Wednesday, April 3, 2013

Jagalah pandangan anda


Eh? Tajuk macam tak berapa kena. Tapi tak apalah, terus kepada isi. Begini ceritanya, ada seorang perempuan sedang berjalan. Tiba-tiba dia rasa bagai ada yang memandangnya. Dia toleh ke tepi, rupanya memang ada sorang lelaki memandangnya. Si lelaki itu pula, sudah menyedari bahawa si perempuan sudah toleh ke arahnya, kenapa masih pandang perempuan tu? Sepatutnya, lelaki tu kenalah alihkan pandangan dengan segera. Tak malukah sudah kantoi bahawa kau tidak reti menundukkan pandangan sepertimana yang diajar Islam?

Oh, aku tidak salahkan lelaki itu. Mungkin perempuan itu yang perasan bahawa lelaki tu pandang dia. Entah entah, lelaki itu sebenarnya tak berniat nak memandang perempuan itu. Mungkin lelaki itu sebenarnya sedang tidur, cuma matanya terbuka. Ahaha... apa? Tak logik? Bukan, kita kan kena jaga hati juga. Jangan bersangka buruk pada orang. Betul tak?

Kalau masuk ke topik jaga hati, lagi mencabar ye semua. Dendam tak boleh ada. Kena bersangka baik selalu. Jangan terdetik bangga diri walaupun seketika. Agak mencabar, tapi tak mustahil dilaksanakan. Maka, silalah jaga pandangan masing-masing ya? Baik lelaki mahupun perempuan. Jaga hati tu juga. Jaga juga pertuturan, tingkah laku, pakaian... Eh? Banyak rupanya benda yang perlu dijaga pada diri sendiri. Itu saja. Sekadar mengingatkan sesama kita, dan juga ingatkan diri sendiri. Sekian..


* Korang tak ke rasa takut jika ditenung oleh orang yang tak dikenali?


5 comments:

  1. dalam banyak-banyak perkara, hati lah paling susah nak jaga. pandangan sudah tentu kabur. mulut pasti terkunci. tapi bila dalam hati berkata-kata tak dapat ditepis akhirnya.

    (menaip ni pun mengunakan dialog hati. heeehee)

    ReplyDelete
  2. BiskOt: Betul3~~~~~

    kak Qhazi: huhu.. dari mata turun ke hati tu yg bahaya.

    faten osman: hehe.. tq :)

    ReplyDelete
  3. The reason why some people wear shades.

    ReplyDelete