Ketika orang ramai menyambut hari guru, aku juga tak melepaskan peluang menghantar SMS hari guru kepada cikgu seni kesayangan aku. Kemudian, aku mendapat berita tentang kematian Bubu, kucing penyeri hidup aku. Perasaan aku, aku tak tahu nak kata apa. Baru tahun lepas aku menerima kematian Kembang (kembar tak seiras Bubu). Semasa kematian Kembang, hampir seminggu aku bersedih. Sejak kematian Kembang, Bubu lah yang menjadi penyejuk hatiku. Kini, Bubu pun tiada lagi.
"Setiap bencana yang menimpa di Bumi dan yang menimpa dirimu semuanya telah tertulis dalam kitab lauh mahfuz sebelum kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tak sedih terhadap apa yang luput dari kamu dan tak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu." (Al-hadid:22,23) ~SMS yang aku terima dari adikku pada hari kematian Bubu.
Sehari selepas kematian Bubu, aku mendapat tahu bahawa ada seorang rakanku kematian kakak ipar. Kakak iparnya pergi selama-lamanya, meninggalkan anak-anak kecilnya tak beribu. bila nak dibandingkan anak kecil yang kehilangan ibu, sesungguhnya aku yang hanya kehilangan kucing ini jauh lebih bernasib baik.
Aku tak lagi bersedih mengenai Bubu, tapi aku tahu, selepas ini setiap kali tiba Hari Guru, aku akan teringat Bubu...
No comments:
Post a Comment