Thursday, April 4, 2013

Gadis Misteri 3 Tahun

4 April... Tarikh ini, genablah usia blog ku 3 tahun. Terima kasih pembaca Gadis Misteri semua. Sedar tak sedar, blog kesayangan ku ini sudah cecah umur 3 tahun. Jadi, sempena ulang tahun blog ku ini. Aku mahu memberi hadiah kepada pembaca-pembaca ku. Sebab tanpa korang, blog ni mungkin bosan. (walaupun pada asalnya, niat aku untuk terus menulis blog walaupun tak ada orang baca. Tapi bila ada orang baca, gembira rasa hati tau.)

Berbalik kepada topik asal, ada sesiapa di antara pembaca ku mahu hadiah tak? Hadiah apa? Oh, hadiah tu misteri, sebab nama blog ni pun misteri. Hehe. Mahu tak?

Sebelum aku beritahu cara-cara untuk mendapatkan hadiah misteri yang sebenarnya tak adalah misteri sangat tu, aku ingin membuka satu cerita dulu.


Bagi yang dah lama ikuti blog aku, tentu korang kenal watak di atas ini kan? Ada yang pernah tanya ku, mengapa watak mesti mini skirt serta singlet? Ini jawapannya... Ada kalanya, watak ini boleh muncul menutup aurat dengan sempurna. Tapi, aku lebih suka dia seperti di atas. Sebenarnya, walaupun umur aku sudah agak tua, namun jauh di sudut hatiku, aku masih memiliki jiwa kanak-kanak. Cewah, ayat... Maka, watak ini menggambarkan aku yang masih kanak-kanak walaupun cerita yang di ceritakan adalah cerita hari ini. Ketika kecil dulu, rambut aku seperti watak inilah. Lepas tu, aku ada satu mini skirt yang menjadi kegemaranku. Lepas tu, warna kuning adalah warna kegemaran ku. Dulu kalau main-main jadi power rangers, aku mesti ambil watak power rangers kuning. Haha.. betul. Jadi kesimpulannya, watak ini direka berdasarkan diri aku di zaman kanak-kanak, tapi aku buat dia dewasa lah. 

Aku waktu kecil, beserta mini skirt kegemaran ku ketika itu.


Oh ya, mengenai hadiah misteri untuk para pembara ku. Maaf, intro tadi begitu panjang pula. Hehe..


Hadiah untuk pembaca Gadis Misteri

Caranya mudah saja... Eh, er..rasanya mudah je. Begini caranya:

1. Buat satu entri di blog masing-masing yang bertajuk 'Gadis Misteri 3 Tahun'.

2. Letak gambar WATAK KARTUN di atas (bukan yang gambar sebenar aku tu) dan link kan gambar tersebut ke entri ini.

3. Lukis watak tersebut, (rambut hitam, baju kuning dan skirt merah itu) tetapi sila lukis dalam style masing-masing. (maksudnya, style lukisan masing-masing) Hehe.. teringin aku nak melihat watak kesayangan ku itu dalam style yang berbeza. Jangan lah beri alasan tak pandai lukis ya? Cuba je lah... Boleh tak?  Selepas itu, jangan lupa untuk tunjukkan lukisan anda dalam entri tersebut.

4. Tarikh tutup penyertaan: Memandangkan aku ingin memberi hadiah kepada SEMUA yang menyertai, jadi aku akan tutup selepas aku menerima penyertaan dalam jumlah yang aku mahu. Jadi, tarikh tutup akan diberitahu kemudian.

5. Jangan lupa berikan link entri anda di sini.


Semua di jemput menyertai!!!!! Terima kasih atas sokongan anda selama ini. Terharu...


42 comments:

  1. Sy baru follow. Kalau nak join skali boleh ? hehe

    ReplyDelete
  2. Insyaallah nak join,cambest je :-D

    ReplyDelete
  3. menarik nak join nanti.. ^_^

    ReplyDelete
  4. Diba: bole je join.. x yah tanya la. ahaha...

    ReplyDelete
  5. http://aindotain.blogspot.com/2013/04/gadis-misteri-3-tahun.html ^-^

    ReplyDelete
  6. baiklah baiklah... nanti saya join... XD

    ReplyDelete
  7. kenapa macam best je petandingan ni :P

    ReplyDelete
  8. diyana: ni bukan pertandingan. da cakap kat situ, semua yg join akan dpt hadiah. tp kne join sblm bnda ni ditutup la :)

    ReplyDelete
  9. join. :)

    http://ccicutedollylicious.blogspot.com/2013/04/kawaii-gadis-misteri-3-tahun.html

    ReplyDelete
  10. menarik!. kalo tarikh nya belom ttup lagi smpai sy abes paper, InsyaAllah sy join.. paper abes isnin... yeayy.. hehe btw sy follow sini..

    ReplyDelete
  11. salam sis,
    done follow your blog n joinned this segment!heheh
    sory kartun saya sangatla xmatured!

    do visit http://unguyangmerah.blogspot.com/2013/04/gadis-misteri-3-tahun.html

    ReplyDelete
  12. Join sini..^^
    http://belogfiqahcheeky.blogspot.com/2013/04/gadis-misteri-3-tahun.html

    ReplyDelete
  13. Join ! muehehe.

    http://nanitheawesome.blogspot.com/2013/04/gadis-misteri-3-tahun.html

    ReplyDelete
  14. nanti mahu join... harap2 lama lagi tarikh tamatnya..

    ReplyDelete
  15. walaupun saya tak pernah baca blog akak , saya tetap boleh join kan ?sebab saya dah lama takmelukis . nilah masa nak tunjuk skel

    ReplyDelete
  16. Afifah Hayati: ye, boleh. join je :)

    ReplyDelete
  17. saya baru follow dan nak join .

    >> http://ziechy99.blogspot.com/2013/04/gadis-misteri-3-tahun.html

    ReplyDelete
  18. http://sibodohjangankacau.blogspot.com/2013/04/gadis-misteri-3-tahun.html

    ReplyDelete
  19. http://mdsdq.blogspot.com/2013/04/gadis-misteri-3-tahun.html

    ReplyDelete
  20. Hi, Im new to your blog but I would also like to join the contest if its okay :D
    This is my url:
    http://123piece.blogspot.com/2013/04/gadis-misteri-3-tahun_8.html

    ReplyDelete
  21. aien pown join gak.. hehe

    http://www.aienhermionie.my/2013/04/gadis-misteri-3-tahun.html

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. http://be-readers.blogspot.com/2013/04/gadis-misteri-3-tahun.html

    ReplyDelete
  24. aina join sini

    http://blogmenang.blogspot.com/2013/04/gadis-misteri-3-tahun.html

    ReplyDelete
  25. anis join :D
    jgn gelak tau tgok lukisan tu..haha :D
    http://miszfarahanis.blogspot.com/2013/04/gadis-misteri-3-tahun.html

    ReplyDelete
  26. salam.. deno join juga...! ^_^

    http://dayangdeno.blogspot.com/2013/04/gadis-misteri-3-tahun.html

    ReplyDelete
  27. nak joinn. sabau2 jangan tutup contest lagi. :)

    ReplyDelete
  28. slm kenal sis...wah senyuman adik ms kecil ngn dh bsr ni sama je comel,dh sggh semua kwn yg join comel2 doodle dorg.nk join tp mood ke laut nk lukis he3... ^^


    owh sggh sini nk skg kwn mcm deno,cci,dysha dll juga.all the best semua ^^

    ReplyDelete
  29. saya join ^^

    http://studentkecik.blogspot.com/2013/04/gadis-misteri-3-tahun.html

    ReplyDelete
  30. oh ya lupa.. deno folo sini 210 :)

    ReplyDelete
  31. Saya join ^^
    http://nabihahj0urnal.blogspot.com/2013/04/gadis-misteri-3-tahun.html

    ReplyDelete
  32. http://rakitkehulu.blogspot.com/2013/04/gadis-misteri-3-tahun.html

    ReplyDelete
  33. rien nak join! tapi hri khamis bru rien bleh bgi gmbr katun.. jgn tutup lgi ek time tu.. :/

    http://rienrose.com

    ReplyDelete
  34. Gadis Misteri

    Harap-harap keluar link ni. Hahaha.. I'm joining!!

    ReplyDelete
  35. saya dah join =D
    terima kasih buat segmen ni

    http://publicsnail.blogspot.com/2013/04/gadis-misteri-3-tahun.html

    ReplyDelete
  36. http://2.bp.blogspot.com/-e68zzNKb99k/UWVpHz4AaeI/AAAAAAAACWg/5c1IkAWBG6c/s1600/8b1e7e24-fbf9-4b33-b552-8102131319e0_zpsd3b86293.jpg


    akak , nah ! link gmbr yg akak mintak tu . sori lmbat sgt .

    ReplyDelete