya selepas pembedahan aku! Perasaan aku ketika itu, bagai terdengar sorakan satu stadium hanya untuk kejayaan berdiri aku. Alhamdulillah... Berdiri juga adalah satu nikmat. Nikmat yang aku tak terfikir untuk lafazkan syukur sebelum ini.
Sebaik saja aku berdiri, kiri kanan aku dipimpin cik jururawat yang manis-manis dan baik hati dengan pakaian putih suci mereka. Mereka terus memimpin aku berjalan ke arah alat ukur ketinggian. Oh, perkara penting selepas bangun adalah ukur tinggi ya? Nampaknya begitulah. Sebab kebiasaan mereka yang scoliosis ni akan bertambah tinggi selepas pembedahan.
Walaupun tambahan 4.5 cm tak dapat menjadikan aku miliki badan tinggi seperti seorang super model, tapi aku tetap tersenyum sambil membayangkan rupa aku dah macam model. Haha.. Tak tinggi macam model pun tak apa. Sekurang-kurangnya aku dah sama tinggi dengan adikku, Tonah.
Apa yang aku pelajari daripada peristiwa ini, jika satu hari nanti aku jatuh, (bukan jatuh atas jalan tu.. jatuh dari segi hidup) aku akan guna semangat yang sama untuk bangun semula.
Paling penting, dalam hidup ni jika kita miliki ketinggian, tak kisahlah dari segi rupa, pangkat atau kedudukan, kita tetap kena miliki satu rendah. Iaitu 'rendah diri'.
* Kepada adik-adik scoliosis di luar sana, ingat! Semangat untuk bangun kena kuat.
( ノ^ω^)ノ゚
ReplyDeletesemoga terus sihat ;)
ReplyDeletea new level
ReplyDeleteof confidence
and power
pantera-new level
hahaha gambar yg second tu lawak haha semoga cepat sembuh !
ReplyDeletealhamdulillah.. semoga amna terus sihat dan semangat! :) happy dengan perkembangan amna :)
ReplyDeleteWahhhh ada nama tonah :D
ReplyDeleteMasa Pesta Buku di PWTC tempohari (kemain tempohari... kakaka), saya diam diam berdiri belakang cik Amna. (Saya stalker yg bagus).. saya ukur tinggi. Kakaka.. tahniah sebab dah berjaya bertambah 4.5cm
ReplyDeleteAujinz: kalaulah saya tahu aujinz ada blakang saya, saya da mintak sign da. haha... (Peminat Aujinz ni)
ReplyDeletekalau tak kuat semangat mau meraung menangis ingat dah lumpuh :P
ReplyDeletepersoalan, macam mana boleh bertambah tinggi tu? *garu2 kepala
Keri: sbb dulu tulang bengkok. Bila diluruskan, bertambahlah tinggi :)
ReplyDelete@amnashark, semoga terus sihat selalu, so bila nak back to office...we always waiting for u...:)
ReplyDeleteyay! amna dah tinggi, dh tak macam budak2 lagi ye.... cepat sembuh, back to work plz
ReplyDeleteyay! amna dah tinggi, dh tak macam budak2 lagi ye.... cepat sembuh, back to work plz
ReplyDeleteIjan Ai: InsyaAllah, satu hari nnt..
ReplyDeleteSo .. Gadis Misteri ek ..haha poyonye nama ..hi .. nak tanye sikit pasal tulang bengkok ni leh ?
ReplyDeleteThe Hazzim: Biasalah... orgnya pn poyo. ahaha.. ye, tanyalah.. apa saya bole bantu, InsyaAllah saya bantu.
ReplyDeleteOrait,so saya ni baru lg lepas xray tulang n dah buat appointment kt klinik orthopedik . tinggal nak jumpa doktor je untuk rawatan susulan . based on xray saya, yg sy compare sendiri ngan xray scoliosis dekat internet, degree bengkok tu maybe dlm 35 degree camtu . kirenye layak braces la kan .So nk tanyelah brape average price braces tu eh?
ReplyDeleteThe Hazzim: price setiap org lain2.. bergantung kpd bengkok dan ketinggian org. Ikut nasihat doktor dulu. X semestinya kne braces tu.
ReplyDeleteemm .. rase macam makin bengkok la setiap tahun .. risau lak dah tua nanti mati bongkok .. kla nampaknye kene jumpe doctor dlu
ReplyDelete