Sunday, May 12, 2013

Apabila Allah SWT menghantar seorang penyelamat...

Akhirnya.... sesuatu berlaku.

Sesuatu yang aku tak dapat cerita secara terperinci di sini kerana ianya masalah dalaman company tempat aku bekerja sekarang.

Nak dijadikan cerita, masalah ini boleh dikatakan melibatkan agama juga. Aku serba salah. Bak kata pepatah, diluah mati emak, ditelan mati bapa. Ke kiri luka, ke kanan berdarah. Mana-mana jalan penyelesaian pun, pasti akan ada sesiapa yang terluka. Jika bukan aku terluka, orang lain akan terluka.

Tapi bila benda ini menyentuh kemusykilan agama, aku jadi ragu-ragu. Maka, aku menanti jawapan yang pasti sebelum aku mengambil mana-mana tindakan.

Tak lama pun aku dalam masalah memikirkan perkara sebegini, tiba-tiba seseorang menegurku di facebook. Dia adalah rakan kepada kakak ku yang aku pasti benar dia lebih arif dalam ilmu agama. Maka aku pasti, sememangnya Allah SWT menghantar seorang penyelamat kepadaku. Jadi, tanpa ragu-ragu, aku pilih untuk ceritakan kepadanya.

Alhamdulillah, jawapannya semua bernas dan boleh pakai. Tapi, apa-apa pun, dia berjanji untuk bertanya kepada ustaz dulu untuk kepastian. Jadi, aku tak mahu buat keputusan terburu-buru pada saat ini. Seeloknya aku tunggu jawapan yang pasti dahulu. Namun, terasa syukur sekali. Allah SWT hantar seorang penyelamat ketika aku benar-benar memerlukan.




1 comment: