Tuesday, September 24, 2013

Ekor Kucing



Setiap hari semasa aku bekerja, aku suka jeling ke kanan.


Sebab, di kanan aku, kebiasaannya aku dapat melihat kucing. Kucing mana lagi, Kiddie kucing gemuk yang aku pernah ceritakan sebelum ni itu lah. Biasanya, Kiddie tu tidur atas kerusi sebelah kanan aku. Kadang-kadang, Kiddie tu terlindung di sebalik kerusi. Dapat lihat ekornya yang bergerak-gerak tu pun, cukup lah. 




Tapi tadi, ketika aku toleh ke arah Kiddie, ada manusia lain sedang duduk di atas kerusi yang sama. Masih kelihatan ekor Kiddie bergerak-gerak. Ini membuatkan ia kelihatan seperti seorang manusia berekor kucing. Sangat real lah. Ekor kucing bergerak-gerak lagi tu. Seolah-olah seorang manusia berekor kucing wujud di depan mata aku.


Aku menyembunyikan ketawa aku, dan meneruskan kerja aku.



Ini mengingatkan aku, dulu aku pernah juga berangan, andai kucing ku, Kembang dan Bubu menjelma menjadi manusia, bagaimana rupa mereka.

Ok tamat. Tutup cerita merepek ni. Pergi sambung kerja masing-masing.


10 comments:

  1. ooh... tetiba teringat disney animated movie Cinderella, ada sekor tikus tu bertukar jd manusia... rupa dia kelakar ada gigi depan mcm tikus XD

    btw... jom join Contest GA Isi Buih Kata Komik aku, deadline 12 Oct 2013, meh cepat!! XD

    ReplyDelete
  2. cerita harry potter pun sama, yg episod Prisoner of Azkaban..tikus Ron jadi manusia. XD tak hensem tau. tikus mondok kan.. tp kembang & bubu mesti comel, doakan2.. haha. XD

    ReplyDelete
  3. hahahha.. imaginasi seorang berjiwa seni memang tak pernah ada tepi.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. Fy pernah terbayang kalau kucing Fy jadi manusia mesti kacak. Sebab jadi kucing dah comel hahaha.

    ReplyDelete
  5. kalaulah kucing fi boleh terbang pulak..ish3 :D

    ReplyDelete
  6. plain83: haha.. ya, saya tengok cerita tu.

    Biskot: Hehe, saya pena tngk harry potter yg tu. Tp da ingat2 lupa.

    ReplyDelete
  7. Fyfy Liew: Kan, mesti kacak kan...

    Fi: Susahla nk kejar kucing kalo dia bole ternamg. huhu..

    ReplyDelete
  8. kdg2 deno pernah juga berangan mengarut mcm tu... haha

    ReplyDelete
  9. Amna pakai bamboo ke, comel doodle :)

    ReplyDelete