Saturday, April 13, 2013

Karya-karya 'Gadis Misteri 3 Tahun'


Terima kasih kerana sudi menyertai 'Gadis Misteri 3 Tahun' yang diadakan untuk menyambut ulang tahun blog ini yang ke-3. Aku menerima banyak karya. Semuanya unik-unik dan ada identiti tersendiri. 

Tak sangka pula, aku dapat berkenalan dengan ramai blogger-blogger yang ber doodle di blog masing-masing. Gembira dapat berkenalan dengan korang semua. Ada juga yang aku dah lama mengikuti blognya. 



Jadi, tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat watak Gadis Misteri yang dilukis mengikut style dan kreativiti masing-masing.




Penyertaan yang pertama, aku menerima karya dari Nia Ain. Nia Ain menghantar dua karya. Dua-dua comel je. Baju diubah mengikut kreativitinya sendiri.






Seterusnya, karya Cci. Bolehlah pergi lawat blog Cci. Comel-comel je doodle dari nya.




Ini pula dari Azwa Ghazali. Lain dari yang lain. Latar nampak sangat artistik.





Ini Fiqah Hamed punya. Sopannya, pakai seluar panjang. Bagus-bagus.








Comel je Nanie buat. Hehe..





Oh, rambut panjang. Cantik juga rupanya kalau watak ini berambut panjang.





Suka muka dalam karya Adam Faiz ni.





MSaddiq menunjukkan karyanya sebelum dan selepas diwarna. Cantik style dia.






Condoriano, cantik laa...





Cantiknya rambut...





Watak yang Munirah lukis, nampak seperti anak patung. Suka!!!
Suka latarnya juga.
Munirah 





Tambah beg biru? Idea yang bagus juga tu. 
Baju kuning, skirt merah, beg biru. 
Lengkap tiga warna asas.








Tambah telinga arnab? Ehehehe... menarik.





Berkilatnya rambut.







Anis SK, suka warna pada karya ini.
lembut.






Comel...





Yang ini pula, adikku Adibah yang lukis.
Dia lukis berdasarkan memori dia terhadap aku ketika kecil.
Aduh.. kenapa bongkarkan kisah masa kecil ku? Tak misteri la. Hehe...
Boleh lah lawat blog dia. Dia ceritakan secara terperinci di situ.





Ini pula dari Ben18.
Karya ini agak unik. Lain dari yang lain. Style yang menarik.
Dia melukis watak tersebut bersama berus dan warna.
Barangkali kerana aku adalah pelajar Fine Art, dia cuba kaitkan dengan aku.
Tapi kenapa Gadis Misteri kelihatan begitu garang?
Adakah aku ini garang menurut pandangan dia?
Haha...






Karya dari DeaDay. Cantik...





Seterusnya, mari lihat karya Zyma Senpai.





da akhir sekali....
karya dari Farha.
Comel.





Itu saja... Terima kasih kepada semua yang menyertai. Kepada semua pemilik-pemilik karya di atas, bolehlah emailkan nama dan alamat masing-masing ke amna_sya@yaho0.com. Sertakan sekali nama blog anda supaya boleh ku kenal yang mana satu. Sila beri alamat dalam Malaysia sahaja ye. Walaupun, aku tahu ada di antara mereka ini, tidak berada di Malaysia sekarang.

Aku juga dapat tahu, ada yang sudah menghasilkan karya, tetapi tidak sempat hantar. Minta maaf sebab terpaksa tutupkan penyertaan awal. Tapi, aku cadangkan kepada yang sudahpun menghasilkan karya tu, kongsikan jugalah link anda di sini. Boleh aku memperkenalkan karya itu kepada pembaca-pembaca Gadis Misteri.

Lagi sekali, terima kasih semua...

*Suka tengok watak Gadis Misteri dalam pelbagai style lukisan.


23 comments:

  1. tahniah buat semua.. ehehe.. comey2 semuanya.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Grats to we all xD
    Indeed I also enjoy seeing that character in differents version :)
    And I sent my email to you already.

    ReplyDelete
  3. nanto dba emel nama penuh ngn alamat rumah diba hahahaha

    ReplyDelete
  4. Cantik semua karya yang dipamerkan..akan saya emailkan secepat mungkin..^^^

    ReplyDelete
  5. ahhh sygnya bru jumpa blog ni . klu x boleh join XD , hehe

    ReplyDelete
  6. 1konsep 1character 21pencipta. fuhh menarik. ^^b. selamat hari lahir blog Gadis Misteri.

    ReplyDelete
  7. wah tahniah kpd semua!owh nk jump gi blog adik sis lah pulak he3...

    ReplyDelete
  8. saya undi utk DeaDay aka Vespa Buruk. haha
    saya pun suka tngok satu watak dilukis gaya berbeza

    sorry tak sempat join. sebenarnya ada buat lakaran atas krtas, cuma tak smpat diterjemah kpd lukisan dlm kmputer :P

    ReplyDelete
  9. undi untuk DeaDay^^

    CCI dah profesional. Xfair. HahahahahaXD

    ReplyDelete
  10. tahniaaahh , semuanyaaaa comell sangaaaat. ^^

    ReplyDelete
  11. yg last skali cm snow white !!! hehehe

    ReplyDelete
  12. Hi, I updated my Toy's Story entry. Come read it if you have time x)

    ReplyDelete
  13. yeayy dapat jugak. hihi. baru perasan

    ReplyDelete
  14. salam sis amna..
    AG baru je email detail tu...
    sorry lambat sgttt...

    ReplyDelete
  15. saya baru bagi alamat :)
    maaf kak lambat :(

    ReplyDelete
  16. saya macam nampak Amna kat Book Fair tadi. Awak ker? Koh koh koh

    ReplyDelete
  17. saya macam nampak Amna kat Book Fair tadi. Awak ker? Koh koh koh

    ReplyDelete
  18. Aujinz: ye, kalo baju kuning tu, saya la. hehe.. npe x tegur je Aujinz?

    ReplyDelete
  19. Hahaha.. baju kuning, skirt kelabu/coklat dengan tudung putih bunga bunga biru tue kan? Saya nak tegur tapi takut salah orang. Koh koh koh

    ReplyDelete
  20. kak, anis baru terbace la entri ni..anis baru nk anta email la ni..

    ReplyDelete