Rasa bagai nak duduk begini je sekarang. Kecewa...
Begini kisahnya, bagi pembaca-pembaca blog aku yang pernah baca post mengenai scoliosis ku satu ketika dahulu, pasti sudah tahu aku memiliki scoliosis. Akhirnya, tarikh untuk pembedahan tulang belakang ku semakin hampir.
Sekarang yang aku nak cerita, bukan mengenai tulang belakang aku lagi. Tapi mengenai kerja ku. Aku baru saja mendapat kerja ini. Baru dua bulan kerja di sini. Baru saja nak mengenali pekerjaan ini, mereka-mereka di sini, dan suasana sini. Tapi, kerana pembedahan aku, segala-galanya berubah.
Company ini mencadangkan agar aku berhenti kerja saja kerana proses penyembuhan aku memakan masa dan ia memperbanyakkan prosedur. Jadi, dengan berhenti, ia memudahkan setiap pihak. Kebaikan untuk aku adalah, aku boleh ambil masa untuk sembuh selama mana yang aku mahu. Apabila sudah sembuh, aku dibenarkan untuk apply semula kerja di sini.
Ya, ini saja jalan yang baik untuk aku buat masa sekarang. Sebab, jika berhenti kerja, aku dapat ambil masa selama mana aku mahu untuk sembuh. Malah aku boleh berehat tanpa terfikir untuk terkejar kejar pulang ke kerja. Ya, inilah jalan terbaik untuk aku. Cuma, tak dinafikan aku berasa sayang nak buat begitu kerana aku baru saja mendapat kerja ini.
Tapi tak apalah. Aku kena faham yang mana lebih penting. Kesihatan aku lebih penting dari kerja. Aku kena sihat dahulu, baru boleh fikir kerja. Betul tak? Andai ada rezeki aku di company ini, aku akan pulang ke sini semula. Jika tidak, cari tempat lain pun boleh. Asalkan aku sembuh dulu.
Tapi tak apalah. Aku kena faham yang mana lebih penting. Kesihatan aku lebih penting dari kerja. Aku kena sihat dahulu, baru boleh fikir kerja. Betul tak? Andai ada rezeki aku di company ini, aku akan pulang ke sini semula. Jika tidak, cari tempat lain pun boleh. Asalkan aku sembuh dulu.
Terima kasih sudi baca.. Jumpa lagi..
(P/S: Terima kasih kepada yang menegur kesilapan aku tadi.)
(P/S: Terima kasih kepada yang menegur kesilapan aku tadi.)
hye sis...sabar ye.kak lea doakan segala yang dirancang dipermudahkan urusan oleh Allah SWT amin.mana tau dalam masa 'cuti' tu akan datang rezeki kerja yang lebih baik :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletetakpe dear.. rezeki ada di mana2... yang penting kesihatan amna... all the best dear.. deno harap semuanya berjalan lancar ya :)
ReplyDeletekak amna bykkan sbr k.. perancangan DIA slalu lebih baik.. smoga segalanya dipermudahkan..
ReplyDeleteAllah SWT knows best, semoga amna tabah menghadapi semua dugaanNya, amna adalah seorang yang hebat yang mampu memikulnya! :)
ReplyDeletep/s: ada betul juga apa yg bro Firdaus taip tuh ^^
jg dri..mungkin itu jln terbaik..moga berjalan lancar setiap perancangan hidup ya..
ReplyDeleterezeki, Allah yg aturkan.. jadi kena yakin..
ReplyDeletebuat pilihan terbaik