Wednesday, November 21, 2012

Majlis perkahwinan rakan sekelas

Ahad yang lalu, teruja aku pergi menghadiri majlis rakan sekelas ku ketika sekolah menengah dulu. Kawan aku tu, Sheila. Dulu memang satu geng la. Bila jumpa dia, dia pun nampak gembira lihat aku. Mana tidaknya, inilah kali pertama kami berjumpa setelah tamat sekolah menengah. Sedangkan rumah kami berdekatan je. Tapi masing-masing belajar lain-lain tempat, memang dah lama tak jumpa la. Setakat bertegur di facebook saja selama ini.

 Aku dan Sheila

Maka, berlakulah perbualan aku dan dia:

Aku: Tak percaya... Sheila dah kahwin!!!
Dia: Percayalah Amna... Amna, bila lagi?
Aku: Entah bila...
Dia: Amna memilih sangat kot?



Haha.. Aku memilih? Mana ada.. Err.. sebenarnya memang agak memilih. Hehe.. Ok, abaikan. Aku muda lagi laa... (Walaupun aku dan dia sama umur)

Perbualan yang pendek itu, cukup untuk aku nampak yang Sheila sedang bahagia. Aku gembira lihat dia bahagia. Selepas perbualan yang pendek tu, Sheila sempat hulur satu cupcake warna ungu, sama warna tema dengan bajunya, kepada ku. Aku sambut dan berkata "Yay..." Terserlah sifat kebudak-budakan ku apabila gembira menerima kek. Sekaligus, terjawab juga persoalan mengapa aku belum berkahwin. Kerana aku masih kebudak-budakan lah. Hehe...

Cupcake ungu yang comel


5 comments:

  1. Pakai baju kurung lah pegi kenduri kawen -.-

    ReplyDelete
  2. sama tema jugak amna pkai baju - purple~
    eh baju aku!

    ReplyDelete
  3. like comment ilham..tu je..hahaha

    ReplyDelete
  4. Cantiknye kak sheila..agak2 dia ingt dba tak?
    entah amna, pakai lah baju kurung...

    ReplyDelete
  5. amna baru balek dari kelas memandu la... kelas memandu kena pakai seluar... huhu...

    ReplyDelete